Saturday, September 15, 2018

Travelogue : Teaser Percutian Ke Banda Aceh dan Pulau Weh

Hello everyone. 

Okay now aku rasa aku dah patut update pasal Aceh la kot kan. Since awal tahun tu dah janji nak rajinkan diri update blog kan (still mungkir janji -.-). So janji perlu ditunaikan. Now dah genap berbulan-bulan trip tu. Family trip je sebabnya my mom asyik la kata nak pergi ke Aceh yang sinonim dengan kisah-kisah tragis Tsunami. 

At first aku macam ada apa je dekat sana melainkan sejarah Tsunami until aku tahu mengenai Pulau Weh. Since then aku memang buat research pasal Aceh dan Pulau Weh. Benda ni buat after beli tiket tau. Mujurlah lama juga dekat sana. Bila try cari info dalam blog lain semua cadangkan duduk 4h3m tapi aku dah terbeli extra satu hari. So belasah jela duduk Pulau Weh dua malam. Sesungguhnya keputusan paling terbaik aku pernah buat sebab cantik gila pulau dia sampai rasa taknak balik Banda Aceh. 

Pantai dia bersih, air pun jernih. Batu karang and all the hidupan laut masih lagi terjaga elok. Before gerak aku ada juga survey supir dan kebetulan terjumpa satu blog ni cadangkan Fauzah Ihsan. Aku terus search ig dan buat another research pasal Fauzan. Then minta dia quote harga. So far after perbandingan, harga yang dia quote murah dari supir yang lain. Aku just give my itinerary to him and discuss. Simple. 

So if korang nak ke Aceh boleh gunakan servis from Fauzan and the Team. Confirm puas hati. Customize je itinerary korang tu dan bagi dekat dia dan nanti dia akan cadangkan mana yang paling berbaloi. Since kitorang duduk dua malam di Pulau Weh, memang habis pusing satu pulau dalam masa sehari setengah je. End up duduk dekat chalet mandi laut depan chalet tu. So if taknak rugikan masa maybe korang boleh duduk satu malam je. Melainkan ada plan nak diving sebab orang kata Pulau Weh ni syurga untuk diving. Aku tak tahu sebab aku tak diving. Just snorkeling je pun dah terpegun dengan kecantikan dasar laut dia.

So untuk teaser kali ni aku bagi sikit dulu gambar eh. 





Ciao!

Sunday, March 11, 2018

Hotel Review : Y Khao Hotel Mui Ne

Hello!

Now masa untuk review hotel yang kami semua menginap sewaktu di Mui Ne. Actually hotel ni dah termasuk sekali pakej yang kami ambil dari Miss Khanh. Kami just bagitahu yang kami akan pergi seramai enam orang, tiga lelaki dan tiga perempuan. So, dari situ dia bagi option untuk duduk di Hotel Y Khao. After aku tengok condition bilik yang dia bagi tu nampak menyakinkan so aku pun proceed untuk setuju.







Bilik yang the girls dapat agak kecil berbanding the boys. Tapi okay je selagi ada tempat untuk solat, kami the girls ni tak kisah pun.






So far, toilet bersih, bilik pun bersih. Boleh nak sidai baju mana tahu ada yang basuh baju ke apa ke kan. Boleh la keringkan dekat sini.



Ada pool dekat belakang tapi kami memang tiada masa langsung nak berendam sebab seriously jadual pack gila. Ini pun last day tu baru pergi jenguk. Itupun time nak check out dari hotel. Tengok bertapa busynya kami.



Overall, if sesiapa yang bercadang nak ke Mui Ne, bolehlah ambil pakej dengan Miss Khanh sebab memang layanan paling tip top dia bagi. Tak silap aku, aku dah bagi segala info mengenai Miss Khanh dekat Entri ni so, go read and book dengan Miss Khanh okay.