Sunday, August 23, 2015

Travelogue : Hotspring, Emerald Pool and Elephant Trekking

Day 3 ( 18 Jan 2015 )

Pengembaraan diteruskan. Half day tour pula. Today hanya aktiviti darat. Masuk hutan keluar hutan je. Back to nature katanya. Pukul 8 pagi dah turun tunggu van datang pickup. Beli breakfast kat 7e sebelah hotel then lepak jela. Dalam pukul 8.30 pagi van datang then terus ke krabi town sebab ada juga certain people on the same group dengan kitaorang duduk dekat town. 

First destination adalah Hotspring. Jauh juga la perjalanan nak pergi ke sana and sempat jugalah si travel partner aku Afifah nie tidur seround. Driver kitorang that day sporting even pendiam sikit. Hiks. Sampai hotspring kena menapak sikit untuk masuk ke dalam. Tapi tempat terhad so kitorang tak berendam pun. 







Itulah kerja kitorang sebab tak boleh nak berendam so kitorang guna masa yang ada pergi meneroka hutan. Masuk sampai ke mana hala. Last last lepak kat kolam rendam kaki. At least bila orang tanya air panas ke tak boleh la jawab kan. Masa yang diorg bagi dalam 40 minit kot. Then dalam lebih kurang 10 minit tinggal tu kitorang bergerak pergi ke van untuk next destinasi. Emerald pool yaw. 

Ha, nak masuk sini yang paling mencabar. Ini barulah namanya trekking. Kena menapak masuk ke dalam lebih kurang 800 meter kot. Bertabahlah ye. Kitorang tak bawa baju spare so tak bolehlah nak mandi manda dekat emerald pool so decide teruskan trekking ke Blue Pool. Inilah tujuan utamanya pun. Oh, 800 meter tadi baru sampai emerald pool eh. If nak ke blue pool sila berjalan lagi dalam 600 meter. 






Kepenatan itu dibayar dengan kepuasan sebab dapat tengok betapa cantiknya Blue Pool tu. Puas bergambar so turun balik ke emerald pool. Masa ada banyak lagi so sekali lagi acah acah rendam kaki jela. Geram je hati sebab tengok air jernih tapi tak boleh nak berendam. Sabar jelah. Tips siapa yang pergi sini follow tour, pergi blue pool dulu baru berendam dekat emerald pool okay. Masa tak banyak so gunakan sebaiknya.









Tamat pengembaraan. Penat so sambung tidur dalam van. Dari emerald pool teruskan perjalanan ke elephant trekking pula. Ini memang jauh sebab si afifah ni sampai tidur bangun balik pun still tak sampai lagi then dia tanya driver bila nak sampai. Hahaha. Sampai je terus nampak gajah beratur banyak. Excited sekejap. 







Pengalaman paling win sekali dalam hidup iaitu naik gajah. Oh my, rasa nak menangis sebab serious tak stabil langsung tambah time turun bukit. Aku rasa macam nak tergolek ke bawah je. Tapi best sebab kitorang dapat gajah yang berjalan sangat jauh. So lama la juga duduk atas gajah tu. Sila pegang barang elom elok okay. Nasihat tu nasihat. 

Elephant trekking tu last destination. Dalam pukul 3 ptg dah sampai hotel. Naik bilik mandi berehat atau dalam erti kata lain tidur, the bersiap untuk pergi ke pasar malam lagi. Dua kali pergi sebab dah tahu nak naik bas semua kat mana. Bajet expert la. This time pergi beli sourvenier sebab hari tu pergi dah survey. 

Tak lama pun sebab decide nak dinner di aonang. So beli sourvenier dan terus gerak balik. Malam tu dinner mewah sikit. Tapi maaflah sebab nama restoran tu aku lupa. 




Makanannya sedap tapi pedas meletup mak kau. So far kitorang takda masalah langsung dengan food kat sini. Segal benda kitorang balun. Tapi confirm la yang halal je. 

Perut dah kenyang, balik charge energy la sebab esoknya aktiviti air pula. Phi Phi Island. Yeay!


No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.