Monday, May 9, 2011

Free for two weeks.

Tarik nafas dalam - dalam, lepas. Lega. Selesai dah segala paper. Tiga paper je pun. Saja buat gempak macam ambil enam paper.



Ok. 1st paper adalah ENGINEERING MATHEMATICS II. Ini subject repeat.






Keseluruhannya not bad. Macam selalu, belasah saja apa yang tahu. Entah betul atau tidak jawapan yang diberi, aku sendiri pun tak tahu. Jujurnya aku sangat risau sebab carry mark aku sangatlah mengecewakan. Mampu ke tak lagi lepas kali ni. 



Next.



2nd paper adalah NETWORK ANALYSIS. Ini baru pertama kali ambil.







Agak bersyukur sebab sebelum tu dah study pasal soalan yang bakal keluar. Kira macam hint la. Ada juga yang lupa - lupa sikit jalan kerja tu, biasalah. Taram je asal nampak macam logik. Mana tau dapat markah. Tak cuba, tak tahu kan. 



Next.




3rd paper PENGAJIAN MALAYSIA. Ini pun pertama kali ambil dan ia adalah lebih kepada sejarah.






Berjaya juga jawab selepas berhempas pulas menghafal segala bagai fakta sejarah. Tapi aku rasa aku sudah pesongkan segala fakta dan mengantikan dengan fakta aku sendiri. Nak buat macam mana dah lupa, tapi tetap nak jawab juga, so buat fakta sendiri la. Tambah pula ini paper terakhir, perasaan nak bercuti memuncak dalam diri.


Ok, enough that.




Sekarang adalah masa untuk berhibur. Oh, nak pergi tidur jap. Ganti balik sebab pulun study tapi habuk pun tarak.


Dan


Ada cerita menarik berlaku Jumaat lepas time exam week. Orang lain sibuk study bagai nak rak kitorang buat hal lain. Memang terbaik lah.


Dah. Mata dah tak larat nak angkat nie. Bye.








ps : start buat checklist time cuti.

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Mak.

Yeay! Hari ini adalah Hari Ibu. Actually hari - hari pun Hari Ibu cuma telah di spesifikkan jadi hari ini. Aku tak boleh la nak balik sambut dengan mak kat Taiping sebab tengah final exam. So, just sempat call je tadi before buka buku nak study. Sob sob.

Oleh itu, aku ucapkan SELAMAT HARI IBU untuk semua ibu - ibu yang ada di dunia ini. 





 
Love you mak! 




And for you guys, sorry lama tak update. Busy with final exam. Still ada dua paper yang perlu dijawab. After that i'll update everything okay. 

Dah, masa untuk sambung study balik. Bye.








ps : network oh network. make me crazy!