Saturday, November 26, 2016

Travelogue : Melaka Roadtrip #aafhitstheroad


Hello guys! Hiks. Nie aku nak bercerita pasal trip aku dengan kawan kawan ke Melaka. Fine, dalam Malaysia je and Melaka je. Tapi you guys tak tahu yang banyak juga tempat aku tak pernah pergi dekat Melaka tu. This is more to roadtrip la since KL dengan Melaka tu tak adalah jauh mana. #aafhitstheroad. Kenapa guna hashtag tu? nanti aku ceritakan okay. Ok, let's begin our journey to Melaka!


19 Nov 2016

Plan asalnya nak gerak pukul lima pagi. Gigih kan semata nak breakfast dekat Melaka. Tapi kita hanya merancang dan yang menentukan adalah yang atas sana. Korang tahu lepas subuh baru kitorang gerak. Itupun bukan lepas subuh sangat pun, dalam pukul tujuh macam tu baru Atie sampai rumah untuk pickup aku dan dari situ aku drive ke Bangi untuk pickup Pae. Trip kali ni guna kereta Atie since kereta Pae dah banyak sangat berjalan. Tapi yang drive aku dengan Pae. Mostly Pae la. Hiks.




Keluar tol Bangi tu memang terus je tak singgah mana mana RNR tu since dah plan nak breakfast dekat Roti Canai Kayu Arang. Jangan tak tahu, kitorang plan nak makan macam macam kot. Dasar kuat makan semua tiga orang tu.


First stop semestinya Roti Bakar Kayu Arang la wei. Kebetulan sampai ada la pula parking. Rezeki sungguh ni sebab keluar kereta nak cari meja tiba tiba ada one family ni pelawa duduk dekat meja diorang sebab diorang dah selesai. Rezeki lagi. Kalau tak mahu berminit nak menunggu meja kosong.







Selesai makan, perut pun dah kenyang pergi pula ke Perhentian Kueh Kampung. Beli kueh sikit untuk makan di tengah jalan. Destinasi lawatan pertama adalah ke The Shore Sky Tower Melaka. Seriously, it is just the same like The One City in KL. Bezanya, sini kena bayar RM25 untuk dewasa dan akan dapat lima keping poskad sebagai tanda saguhati. Bayangkan kitorang bertiga terpaksa melepak situ lama sebab nak bagi duit dua puluh lima ringgit yang dibayar tu berbaloi -.-"



The Shore Sky Tower Melaka






From left : Pae. Atie. Dilla






End up tak lama pun dekat atas tu. Panas berdeting woi. Disebabkan hotel yang kitorang nak duduk nanti berdekatan, so kitorang saja je cuba nasib mana tahu boleh check in awal. Tapi kecewa sebab hotel fully booked last night dan bilik not ready yet, so kena check in pukul tiga lebih nanti. Tapi that receptionist tu registerkan dulu and nanti just datang pickup kunci bilik je. Thanks awak sebab mudahkan urusan kitorang.

Bila dah tak boleh nak check in, kena pergi merayap la. Untuk ke berapa kali entah kitorang pun pergi ke Dataran Pahlawan. Pae nak test gear baru dia. Sony A6000 tu. Kita layankan saja okay.















Penat berjalan, singgah basahkan tekak dekat Cendol Jam Besar tapi tak makan cendol, makan ABC. Leganya rasa bila dapat menikmati sesuatu yang sejuk ketika cuaca tengah panas tu. Makin lama makin ramai pula yang serbu gerai tu. So, kitorang cepat cepat habiskan saki baki ABC dan bayar untuk bagi peluang orang lain pula duduk.




Teringat yang kitorang belum lunch lagi. Terus cadang lunch dekat dalam mall je sebab sejuk. So end up lunch dekat Black Canyon. Sunggun terlupa yang dalam list makan makan kitorang ada Restoran Ee Ji Ban Riceball. Erghhhh! Hangus dalam RM61 jugalah untuk tiga orang makan. 


