Ini kisah yang dah basi. Saja nak upkan kat sini. Kisah Jumaat lepas. Time orang lain sibuk study untuk final exam, kitorang 3 orang boleh keluar berjalan - jalan dengan senang hati. Lagak seperti dah habis paper, padahal aku masih ada dua paper, @nuraminah pula tiga paper dan @atikahallias dua paper.
Tapi paper - paper tu semuanya bakal dihabiskan minggu nie. Lagipun aku dah habiskan pun dua paper tu tadi.
Ini semua gara - gara nak shopping bersempena dengan masuknya duit mara yang diorang dapat tapi aku tak dapat. Aku ikut pun sebab teman kan diorang saje pastu nk lepaskan tension sebab paper math yang macam hampes.
Oh lupa, kitorang pergi ke Times Square saja. Biasalah, murah! murah!
Disinilah kami menghabiskan masa lunch kami. Kenny Rogers Roaster sebab aku dah kempunan sangat nak melahap ayam dia yang marvelous itu. Nyum nyum. Lagipun ayam dia kan berkhasiat macam dalam iklan yang tunjuk piramid makanan segala bagai tu sambil ada budak kata " cikgu kata makanlah makanan yang berkhasiat dan bla bla bla...." So, ini kira ikut nasihat la nie.
Ini tengah khusyuk gila tengok menu, punya la lama pilih makanan. Nak pasta la, nasi la, ini la itu la. Tanya ini apa la, itu apa la. Macam - macam kerenah.
Ha, kami kami berdua HARUSlah ada kan. Pegang pisau nak tikam pelayan restoran tu sebab lambat sangat ambil order padahal kitorang ada temu janji dengan Golden Screen Cinema pula lepas tu. Haish.
At last ini menu yang dipilih. Set quater dengan tiga side menu lain yang ketiga tiganya adalah sama. So, tak boleh nak pau sesiapa sebab apa kau ada aku pun ada juga.
Rugi.
Disebabkan makanan lambat sampai so, aku dan @atikahallias agak lewat masuk panggung. Nasib baik tak ramai orang. Lagipun cerita yang kitorang tengok nie cerita yang macam orang tak berminat nak tengok je. tu sebab la tak ramai.
Overall not bad la Penunggu Istana nie. Tapi dari segi kebenarannya tu aku tak berapa nak pasti. Setakat tengok suka - suka je boleh la. Tapi balik tu ada gakla wat research sikit. Yela, aku orang Perak pun tak pernah tau kewujudan istana tu apetah lagi benda - benda pelik yang ada kat situ kan. Tambah pula roomate aku nie dia memang suke benda - benda paranormal nie. Tapi penakut yang amat.
Waktu dalam panggung jenuhla aku nie jadi tempat dia lepaskan ketakutan. Cekam tangan aku bagai nak rak.
Aku pulak tutup mata dengan purse. Buat macam cerita tu takut gila la. Tapi agak takut la bagi insan - insan penakut seperti kami nie.
Ok finish that.
Aku dah cakap dari dulu aku tak pandai wat review movie, so senang cerita pergi tengok sendiri dan nilai sendiri.
Oh ya, semasa aku dan @atikahallias tengok movie, si @nuraminah ni kami biarkan dia pergi shopping. Siap pesan lagi ingat kedai sebab kat TS nie banyak sangat kedai dan selalu lupa kedai mana. Keluar dari panggung kami berdua pergi cari dia. Sekali jumpa, mak aih memang shopping sakan la minah tu.
Kat tangan @atikahallias tu semua barang si mek akak @nuraminah. Dia tolong pegang kejap sebab mek akak tu pergi sembahyang. See, memang sakan kami berjoli kan. Tak ingat langsung tengah dalam final exam week.
Jap, nak letak iklan sikit. Tadi mak telefon tanya pasal paper tadi. Sembang - sembang, mak bagitau adik aku pergi Pengkalan Hulu bawak kereta sendiri dan tiba - tiba abah kat tepi menyampuk, " kamu bila lagi nak bawak kereta." sempat lagi tu menyelit.
Teeeetttt. Lesen pun dah mati. Tapi itu alasan je, padahal tak berani bawak kereta. Abah kata aku nie layak bawak kereta api je. Cisss.
Ok dah, habis iklan. Nak pergi tengok lagi dua orang budak study. Aku dah habis, so mereka dengki. Ngeh ngeh.
ps : kemas beg pun function juga nie.