Friday, September 21, 2018

Hotel Review : Freedies Santai Sumur Tiga, Pulau Weh

Hi!

Okay, setiap kali bercuti mesti kita akan cari tempat penginapan kan, so now aku nak share penginapan sewaktu kami di Pulau Weh. Erm, actually setiap kali nak book cari penginapan dekat tempat aku nak bercuti tu, aku akan buat research dulu mana orang selalu tinggal, baca review, berbaloi ke tak dengan duit yang dikeluarkan dan macam-macam la.

So, sama juga untuk kali ni pun aku buat benda yang sama. Tapi risikonya mostly banyak yang dah habis la terutama yang memang selalu orang suggest dalam blog or viral dekat sosial media. fine, after baca all the review, nampak orang pun banyak suggest dekat group backpackers even supir pun kata that place was actually very nice so, then aku decide ok book!

Time search dekat agoda tu tengok ada tinggal satu je untuk bilik yang aku nak tu. Benda bila permintaan tinggi kan memang macam tu. So, terus book. Tapi aku ni sejenis macam paranoid if nanti penginapan yang aku book tu tak okay, so memang time by time aku akan check review penginapan aku. Selagi ada masa untuk cancel selagi tu aku akan check review. So far this resort (yes, this is actaually a resort) memang keep on dapat good review. So aku fikir, fine sampai sana nanti kita lihat.


INI ADALAH HARGA TIME AKU BOOK. TAK SILAP AKU BAYAR DEKAT SANA. SO BOOKING WILL NOT TOLAK YOUR MONEY.


Sampai untuk check in pun dah malam, dengan semua masih penat so malam tu masuk bilik, bersihkan diri terus naik katil tidur. Oh, just sempat la juga buka pintu balkoni tapi tak nampak pun view sebab gelap. Nampak bulan je terang pastu dengar bunyi ombak. Aku ambil bilik DELUXE APARTMENT WITH OCEAN VIEW tau sebab bilik ni boleh occupied until 6 person. One more thing, without aircond tau, just fan je. Tapi malam sejuk je.

Let's check it out the room. Rasanya aku ambil gambar time nak balik kot. So, a bit gelap sebab pagi sangat kami check out. Sorry, gambar toilet tak sempat nak ambil tapi don't worry toilet dia bersih dan ada partition for toilet bowl and shower.





SORRY MESSY SIKIT SEBAB TENGAH BERSIAP NAK CHECK OUT. TAPI MACAM NI LA BILIK DIA. KALAU TENGOK DALAM AGODA PUN SAMA.


DEKAT ATAS NI BOLEH DUDUK 3 ORANG. DECK PALING ATAS TU 2 ORANG DAN DECK BAWAH TU SORANG. TAPI CAREFUL SILAP GOLEK, KEBAWAH LA PERGINYA SEBAB TIADA PENGHADANG. TAPI SO FAR AKU TIDUR SITU OKAY JE TAK TERGOLEK PUN.


Okay, jom kita tengok view depan bilik. Woo, ini paling terbaik dan buat aku rasa berbaloi baloi baloi aku book this room. Ada lagi dua bilik sederet dengan my room. My room was actually di tengah. Left and right ada room with same view juga.


ADA MEJA DEKAT SITU AND BTW, AKU BREAKFAST DEKAT SINI SAMBIL LAYAN VIEW. SUPERB GILA! PETANG-PETANG AKU BARING DEKAT KERUSI KIRI TU SAMPAI TERTIDUR SEBAB BEST SANGAT LAYAN ANGIN.


INILAH VIEW YANG ANDA DAPAT JIKA AMBIL BILIK NI. AWESOME KAN KAN ?

INI AMBIL TIME PAGI. SUNRISE.



So, if anda semua nak book hotel/resort di Pulau Weh, this resort was very RECOMMENDED. Food dekat cafe pun nice. Boleh pilih either nak makan dekat cafe or makan yang memang the owner masak sendiri which is kena book eh. Like full course of meal from appetizer, main and dessert something like that la. Aku tak try pun sebab mostly banyak makan before balik ke resort je.

So, again book this Resort and enjoy your holiday and enjoy your awesome view the Pantai Sumur Tiga. Thanks.




Thursday, September 20, 2018

Travelogue : Banda Aceh Day 4 & 5

Hello! Hi!

Yeay last entri untuk this trip. Thank god finally I manage to finish it. Tahap kecekalan kena tinggi kalau nak menulis ni. Nak mencari mood lagi. Ni pun mood datang sebab bakal ada next next trip so, kena habiskan trip ni dulu baru boleh start another trip. Matilanakkkk.

