Tuesday, September 13, 2011
Raya II
Terlupa yang aku pernah kata nak update pasal second day raya. Nah, itu yang berlaku. Makan, makan dan makan. Semua jadi gemuk, semua pun bergambar cover perut. Ini agenda bila siang. Malam pula agendanya lagi menarik. Gemuk lah lagi.
Malam hari.
Sumbat semua dalam rumah bagi penuh. Barulah namanya raya. Budak - budak lari sana sini, bunyi mercun sana sini, barulah happening. Tahun depan buat lagi. Bagi sumbat lagi sampai muntah ke luar rumah.
Habis dah. Raya third dan fourth duduk rumah membongkang je. Fikir macam mana nak jawab test yang gila lepas raya.
Kesimpulan, raya tahun nie biasa saje. Aku tak sempat nak berjimba sangat. Kuih raya rumah kawan pun aku tak sempat nak jamah. Lain kali bagilah cuti sebulan. Barulah raya namanya!
Sukan Rakyat
Sekarang tengah minggu exam. Tapi macam takde mood nak study. Teringat pula blog nie lama sangat tak update.
Oh, gambar kat atas waktu Sukan Rakyat sabtu lepas. Kitorang join sebab nak kupon. Tapi menarik la juga. Macam - macam aktiviti ada. Galah panjang, bola sepak kain pelikat(perempuan), tarik upih, rounders, tuju selipar dan bola jaring kain batik(lelaki).
Aku dengan kawan - kawan just join galah panjang je. Itupun kalah. Semua tu tak penting, asalkan dapat kupon. Itu pun dah memadai bagi kitorang. Disebabkan game tu awal pagi, so tak sampai tengah hari dah habis. Tiba - tiba zahirahabukassim kata macam nak keluar berjalan. Terus call untuk sewa kereta.
Ha, yang itu di next entri.
Subscribe to:
Posts (Atom)