Monday, September 26, 2011

Primary School I

Waktu primary school, aku sekolah all girls. SK Convent Kota. Disebabkan kakak aku sekolah dekat situ, so automatik, aku pun tercampak ke situ juga. Ditambah pula makcik aku mengajar di sekolah yang sama, menguatkan lagi alasan untuk aku dihantar ke situ. 

Waktu nie muka innocent je lagi. Tiada lagi ciri - ciri gangster mahupun samseng. Masih suci bak kain putih la katakan. Tunggu cikgu nak corakkan macam mana. Yang lawaknya, time tadika, Tadika Islam. Siap dengan baju kurung, tudung bagai. Bila masuk tahun satu, pakai skirt pergi sekolah. Dah nama pun convent, majoriti chinese la banyak. So, semua kawan - kawan aku chinese. Memang aku jenis suka berkawan dengan chinese. Bukan takde kawan melayu, tapi tak berapa nak banyak la. 

Bila berkawan dengan chinese, automatik kena speaking london lah kan. Tunggang terbalik la aku speaking. Main redah je, asal faham. Oh, waktu nie aku ditempatkan di kelas yang pertama. Hebat kan. Lepas tu makin lama makin jatuh. Main banyak sangat. 

Aku dulu Pandu Puteri. Skirt lagi. Memang zaman dulu zaman jahiliah aku la. Seingat aku, skirt tu aku pakai sampai Tahun Empat, itupun sebab dilantik jadi Pengawas Pusat Sumber, so kena change ke unform prefect. Pakai kain. Apa yang aku ingat, ustazah selalu pesan, pakai tudung. So, bila time kelas agama, aku pun pakailah tudung, habis je subjek tu, tudung pun hilang. Memang dah seangkatan dengan budak - budak cina tu sebab actually muka aku pun macam chinese sikit. Orang la kata, aku tengok tak pun. Serius, aku tak tipu. Setiapkali aku keluar pergi mana mana, mesti ada yang speaking cina dengan aku. 

Eh, dah tersasar pulak. Ok, sambung. Haa, time nie bukan semuanya indah. Biasalah, adat berkawan. Ada pasang surutnya juga. Waktu nie nampak sangat kebudak budakannya. Aku taknak kawan kau, kau jangan tegur aku, pulau sana, pulau sini. Semua tu aku pernah dah hadapi. Bila teringat balik rasa nak gelak sebab benda kecil je pun, dah taknak kawan. Budak, apa tahu kan.

Ok, cukup dulu. Aku sambung pula nanti pasal apa yang tengah hot that time among the girls kat sekolah tu. 


Teaser back to school

Bila terbaca balik comment pada gambar kelas dulu dulu, rasa macam nak kembali ke zaman sekolah pula. Banyak gila kenangan. Di sekolah la kenal erti sahabat, musuh, benci, rindu, sayang dan segalanya lah.

Aku rasa aku akan buat entri tribute pasal sekolah. From primary until secondary.

Wait ha.

Tuesday, September 13, 2011

Round Round Round Round










Rasa macam banyak pula aku update entri hari ni. Ahh, lantaklah. Sebelum aku jadi malas dan segala cerita jadi pekasam, better aku updatekan juga.

Sabtu lepas memang berjalan sungguh. Bila dapat kawan - kawan kaki jalan, memang macam nie lah jadinya. Dari takde arah tujuan terus pergi ke Ikea sebab nak memuaskan nafsu makan zahirahabukassim. Dia nak melantak meatball. Ikutkan aje segala permintaan selagi dia ada selera nak makan.

Lepas tu teringat pula sayang kitorang yang ada dekat Times Square sebab ada briefing dodgeball. Terus shoot ke sana, pusing - pusing sampai kaki aku sakit. Disebabkan dah tak tahan, aku rembat sandal tigapuluhsembilan ringgit. Berjumpa sayang kitorang syafiqsaad dekat bowling. Tunggu sampai dia habiskan game dan terus bergerak pergi membuncitkan perut lagi.

