Showing posts with label Mui Ne. Show all posts
Showing posts with label Mui Ne. Show all posts

Sunday, March 11, 2018

Hotel Review : Y Khao Hotel Mui Ne

Hello!

Now masa untuk review hotel yang kami semua menginap sewaktu di Mui Ne. Actually hotel ni dah termasuk sekali pakej yang kami ambil dari Miss Khanh. Kami just bagitahu yang kami akan pergi seramai enam orang, tiga lelaki dan tiga perempuan. So, dari situ dia bagi option untuk duduk di Hotel Y Khao. After aku tengok condition bilik yang dia bagi tu nampak menyakinkan so aku pun proceed untuk setuju.







Bilik yang the girls dapat agak kecil berbanding the boys. Tapi okay je selagi ada tempat untuk solat, kami the girls ni tak kisah pun.






So far, toilet bersih, bilik pun bersih. Boleh nak sidai baju mana tahu ada yang basuh baju ke apa ke kan. Boleh la keringkan dekat sini.



Ada pool dekat belakang tapi kami memang tiada masa langsung nak berendam sebab seriously jadual pack gila. Ini pun last day tu baru pergi jenguk. Itupun time nak check out dari hotel. Tengok bertapa busynya kami.



Overall, if sesiapa yang bercadang nak ke Mui Ne, bolehlah ambil pakej dengan Miss Khanh sebab memang layanan paling tip top dia bagi. Tak silap aku, aku dah bagi segala info mengenai Miss Khanh dekat Entri ni so, go read and book dengan Miss Khanh okay.




Sunday, November 19, 2017

Travelogue : Mui Ne, Vietnam Part II

Day 2 (02 Nov 2017)

Hey hey!

Jomlah kita sambung perjalanan kita. Harini start Tour Sunrise Mui Ne. Pukul 3.30 pagi dah bangun sebab tour start jam 4.30 pagi. Naik jeep pagi pagi buta tu memang sejuk dia tak terkata la. Tapi best sbb rasa fresh je. First check point adalah White Sand Dunes. Kami naik ke atas dengan jeep kami sendiri. Pihak sana ada sediakan juga ATV untuk korang naik jika berminat dengan harga harga tertentu. Punya la pulun semua bergambar. Time tu sunrise macam segan segan je nak keluar tapi still cantik.



Sisa-sisa sunrise yang masih ada

Belakang tu jeep kami. Nak sewa ATV pun boleh.

Hurmmm, acah-acah je si Ryna ni :D


Our guide yang tak berapa nak guide sebab tak berapa nak faham english. 

Group photo by our guide :)))


Then, kami bergerak ke Red Sand Dunes. Dekat sini kami diberi 30 minit untuk explore. Tapi Red Sand ni tak besar mana pun. Boleh juga cuba slide dengan harga 10,000 VND. Selesai di Red Sand Dunes kami teruskan perjalanan ke Fishing Village. Dekat sini boleh la nampak para nelayan menjual hasil tangkapan laut mereka. Dahla naik bot bulat yang comel tu. Aku yang tgk ni macam rasa bot tu nak tergolek je. Tak lama pun dekat situ adalah dalam 15 minit je. Lepas itu kami bergerak ke Fairy Stream.


Kalau naik atas lagi boleh main slide! 10,000 dong.


Baju itu dalam kenangan. Sob sob.



Di Fairy Stream ni apa yang aku search sebelum nie asyik nampak air jernih dan cetek. Sekali bila sampai mak aih, nak kena meredah anak sungai dulu baru sampai ke tempat air cetek tu. Anak sungai tu dahla ada certain area tu air boleh tahan dalam. Dalam di sini adalah paras betis aku. Dah satu hal nak kena sentengkan seluar. Pffttt. Sepanjang anak sungai tu ada la orang jual food dan juga sourvenir. Aku dan lagi dua org girls tak berjalan pun sampai habis tapi the boys diorang pergi sampai jumpa tempat air cetek jernih aka stream sebenar tu.



Fisherman Village. Dekat bawah tu la mereka ni meniaga hasil tangkapan mereka.


Laluan Fairy Stream. Sejuk je :)

Port bergambar pertama

Port bergambar kedua. Tapi the girls tak berjalan sampai sini.


