Balik saja mereka dari sembahyang terus setting kamera. Tembak menembak time. Kali nie punya gambar raya takde kakak aku sebab dia balik Butterworth.
Tengah best tembak menembak, orang dah mula datang. Seperti biasa, yang biasa datang awal ke rumah aku sudah semestinya kanak-kanak. Misi mengumpul duit raya la katakan. Macam aku dulu, pusing keliling kampung beraya. Elok saja mereka balik kami pula sambung makan.
Selepas itu orang dah mula ramai. Selalunya yang datang saudara mara saja. Mereka saja pun dah penuh ruang parking. Itu untungnya ada keluarga yang besar. Kebetulan rumah aku memang di kampung, so memang sangat meriah berkumpul sanak saudara. paling bahagia bila aku yang berumur dua puluh tiga tahun nie masih lagi terima duit raya. Untunglah masih belajar. Umur banyak mana pun duit raya masih lagi dapat. Sampai rasa segan pula nak terima. Hiks.
Oh, setiap tahun aku mesti akan buat kek. Tahun lepas Kek Coklat, tahun nie aku try buat Red Velvet dan Rainbow Cake. Mujurlah habis. Takut juga kalau tak habis.
Red Velvet Cake
Rainbow Cake
Oh, nie si kecik dengan baju raya mereka di malam raya. Excited cuba baju baru. Banyak sungguh la baju diorang berdua nie. Sangat la untung.
Lastly,
Selamat Hari Raya.
From me.
amOi chantek
ReplyDeleteerk, thanks :)
Delete