Friday, February 17, 2012

Hijab and Salam.

Aku tau video nie dah lama. Cuma aku baru terperasan video nie itupun sebab terpandang di wall facebook. Nak buka tengok, line internet agak lembab, so lambat buffer.

Mujurlah broadband dah bayar lepas seminggu barula laju sikit internet setelah pakai broadband.





By the way, i want to thank this little girl sebab buat video nie. Aku pun mula terfikir balik lepas dengar apa yang dia cakap. Aku paling suka bila dia kata " We wear hijab just because of Allah." Simple. Dulu aku selalu cakap, mujurlah aku sekolah dekat sekolah yang wajibkan pakai tudung, kalau tak, faham-faham sendiri la ye. Now, aku dah kene ubah mind setting aku yang aku berhijab sebab Allah :) and aku still dalam proses memperbaiki diri aku supaya jadi seorang yang lebih baik :)





Oh, terima kasih juga kat this guy yang cerita pasal salam. Ok, girls and boys, after this jika terjumpa marilah sama-sama kita memberi salam even to strangers. Bukan salam yang Assalammaulaikum tu je, salam sejahtera pun boleh untuk yang non muslim. Maybe dengan salam yang kita bagi tu, banyak kawan yang kita dapat kenal. Kalau segan sangat, senyum pun takpe. Senyum tu kan sedekah :)




So, let's improve ourselves ok :)

Monday, January 30, 2012

Fatin's Wedding










Tahniah untuk seorang lagi kawan yang telah mendirikan rumah tangga. Lepas sorang, sorang tukar status. Nak datang meriahkan majlis pun pelbagai insiden yang timbul. Tapi tu semua pengajaran untuk kami semua supaya plan lebih awal. Ketika ini juga ada reunion kecil-kecilan sekadar mengumpul kembali rakan-rakan ketika di JMTi dulu. Walaupun bukan semua yang ada, tapi tak mengapa. Mungkin ada komitmen lain yang tak dapat dielakkan. 

By the way, tahniah untuk Fatin dan Awalludin. Fasa baru telah korang jejaki. Aku harap korang mampu harungi segala cabaran dalam berumah tangga dengan bijak. Aku dah takde nak teman kau dah fatin pergi sesi pujuk memujuk bila kau bergaduh dengan abang din. Sekarang kau kena pandai-pandailah handle sendiri. 

Apa pun aku doakan kebahgiaan korang berdua sampai akhir hayat. 


Oh, dan baru-baru ni pula ada dengar seorang lagi kawan aku yang sudah bertunang. Tahniah untuk Farhana dan Abe. So, next destination Kepala Batas la pula kan.