Itu tempat terakhir tour. Selesai aktiviti untuk hari kedua. Balik hotel dan bersiap untuk bergerak balik ke Saigon. Miss Khanh ada bagitahu yang bas yang kami akan naik tu ambil depan hotel dan perlu tunggu around 11.20 pagi. Naik sleeper bus semua pun bantai tidur sebab 5 jam kan dalam bas.



OTW balik ke Saigon

Finally kami dapat makan proper food. Yeay!!

Restoran Hajah Basiroh

Kopi kaw RM3. Must try. Recommended!

Highland Coffee. Not bad juga. Pahit sikit berbanding kopi tepi jalan yang famous itu.

Sampai di Saigon around 4.30 pm dan staff Miss Khanh dah book untuk kami kereta untuk hantarkan ke hotel. Di Saigon kami check in di Cititel Central Saigon Hotel. Lepas check in berehat sekejap dan dalam pukul 6 macam tu kami keluar cari makanan. Sepanjang dekat Mui Ne kami makan roti je. We need a proper food like nasi. Hiks. Kami memilih untuk makan di Hajah Basiroh. Selesai makan round area Malaysian Street tu, beli beg Deuter murah dan lepak minum di Highlands Coffee. Dalam pukul 11 macam tu bergerak balik hotel dan tidur. Simpan energy untuk tour Mekong Delta dan Chu Chi tunnel esoknya pula.


Travalogue : Mui Ne, Vietnam Part I

Day 1 (01 Nov 2017)

Holla!



Now kita akan terbang ke bumi Vietnam dan destinasi yang dituju adalah Ho Chi Minh ataupun Saigon dan juga Mui Ne. Oh trip ni bukanlah trip rombongan cik Dilla untuk bershopping tapi trip ini more to trip melawat tempat-tempat menarik di HCM dan juga kami ke Mui Ne dan bermalam disana selama sehari je. Eh kejap, bukanlah tak shopping langsung, shopping tapi kena tengok pada keadaan semasa sebab kami pergi sekejap sangat.



Muka-muka happy nak pergi bercuti. Ini gambar tengah tunggu flight dekat KLIA 1.

Jyeah. Ho Chi Minh via Vietjet


Mendarat je di Airport Vietnam terus bergerak naik bas bernombor 152 ke bandar HCM sebab di sana kami akan ke office Miss Khanh. Beliau la yang uruskan segala hal kami di Mui Ne. Bagus tau Miss Khanh ni, dia sabar je jawab segala soalan kami waktu dari Malaysia lagi. So, if korang ada plan nak travel sini dan perlukan Travel Agent boleh la consider Miss Khanh ni atau nama company dia VN Lotus Travel. Bas dia macam Rapid di Malaysia. Bila bayar nanti dia akan print tiket keluar. Harga tambang 5,000 dong lebih kurang RM1 duit kita.




Ops. Sorry Atie. Macam ni la keadaan bas dia. Tapi jangan risau beraircond tau. Sejuk  dan selesa je :)


Perjalanan ke Mui Ne mengambil masa lebih kurang 5 jam dengan menaiki sleeper bus. Selesa je sleeper bus dia siap bagi air mineral, selimut dan bantal pun disediakan. Sebelum naik semua penumpang akan diberi plastik untuk letak kasut. Di sana nanti kami akan bermalam di hotel yang telah termasuk dalam pakej Miss Khanh. Pasal penginapan akan aku review kemudian since sampai pun dah malam.



Tempat menunggu bas. Ada toilet dan tempat duduk untuk menunggu. 

Time ni diorang pergi cari food and me kena duduk tunggu beg.

Di hadapan kedai sourvenir

Beginilah keadaan di dalam sleeper bus. Kasut kena buka, nanti dekat pintu tu dia akan bagi plastik seorang satu.


So selesai hari pertama. Aku nak nasihat sesiapa yang bercadang nak ke Mui Ne tu silalah bawa food siap siap sebab susahnya nak dapatkan makanan halal dekat sana. Kami bergantung pada roti gardenia je sepanjang dekat sana. Mujurlah sekejap je.




VN Lotus Travel

FB :  Miss Khanh

Website :  VN Lotus Travel

Tripadvisor :  Read review here