Kali nie makan dekat Mali's Corner Danau Kota. Sedap punye makan, teringat pula spec atikahallias yang ada dekat Giant Batu Caves. Tengok jam adalagi sejam sebelum curfew. Cepat - cepat habiskan makanan dan terus shoot ke sana.

Sampai dekat pintu pagar lagi seminit pukul sepuluh. Fuhh. Mujur sempat. Sampai hostel semua pengsan keletihan.

Raya II








Terlupa yang aku pernah kata nak update pasal second day raya. Nah, itu yang berlaku. Makan, makan dan makan. Semua jadi gemuk, semua pun bergambar cover perut. Ini agenda bila siang. Malam pula agendanya lagi menarik. Gemuk lah lagi.

Malam hari.






Sumbat semua dalam rumah bagi penuh. Barulah namanya raya. Budak - budak lari sana sini, bunyi mercun sana sini, barulah happening. Tahun depan buat lagi. Bagi sumbat lagi sampai muntah ke luar rumah.

Habis dah. Raya third dan fourth duduk rumah membongkang je. Fikir macam mana nak jawab test yang gila lepas raya.

Kesimpulan, raya tahun nie biasa saje. Aku tak sempat nak berjimba sangat. Kuih raya rumah kawan pun aku tak sempat nak jamah. Lain kali bagilah cuti sebulan. Barulah raya namanya!

Sukan Rakyat






Sekarang tengah minggu exam. Tapi macam takde mood nak study. Teringat pula blog nie lama sangat tak update.

Oh, gambar kat atas waktu Sukan Rakyat sabtu lepas. Kitorang join sebab nak kupon. Tapi menarik la juga. Macam - macam aktiviti ada. Galah panjang, bola sepak kain pelikat(perempuan), tarik upih, rounders, tuju selipar dan bola jaring kain batik(lelaki).

Aku dengan kawan - kawan just join galah panjang je. Itupun kalah. Semua tu tak penting, asalkan dapat kupon. Itu pun dah memadai bagi kitorang. Disebabkan game tu awal pagi, so tak sampai tengah hari dah habis. Tiba - tiba zahirahabukassim kata macam nak keluar berjalan. Terus call untuk sewa kereta.

Ha, yang itu di next entri.


Friday, September 2, 2011

Raya I









Ini semua raya pertama punya gambar. Asalnya aku pakai baju lain, tapi disebabkan nak bergambar, sanggup pergi tukar pakai baju lain. Havoc tak. Tahun nie up sikit sebab baju raya ada sampai empat pasang. Tapi semua patern baju kami adik beradik sama. Tak bolehlah nak kata satu kayu sebab lain warna kan. Lagipun time beli pun kain tu dalam plastik, bukan dari kayu bulat tu.

Cuma family kakak aku saja baju satu kayu, dari suami sampai ke anak semua sama. Actually ada lagi gambar. Tapi entah kenapa blog nie buat hal. Upload gambar jadi macam hampeh. Hanya yang atas tu je yang mampu diselamatkan.

Eh, rilex. Itu baru raya pertama. Ada lagi yang akan menyusul. Tunggu okay.

Thursday, September 1, 2011

Berbuka Puasa di Hotel Flemington, Taiping









Lama tak lama juga la. Cuma baru ada peluang nak update. Biasalah, raya kan. Tapi nie kisah berbuka puasa. Tiap tahun mesti akan berkumpul macam nie. Tiap tahun juga la mesti tak cukup korum.

Walaupun hujan still berjalan lancar. Sampai je, tunggu yang lain terus pergi ke meja dan ambil makanan. Oh, bukan excited tapi kitorang dinasihatkan oleh pak ndak hazwaniazman selaku second chef disitu untuk ambil makanan awal sebab nanti confirm kena beratur panjang.

So, meja kami la yang paling awal dipenuhi makanan. Selagi ada benda, ambil. Kalau tak nanti rugi pula kan. Bila dah balik mula la teringat makanan tu. Dah jadi satu hal nak kena pergi booking lain.

Apa apa pun, semua enjoy. Mungkin next year akan buat lagi macam nie.