Thursday, September 30, 2010

Hikayat dua hari (part 1)

Hari Pertama.
Jam 12 tengah hari lebih kurang la.

" Abang tiri! Jum g shopping ".

Bermula dengan pesanan ringkas itu bermula la segala kejadian. Melepak dulu di KLCC sementara menunggu najmi datang pick up. Pukul 2 lebih Si Badul datang.

" Okays. Korang nak pegi mana? "

" Times Square!!! "

So, bergerak la ke Times square. Pusing punya pusing, DD gurl sambar sehelai kemeja. Separuh mati tunggu minah tu pilih antara grey dengan cream. Tiba tiba rasa tiada keseronokan di TS, so bergerak keluar ke Sunway Pyramid. Disebabkan tak tahu jalan, ktorang guna benda canggih iaitu GPS.

GPS tu asyik bercakap tanpa henti. Bahasa Melayu dia sangat failed. Memang kene pergi kelas pemulihan bahasa. Asyik ulang ' Laluan Pantas, Sila patuhi had laju '. Sangat annoying okays. Tapi membantu juga kami sampai ke destinasi

Pusing pusing dalam Sunway Pyramid. Rambang mata tengok sales yang berlambak. Melekat satu cardigan kat aku. Berpeluh diorang tunggu aku amik decision nak beli. Padan muka. Its time to berbuka puasa. Semua tempat dah penuh. Fully booked okays. Merempat la kami kat Wendy's.



Misi seterusnya iaitu mencari seluar si badul. Masuk ke SUB. Si Badul terpegang satu seluar ni. Aku dan DD Gurl keluarkan tanduk setan menghasut Si Badul suruh beli. Tapi Si Badul menepis segala hasutan dengan mengeluarkan ayat selamat.

" Rilex. Kita jalan dulu. Kita g kat G2000. Kalau takde, kita datang sini balik ".

Seperti yang dijangka, akan kembali ke kedai SUB. Tanpa perlu berfikir panjang, Si Badul terus sambar seluar dengan potongan harga 20%. Menyesal di kemudian hari tidak berguna ya. Nasihat untuk Si Badul. Selesai segala misi, bergerak keluar dari Sunway Pyramid.

" Destinasi seterusnya kemana? "

" Eh, jum g I-City!! "  DD Gurl mengeluarkan idea.

" Jum! Baby nak follow kita. So, kita g ambik dy dulu ".

Bergerak ke Old Town White Coffee sebab Baby gtau dy ada di sekitar situ. Sekali lagi guna GPS untuk ke sana. Dah borak borak dengan Baby, then trus ke I-City dalam keadaan hujan.

" Ala....ujan la. Camne nak jalan jalan tengok lampu? "

So, lepak dulu kat kedai mamak. Minum minum, makan makan sambil tunggu hujan berhenti. Then, bila dah renyai sket ktorang pergi dengan satu kereta iaitu kereta Si Badul. Kereta Baby tinggal kat situ. Elok je sampai sana.

" Nah Alla, ko nak pegi sini sangat kan. Ha, tengok la puas puas ". Nada perli syial.

" Cantik!!! Tapi kalau ade KAMERA CANTIK lagi best ".





Pusing pusing sampai bosan. Dua tiga kali kena priiitttt sebab buat suka suka hati. Eleh, lampu pun dah banyak terbakar, kecoh nak jaga jaga lagi. Kitorang bayar okays. Sepuluh ringgit plak tu. Dah bosan kitorang blah dari situ.

" Ha, puas hati dah adik tiri? Kecoh sangat nak datang sini " Damn, kene lagi. Asyik kene je aku.

Peristiwa paling lawak, cari kereta Baby tak jumpa. Pusing sana sini, u turn sana sini tak jumpa jumpa. Tapi at last jumpa juga. DD gurl ngan aku berpecah. DD Gurl naik dengan Baby, aku naik dengan Si Badul. Destinasi seterusnya Bukit Bintang jalan jalan.

GPS yang gila telah bawak ktorg menyusuri jalan yang sangat pelik. Sampai boleh nampak tikus tikus berkeliaran tanpa arah tujuan. Terlampau banyak. Liar juga tikus ni tak reti reti nak balik rumah. Haish. Bukit Bintang takde pape. So terus ke Dataran Merdeka.

Lepak sampai pukul empat lebih. Bersembang mengenai hati, perasaan, isu semasa, lawak bodoh, tak puas hati. Semua keluar sebab nak isi masa yang lama tu. Then bergerak ke Danau Kota untuk sahur. Kemudian Si Badul dan Baby hantar kitorang balik ke Setapak dan mereka kembali ke BMI. Tido.





Bersambung.......


2 comments:

kau nak kata apa.silakan.