Our lunch that day. Tomyam dia tak pernah mengecewakan. 





Oh, lepas lunch tengok awal lagi so bergerak pergi Klebang sebab nak minum Coconut Shake yang sedap itu. Hiks. Kata misi makan makan dan makan kan. On the way ke sana ingatkan nak juga singgah gerai Kuih Keria Antrabangsa Haji Jalil kan, sekali tengok orang beratur sikit punya panjang terus macam, fine next time jela. Budak dua orang tu siap cakap ni ada kematian ke apa sebab orang beratur siap berpayung bagai dan tepi gerai tu adalah masjid 😑😑


Sudahlah, move on jela dari kuih keria yang sedap itu. Lepas je beli coconut shake terus gerak pergi hotel sebab masing masing pun dah kepenatan dan badan pun dah melekit. Nampak katil yang empuk je time tu. Oh kitorang menginap di The Pines Hotel Melaka. Pasal hotel nanti aku buat review asing okay.




Lepas dah charge energy di atas katil yang empuk dan dan berwangi wangi, tunggu maghrib dan keluar pula cari dinner. Plannya nak makan seafood di Crystal Bay, tapi sebab dah lambat dan ada orang tu nak naik cruise so, we need to choose either one. 

Apa yang kelakarnya, mati mati aku ingat harga naik cruise masih kekal RM10, sekali pergi kaunter tengok dah naik ke RM15.90. What? Kenapa naik ha, padahal script cruise tu sama je dari dulu sampai sekarang. Tapi tak mengapalah marilah kita naik cruise dan acah acah seperti berada di Venice. Pffttt.







Yeay, time to eat dinner! Perut dan benyanyi lagu riang. Terus start enjin kereta dan bergerak ke Asam Pedas Hajah Mona. Teringatnya aku dekat Asam Pedas Tetel dia tu. Sampai sekarang pun duk terngiang ngiang kesedapannya. Kebetulan tengah lapar pula, memang makan tak pandang kiri kanan dah. Nyum nyum 😋😋



Asam Pedas Tetel dan Asam Pedas Ikan Pari



Bila dan kenyang marilah kita bergerak pula ke Jonker Walk. Okay, sini nak bagitahu jujurnya inilah pertama kali aku jejakkan kaki ke Jonker Walk. MasyaAllah rasa nak menangis wei tengok betapa ramainya manusia. Dalam fikiran time tu nak balik MANDI sebab dahlah ramai orang, panas bahang pula tu. Sabar jela. Tapi habis juga kitorang pusing dari hujung ke hujung.












Inilah hasil tangkapan di Jonker Walk




20 Nov 2016

Hari kedua tak buat apa pun just lepak dekat hotel je sampai check out. Pagi tu turun breakfast then terus gerak pergi swimming pool hotel dan lepak tepi tepi tu. Malas nak turun mandi. Sambil tu berbincang nak ke mana. At last semua decide nak singgah Pantai Klebang dulu before gerak balik. So naik bilik siap siap dan terus check out.


Okay, tahu kan tempat orang viralkan di Pantai Klebang tu. Yang ala ala berada di padang pasir tu. Aku la gedik sangat nak pergi dan mereka berdua pun layankan je perangai gedik aku. Bila sampai, alamak jauhnya nak kena berjalan ke dalam. Time tu panas terik wei, so kitorang decide lepak dekat lalang lalang tu jela. Then terus ke area pantai. Lepak dalam setengah jam then start enjin gerak balik since Pae nak kena sampai before tiga petang.















So tamatlah sudah roadtrip kitorang. Oh, pasal kenapa kitorang guna #aafhitstheroad, adalah sebab sepanjang dekat sana kitorang guna Waze dan dia bawak kitorang jalan yang tak pernah kitorang guna pun. Siap masuk taman mana mana entah. Memang shortcut betul. Kadang tu siap tersesat lagi. Memang pengalaman mengujakan betul la. 