Fine, fine taknak bebel panjang, jom sambung hari last day berjalan aka hari keempat sebab the next day tu flight balik Malaysia pagi.

Harini tiada aktiviti sangat. Just tinggal few places je lagi belum pergi. So, untuk membuang masa kita pergi ke Kolam Air Panas yang memakan masa lebih kurang sejam perjalanan. Jyeah, inilah cara untuk kita membuang masa. Kahkah. Seperti biasa sepanjang perjalanan kita tidur untuk mengumpul tenaga. 






Sedap tidur sekali buka mata dah sampai dah ke Taman Wisata Air Panas Aceh Besar. Cuaca panas, air panas bergabung meletup panas! Pergh. Aku kira nak cari tempat berteduh je. Tempat dia tak luas mana pun, just nice. Ada dua kolam untuk lelaki dan juga perempuan kalau tak silap aku. Ada pondok banyak dibina untuk kemudahan pengunjung berkelah. Ok, paling terbaik sauna dia. Pergh semulajadi beb. 





Camni, air yang dari punca tu turun melalui satu longkang buatan dan sepanjang longkang tu dia bina pondok kayu yang jarang-jarang sikit kayu dia supaya wap air panas tu boleh masuk. Dia tutup pondok tu dengan kanvas je. Taraaa jadilah sauna. Sini sebab air panas yang punca dia tu laju, kat tempat kita susah sikit sebab tekanan air dia rendah so, air tak laju.





Kemudian, kami dibawa ke sebuah lagi pantai iaitu Pantai Pasir Putih Lamreh. Uish, angin dia bukan sepoi-sepoi lagi tapi bertiup kencang terus. Air dia boleh tahan lawa juga tapi sini ombak macam kuat sikit. Lepak minum teh botol sambil rest sebab nak balik ni perjalanan jauh ni. Heh. Lama juga kami lepak sini sebab syok angin kuat kan. 







Dalam perjalanan balik tu rasa lapar, singgah makan dekat Ayam Lepas. Yes, dia semacam ayam penyet tapi nama dia ayam lepas. Actually ada yang pedas melampau dengan yang kurang pedas. Tak pasti mana satu sebab menu satu lagi nama Ayam Lemass. Ntah, jangan tanya dia lemas ke mana. Tapi sememangnya sedap terangkat kaw! 





Sudah kenyang dibawanya kami ke Kapal Tsunami Lampulo. Disinilah yang ada boat atas rumah tu. Kapal ni pun hanyut dibawa arus tsunami juga. Ada makcik ni cerita dia masih hidup pun sebab dia lompat masuk ke dalam kapal ni. Sebenarnya dia lari masuk ke dalam rumah tu sebab rumah tu dua tingkat, kebetulan masa dia berada di bumbung tu kot kapal ni datang dan dia terus lompat masuk. Lebih kurang macam tu la cerita dia. Nak tahu lebih lanjut minta google okay.







Balik dari situ pun dah petang, so marilah kita cari makan petang. Teringat pula bakso. Aku lah tu yang teringat, nak makan bakso. Cakap dekat Mas Mahyu nak makan bakso, dia terus bawa pergi satu gerai ni Mie Bakso ni. Bapak besar gila bakso dia. Senak perut nak habiskan. Selesai makan, dah tak tahu nak pergi mana dah. End up minta Mas Mahyu bawa kami pergi mall di Banda Aceh. 





Okaylah mall dia, tak besar sangat tapi lengkap semua. Ada KFC, ada Pizza Hut, ada JCO Donut dan Pasaraya Harian. So, untuk dinner aku decide beli Pizza je sebab pizza Indonesia lain dari Malaysia. Isi atas pizza pun banyak dari yang Malaysia punya. Dinner dekat hotel je sebab nak packing untuk balik esok.



TENGOK BETAPA MERIAHNYA TOPPING DIA!




Day 5

Pagi tu dalam jam 6 pagi camtu Mas Mahyu datang pick up bawa ke airport. Flight balik jam 9 pagi. Tamatlah sudah trip kami berlima ke Banda Aceh dan Pulau Weh. Serius trip yang paling awesome tapi pada masa yang sama macam bagi keinsafan sikit la tengok macam mana hancurnya Banda Aceh ni ketika Tsunami berlaku.





Memang trip kali ni santai je, taknak rush dan pack sangat sebab bawa parents kan. So light and easy je sebab ada masa balik hotel rehat dulu baru keluar balik. Kalau trip anak muda selagi boleh sumbat kita sumbat dalam satu hari tapi hasilnya exhausted sikit la.






So, next family trip kemana pula kita? Tunggu....