Saturday, December 3, 2016

Hotel Review : The Nine Hotel Ao Nang


Salam guys. Bawah ni adalah hotel dimana aku serta tiga lagi rakan aku duduk selama 4H3M di Aonang Krabi. Hotel yang agak baru juga bagi aku. Masuk hotel ni kena buka kasut. Pihak hotel ada sediakan rak di luar. If korang rasa tak selamat tinggal kasut situ just bawa je kasut masuk bilik. Aku book hotel ni guna Booking.com dengan Harga THB5,400 untuk dua bilik. 

Seperti biasa, jenis aku kalau nak booked any bilik mesti akan baca review sampai aku puas hati and bilik yang akan jadi shortlisted mestilah bilik yang dapat rating 7 and above. So this hotel ni aku booked after aku puas hati dengan all the reviews from Agoda, Booking and Tripadvisor. Lagipun kalau tengok situ Booking.com rating di 8.1 kot. 


Lobby




Ha, satu benda yang menarik pasal Hotel ni adalah this area. Kebetulan time kitorang sampai tu awal dan belum boleh check in sebab bilik belum siap, so sebab dah penat sangat dan panas dekat luar tu so staff dia buka portable aircond dan suruh kitorang berehat dekat area tu. Serius selesa sangat. Lena juga la budak tiga orang tu tidur. Aku? Layan korean drama sampai lebam sebab WIFI dia sangat AWESOME weyh! Laju baq hang.


Decoration


Rak Buku



Okay, bilik dah ready, jom angkut beg masuk bilik. Yeay! First of all, serbu tengok toilet dulu. Hmm, toilet bersih, shower head dia best, air laju. Bilik air dia serius luas. Cumanya kalau dia letak pintu dekat wet area tu maybe air dari situ takkan keluar sangat dan basahkan dry area. Sabun dia terbaik, sebab dia letak dalam bekas tu terus. Senang. 




View dari Pintu


Katil pula memang aku request single bed. Tapi apa yang menariknya, katil tu dia letak dekat atas satu papan besar so tengah tengah tu kita boleh duduk bersila. Ish, memang best la. Kitorang siap makan Pulut Mangga lagi kat situ. Hiks. Channel Tv pula sangat banyak sampai tak tahu nak tengok cerita apa. Semestinya banyak channel Bahasa Thai la.


Bilik yang luas.






Our Balcony




Balcony with Mountain View 😍








Overall,

Bilik :  4
Kebersihan :  4
Layanan :  4.5


RECOMMENDED 👍


Sunday, November 27, 2016

Hotel Review : The Sun Hotel & Spa Bali


Hello guys! Ok, kali ni aku nak review pasal Hotel di Bali pula. Seperti biasa, hotel yang aku akan duduk bakal ditapis dengan review from other traveller using Tripadvisor, Booking dan Agoda. Semua pun tahu Bali merupakan tempat yang mempunyai pelbagai Hotel/Villa yang cantik dengan harga yang agak berpatutan. Mostly kalau Villa banyak di kawasan Ubud dan Seminyak. Cantik catik pula tu. Cumanya agak jauh sedikit. 

Disebabkan aku pergi untuk bercuti dan bukannya honeymoon macam orang lain, so aku prefer duduk di hotel saja. Bajet untuk hotel, aku dan kawan aku decide mesti kena RM300 and below. So misi mencari hotel pun bermula.

Cari punya cari. Buat research sana sini, baca review bagai so kami berdua decide untuk stay di The Sun Hotel & Spa. Berdekatan dengan Pantai Legian dan Hotel ini terletak di Jalan Lebak Bene. Sedikit sempit jalan nak masuk ni. So berhati hatilah untuk sesiapa yang drive sendiri. 


Drop off dan Pickup


Harga untuk 4H3M. 




Okay, jom kita masuk ke dalam bilik. Toilet dia bersih, cumanya agak kecik sikit. Bilik pun tak berapa luas tapi memadai la untuk dua orang. Bilik kitorang tanpa balkoni, just bila tengok dari tingkap, view pool. Kelengkapan seperti hairdryer dan tea set semua disediakan. Actually kitorang request for single bed, dan bila masuk tengok rupanya single bed dia tu, digabungkan. I don't know why. Janji boleh tidur sudah. Oh, wifi pula kadang ok, kadang tak. Redha.


Toilet




Katil Single yang digabungkan oleh pihak hotel.



Last day baru berpeluang terjun pool. Time terjun tu langsung tiada orang, kitorang je yang conquer pool tu. Awesome wei. Pool dia luas memanjang dan kedalaman tak pasti. Tapi makin bergerak ke depan makin dalam. Eh dah macam buat hipotesis pula aku ni.






Overall,

Bilik :  3.5
Kebersihan :  4
Layanan :  4
Pool :  😍