Sunday, May 2, 2010

Zoo Taiping

Aku tulis, aku delete. Seperti sudah kehabisan kata kata ingin diconteng dalam blog ni. Tapi dalam fikiran berlegar legar isi yang ingin dituliskan cuma aku kehilangan gaya untuk menyampaikannya.


Tapi takpe, gaya apa sekalipun aku masih punya pembaca tersendiri.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini berjalan jalan ke Zoo Taiping. Sengaja meluangkan masa bersama si kecil Airiel. Tapi hari ini haiwan haiwan di situ seperti kurang mesra saja kerana asyik bermalas malasan di celah celah tembok yang ada. Tidak banyak yang dapat dirakam kerana kami menaiki keretapi bergerak yang tiada loceng untuk ditekan supaya berhenti.

Hanya berhenti di hadapan beberapa ekor gajah kerana itu adalah penamat.

Si kecil sudah merengek kepenatan. Aku juga terasa kepenatan kerana panas yang begitu membahang. Tapi tidak menjejaskan kami untuk meneruskan perjalanan ke Zoo Central. 

Tangan si kecil menunjuk ke arah sesuatu. Ohh clown. Clown yang mencari duit dengan melakukan pertunjukkan seperti di sarkas. Membuat belon belon mengikut replika haiwan untuk menarik perhatian kanak kanak. Hanya dengan buat begitu sudah mampu meraih keuntungan yang beliau sendiri ketahui. Strategi yang begitu menjadi.

Jam menunjukkan pukul 1230 tengah hari. Perut masing masing sudah menjerit minta diisi. Teringat ibu yang mengerah keringat memasak, ayah yang berpanas semata mata membakar ikan, kami terus pulang ke rumah berbekalkan cendol yang dibeli di kedai Ansari.

Satu hari yang mampu membuatkan aku tertidur ketika cuba untuk mengupdate blog mengenai hari ini.

Gambar akan ditunjukkan pada entri seterusnya. Mungkin selepas ini aku tidak akan campur adukkan penulisan dengan gambar kerana gambar juga mampu bercerita tanpa ada secalit perkataan. Itulah kekuatan gambar.


katakata : esok kembali bekerja. aduh.

Saturday, May 1, 2010

Kenangan alam persekolahan

Sudah sering sangat gambar aku ditag di muka buku. Sekarang mereka cuba mengimbau kenangan lama di alam persekolahan dulu. Ketika umur meningkat remaja. Ketika hati sering memberontak.

Di situ kami belajar sesuatu. Belajar mengenal kawan, belajar mengenal dunia, belajar menjadi insan berguna.







Mereka semua adalah sahabat terbaik. Walaupun kami bersahabat, kami juga adalah musuh. Musuh dalam persaingan mengejar impian. Mungkin ada yang kecundang, mungkin ada yang maju ke hadapan. Namun itu tidak sedikit pun mematahkan semangat mereka untuk terus berjaya.



Disini aku meneruskan perjuangan aku. Masih mampukah aku bertahan. 

Hanya aku yang tahu dan hanya aku yang mampu corakkan kehidupan aku.


katakata : entri nie buat aku nak kembali ke sekolah. adoi.