Monday, December 19, 2011

Travelogue : Melaka Part I

Bila dah semua orang free, so ape lagi plan untuk pergi bercuti la. Nak pergi pulau, sekarang tengah musim hujan. So decide pergi Melaka saja. Lama juga tak jalan - jalan Melaka. Kalau pergi pun just balik hari. Tak berapa nak sempat melawat semua tempat.

On the way tu singgah KL dulu sebab nak kena ambil si abang Airiel Darwisy. Memang cadang nak bawa dia sekali pun. Tapi before tu singgah dulu kat Planetarium.








Kitorang sampai pun dah lewat. So, tak sempat tengok tayangan yang awal - awal. Lepas je habis tayangan, pusing pusing dalam tu. Sekali nak balik, hujan lebat yang amat. Mujur wanita hebat bawa payung dalam handbag. So bergilir gilir la ke kawasan berbumbung. 

Ingatkan nak berjalan lagi, tapi time tu perut semua dah mengamuk minta diisi tambah pula dengan jem yang agak teruk. Biasalah KL kan, hujan pula tu. So, kitorang decide terus ke Putrajaya dan makan dekat Alamanda saja.


Untuk malam tu tidur di Putrajaya dulu. Esok barulah bergerak ke Melaka.



 bersambung....     

Saturday, December 10, 2011

Ombak Rindu




Sorry lama sangat tak update blog nie. Aku banyak habiskan masa aku dengan menulis di blog yang lagi satu. Disini, kalau tiada gambar, mood untuk menulis pun tiba-tiba akan hilang.

By the way, aku baru berpeluang tengok cerita yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Ombak Rindu. Banyak comment yang aku dengar. Ada yang mengkritik, ada yang kata best dan sebagainya. So, aku ambil keputusan biar aku pergi tengok dan biar aku nilai sendiri dari sudut pandangan mata aku. Yelah, lain orang lain pendapatnye kan.

So, cerita dia boleh tahan la. Aku tak meletakkan harapan yang tinggi pun sebab aku pernah baca novel dia dan selalunya, bila cerita novel yang difilemkan mesti akan lari sikit dari cerita asal. Nama pun adaptasi.

Yes, aku tahu ramai yang mengalirkan air mata kerana cerita nie. Memang tak dinafikan cerita nie sedih, tapi bagi aku agak kelakar. Tambah scene Mila sampai di airport. Please cari wartawan yang bagus sikit, nampak sangat fakenye. Kata pelakon popular, so make it betul-betul popular la. Nie dah macam sambut pelakon tak laku je.

Keseluruhannya aku bolehla bagi 3 bintang. Lisa, Bront and Aaron did a good job.

Lepas nie aku boleh buka balik novel dan bayangkan sendiri jalan cerita dia. Mungkin lebih menarik.

Oh, sorry aku tak berapa pandai buat review filem. So, kalau tak puas hati dengan apa yang direview, aku minta maaf. Senang cerita pergi tengok sendiri dan nilai. Rasa rugi tiket tengok cerita melayu, tunggu keluar astro first kemuadian bolehla download.