Saturday, November 20, 2010

convocation


salam.

esok adalah harinya. ya, convocation day. setelah bermati - matian menyelesaikan segala assignment, noss, bersusah payah menyelit segala 'toyol', berpenat lelah menjeling ke kiri ke kanan ketika exam, menangis melihat turun naik ataupun turun tak naik - naik pointer setiap sem.


akhirnya terbayar segalanya esok.


mengenggam segulung diploma. ya, sila bangga dengan diri anda. esok adalah hari anda. sila bangga dengan pencapaian diri sendiri.



dan,


di hari itu juga, semuanya berkumpul buat sekali lagi. setelah hampir berbulan - bulan tidak bertemu, hari itu menjadikan hari penyatuan buat semua rakan - rakan. pelbagai gelagat bakal dilihat. peluk cium lah kau selagi mampu.

semoga hari esok membawa makna besar buat semua. sebelum terlewat, aku ucapkan tahniah atas kejayaan kita mengenggam segulung kertas sijil yang bernama diploma.

nanti boleh snap pitcha lompat - lompat sambil baling topi kan. *clishe*




ps : turn aku hari selasa. lambat.

2 comments:

kau nak kata apa.silakan.