alhamdullilah. terima kasih kepada Dia yang berada di atas kerana untuk kali ini dengan izinNya, berjaya buat aku serta yang lain berkumpul semula. berikan kegembiraan yang tidak terhingga kepada kami.
kegembiraan yang hanya sementara tapi cukuplah untuk dikenang buat selamanya. disimpan kemas di kotak memori yang hanya akan dilupakan atas kehendakNya juga.
mereka adalah segalanya. tolong jangan jauhkan aku dari mereka. jikalau ini adalah rayuan, ya. sambil melutut dan mendongak ke langit. memohon supaya jangan ditarik lagi kebahagiaan ini.
No comments:
Post a Comment
kau nak kata apa.silakan.