Wednesday, September 19, 2018

Travelogue : Banda Aceh Day 3

Hai Hai!

Yes yes, berjaya sampai ke hari ketiga. Keep it up Dilla. Jom jom, kita sambung jelajah Aceh. Today, nak berangkat pulang ke Banda Aceh dari Pulau Weh. Huks, sedihnya sebab nak tinggalkan Pulau yang cantik ni. Yes, seorang Dilla memang akan sedih bila dia terpaksa say goodbye dekat Pulau yang ada pantai cantik dan air jernih.


Pagi lagi dah check out from Freedies dan Mas Putra hantar ke Jatty Balohan untuk naik feri balik ke Banda Aceh. Dalam feri, membuta la apa lagi kan. Sampai je Banda Aceh, Mas Mahyu dah siap tunggu. Dia pickup kami dan terus bawa breakfast. Again, makan nasi lemak dan yes, sedap.


Disebabkan hotel tak boleh nak check in lagi, so kita terus berjalan-jalan jela. Marilah kita menuju ke destinasi pertama iaitu PLTD Apung. Time ni panas berdeting woi. Okay, kapal ni berlabuh di Pelabuhan Ulee Lheue untuk mengisi bahan bakar dan secara tiba-tiba tsunami datang dan mengheret kapal yang besar ni sejauh lima kilometer sampai ke kawasan perumahan dan terdampar disitu. Betapa dasyatnya tsunami tu kan sampai kapal sebesar dan seberat ni pun mampu diseretnya.






Then kami bergerak ke Masjid Baiturrahim. Masjid ni tetap utuh ketika berlakunya kejadian Tsunami. Bayangkan kawasan sekitarnya musnah, tapi di tengah-tengah kemusnahan itu berdiri kukuh sebuah masjid yang masih utuh dan sekadar mengalami kerosakan sikit saja.



Kemudian kami dibawa ke satu kawasan perkampungan di mana terletaknya sebuah kubah. Kubah ni telah hanyut sejauh 2.5 kilometer dari tempat asal. Berat kubah ni dianggarkan 80 tan. Sekarang kubah ni dinamakan sebagai Masjid Al-Tsunami. Sekitar dia kawasan sawah padi. Mulanya kubah tu terapung dekat kawasan sawah padi tu then bila air makin surut dia terseret ke kawasan lapang.



Seterusnya kami singgah pula ke Rumah Cut Nyak Dhien. Beliau ni adalah seorang Srikandi yang menentang tentera Belanda ketika Perang Aceh. Mengenai rumah ni pula, ia dibangunkan semual pada tahun 1981-1982 di tapak asal rumah beliau yang dibakar oleh Belanda pada Tahun 1896.





Kami kembali ke Banda Aceh dan lunch di Wong Solo sebabnya kita kena ikut selera my abah yang agak memilih sikit makannya. Selesai makan, check in Hotel Seventeen. Berehat sekejap, petang nanti keluar balik untuk ke destinasi seterusnya.




So, next destination kita adalah Muzium Tsunami. Actually nak masuk ni kena bayar tapi tak tahu kenapa kami tak perlu bayar. Mungkin dah termasuk dalam pakej kot. Dalam muzium ni akan diceritakan semuala kejadian tsunami. Even nama-nama yang terkorban pun mereka tulis di dalam sebuah bilik dan bilik itu sentiasa dipasangkan dengan surah Al-Fatihah. Then ada kawasan yang mengantung bendera-bendera semua negara yang turut menyalurkan sumbangan dari segi tenaga kerja, duit dan sebagainya. Segala gambar ketika kejadian, barang-barang milik mangsa yang dijumpai juga diletakkan di dalam muzium ini. Ada skrin yang akan menayangkan sekitar hari kejadian yang sempat dirakam serta rakaman-rakaman selepas kejadian berlaku.










Kemudian kami ke Masjid Rahmatullah Lampuuk. Ini juga antara salah satu masjid yang berdiri kukuh ketika Tsunami melanda. Kedudukannya yang hampir dengan pantai menyebabkan keseluruhan kawasan sekitarnya musnah. Masjid ni juga cuma ada sedikit kerosakan di mana ada beberapa tiang yang runtuh dan kerosakan itu masih kekal sehingga sekarang dan masih lagi boleh dilihat sebab memang sengaja penduduk di situ tidak dibaiki supaya ini menjadi peringatan kepada penduduk betapa bahayanya Tsunami.






Seterusnya kami ke Pantai Lampuuk. Pantai ini adalah salah satu pantai yang terkenal di daerah Aceh Besar yang sering dikunjungi oleh pengunjung di sekitarnya. Pantai biasa pun air biru la wei. Geram betul aku. Oh, jangan tak tahu, Faizal Tahir pun pernah rakam muzik videonya di sini untuk lagu Starfeather. Lirik lagu dia macam kena sangat dengan apa yang dihadapi oleh penduduk Aceh. Lepak-lepak minum petang sambil tunggu sunset. Awesome!





Malamnya kami pulang ke Banda Aceh dan maghrib di Masjid Raya Baiturrahman. Masjid ni la yang telah direnovate semula seperti Masjid Nabawi di Madinah. Masjid ini juga antara masjid yang selamat dari Tsunami. Di masjid ini ratusan orang telah terselamat dari menjadi mangsa tsunami. Ramai yang telah lari untuk menyelamatkan diri di sini. Oh, peringatan, untuk wanita sila berpakaian menutup aurat okay. Maksud menutup aurat di sini labuhkan baju, tudung anda. Senang cerita pakai pakaian yang longgar atau nak mudah pakai jubah or baju kurung datang sini. Thanks.







Akhir sekali sebelum balik Hotel, kami ke Mie Razali untuk dinner. Orang kata tak sah kalau datang ke Aceh tak makan Mie Razali. Heh. Fuh! Penat betul seharian berjalan. Ada satu hari lagi untuk kami berjalan-jalan pusing Banda Aceh ni. 





Nah nak belanja few video dekat Muzium Tsunami tu.









Next entri pula okay!






No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.