Kesimpulannya tak banyak pun yang kitorang cover especially bab makan la. Erm, tak menyesal plan roadtrip ni even sebenarnya sebelum terjadinya roadtrip ni banyak betul drama swasta yang muncul. Hampir juga cancel tapi akhirnya berjaya juga. Thanks to my travel partner untuk this trip Saffawati dan Faezah a.k.a Pae sebab sudi melayan kerenah aku yang tak jumpa sos itu. Heh. Next time kita buat lagi roadtrip okay. Semua gambar adalah dari non official photographer kitorang Pae. Hiks.



I Love Melaka




Thursday, November 3, 2016

Birthday Bash for Nur Airis Alexandria

Hai uoolls. Lamanya simpan entri ni dalam draft. So sementara menunggu adik aku pergi settlekan hal konvo dia, let me completekan entri ni.

Sabtu 01 Oct 2016 aku tiba tiba gedik nak celebrate birthday minah kepochi Airis. Tapi takdelah buat boom kebaboom sangat pun. Just kumpul all the family then pergi picnic kat taman. Biasalah dulu time kecil aku takde benda ni semua. Lagipun sekarang kan trend celebrate siap belon belon bagai. 

Jumaat tu mujurlah aku halfday so settlekan segala kek dan decorations untuk Sabtu tu. Kehulur kehilir drive. Pergi Cyberjaya pickup kek then gerak pergi Bangi Sentral pula beli barang deco. Fuhhhh. Penat woi. 








See, simple je decorations yang aku buat. Belon, topi, beg goodies semua aku beli dari kedai The Glowing Party dekat branch Bangi Sentral. Main branch dia dekat Jalan Reko Kajang. So sesiapa yang nak beli deco birthday or any event boleh la pergi ke kedai diorang. Diorang pun ada buat suprise gift untuk birthday or apa apa jela. Senang cerita pergi sana dan survey okay. 





Banyaknya food. Okay, browniea dengan creampuff tu aku order dari @byaajthebaker.  Serious sedap. Brownies dia tak berapa manis sangat. Nice je. Tekstur dia pun moist chewy gitew. Even dah letak semalaman dalam peti ais but still sedap untuk dimakan. So kalau korang yang mana duduk area Putrajaya, Puchong or Cyberjaya nak order dengan cik adik manis tu silakan. Visit ig dia @byaajthebaker okay. Tapi peringatan, self pickup. Nak lagi mudah whatsapp dengan cik adik manis tu bincang. Mana tahu dia buat suprise tiba tiba nak deliverkan ke awak awak semua ke kan. 

Yang lain tu parents aku masak sikit, kakak aku masak sikit. Adik ipar kakak aku pun datang join sebab nak sambut sekali dengan anak dia yang sulung tu. Dia pun bawa juga makanan. So jadilah potluck birthday party at the garden.




Venue ni aku yang pilih sebab dah nama picnic mestilah dekat taman. So aku choose Taman Botani Putrajaya. Seminggu google tempat mana yang best katbarea Putrajaya tu. End up pilih situ jela. Dekat pun dekat dengan rumah. Lagipun budak budak boleh bebas main kan. Abang ipar aku siap bawa bola dengan raket lagi untuk bagi budak budak ni main. 

Sempat jugalah layan sunset yang cantik dekat Taman Botani tu. Cumanya tak berpeluang nak menjelajah guna basikal sebab kesuntukan masa. Next time boleh la datang riadah dekat sini. Sewa basikal keliling Taman Botani Putrajaya ni. 



Nah gambar family. Sebelum orang datang kita wefie dulu. Sebabnya bila dah semua busy potong kek, makan main memang tak ingat nak bergambar dah. 

So thanks dekat semua yang sudi menjayakan birthday party Airis ni. Aku ni memang jenis kalau aku nak buat aku buat juga bagi jadi. So untuk birthday lagi dua orang tu kita fikir next party plak. Ermm, nak buat dekat mana ehhh. Hiks.