Friday, December 31, 2010

tahun baru

salam.




whoa!

selamat tinggal dua kosong satu kosong dan selamat datang dua kosong satu satu.

bila masuk tahun baru semua sibuk dengan azam baru. abaikan semua itu. berpuluh azam pun kalau takde usaha untuk capai tak guna juga. so, aku tak perlukan semua tu sebab aku ada dua belas bulan untuk melakukannya.

semua orang nak berubah. berubah menjadi yang lebih baik. biasalah, ayat clishe bila ditanya, itulah jawapannya. tapi tanya diri sendiri. berubah sebab diri atau orang lain atau disebabkan keadaan yang memaksa diri untuk berubah. sila tepuk dada tanya diri.

bila fikir balik, semua list yang dibuat betul - betul useless kerana manusia sentiasa berubah. terkejarkan azam yang baru sedangkan yang lepas masih lagi tergantung.

jadi, tak perlu untuk tunggu bulan depan, lusa, tulat, tahun depan atau tahun akan datang untuk berubah. sekarang pun boleh jika kita mahu. semuanya atas diri sendiri. mampu atau tidak.

yang pasti,

apa yang dah lepas jadikan pengajaran dan pengalaman hidup yang mampu digunakan untuk masa akan datang.

1 comment:

  1. aku mmg tanak buat azam pun. sbb azam lama aku lum tunaikan.

    Jemput datang jenguk blog yee ; "This is my story".

    ReplyDelete

kau nak kata apa.silakan.