Thursday, September 30, 2010

Hikayat dua hari (part 2)

Hari kedua
Jam 1 petang sebab terlewat bangun

Macam biasa la, dimulakan dengan menghantar message dekat Si Badul aka Abang Tiri.

" Wei, bangun. Jadi g OU ke tak "

Sepuluh minit tunggu. Tiada balasan. Fine. Tak bangun tido lagi. Lebih hebat dari aku. So, aku malas nak kacau dy tido, aku biarkan je dan dah mulakan buat plan yang lain.

" Nak pegi kul bape? " Itu maknanya Si Badul baru bangun tido.

Disebabkan dah pukul 2 lebih, so selepas buat perbincangan ktorang suruh Si Badul ambil pukul 3.

Packing segala barang sebab nak balik hostel terus. Kemas sikit sikit sebab rumah orang. Turun bawah bagi kunci dekat jiran, buang sampah, tengok tengok dah terconggok kereta waja tu kat bawah. Oh, ada Baby juga.

Dalam perjalanan, DD Gurl buat satu pertanyaan yang membolehkan Si Badul patah balik ke Hostel BMI.

" Kupon Dominos bawak tak? "

Disebabkan Si Badul lupa, patah balik ke Gombak. Kegembiraan Atikah sangat terserlah sebab dy memang taknak join. Bak kata dy, pucuk dicita ulam mendatang lah sangat. So, dy tak ikut dan lepak hostel je. Oh ya, Baby jadi mangsa untuk berlari naik ke tingkat 4 ambil kupon.

Cuaca ketika tu macam pagi. So, kami pon badget la macam keluar di waktu pagi sedangkan waktu tu dah pukul 4 petang. Destinasi seterusnya pergi ambil awek Baby, Teha. Bermulalah perjalanan yang penuh berliku. Terlepas simpang nak ke rumah Teha, so kami kena la U TURN balik. Haish.

Kemudian menuju ke destinasi seterusnya iaitu The Curve. Ada orang tu tak pernah pergi sana. Sampai sana cari Dominos. Tapi takde, so bergerak ke One Utama plak sebab ada sumber mengatakan kat sana ade Dominos. Setengah jam je lepak dalam The Curve. Bukan ade pape pon dalam tu.

Bergerak la kami ke One Utama dalam keadaan yang hujan di luar. Tapi takpe, naik kereta. Sampai sana benda pertama yang di cari papan information. Cari cari, still xde Dominos. Tak puas hati, Si Badul g tanye kat akak yang lepak kat meja pertanyaan tu. Akak tu kata takde. Ceh! Sumber Si Badul nie memang takleh pakai.

Disebabkan dah hampir nak berbuka so, kami redha je la kedai ape pun. So, mulakan misi mencari kedai makan untuk dibooking. Tapi seriously nasib ktorg sgt malang sebab semuanya sudah fully booked. Jalan terakhir hanyalah keluar dari OU dan cari Dominos di luar.

Aku memang suke main GPS nie sebab macam main game plak. So, aku yang diarahkan untuk menentukan nak makan di Dominos mane. Aku pun dengan gatal tangan tekan Damansara Height dengan harapan dekat. Padahal jauhhhhhh la sangat. Sekali masuk dalam perumahan mewah la plak. Lawak lawak. Tapi nasib sampai before buka puasa.

Selesai semua, Teha nie cakap nak beli barang kat Mydin Selayang. So, gune GPS la. Tapi GPS nie langsung tak boleh pakai sebab tak update jalan dan bangunan sebab dalam tu xde Mydin Selayang. So, main redah je sampai nak sampai Rawang sane nun. Gile punye jauh. So, ktorang U TURN ok U TURN balik.

Malu bertanya sesat jalan. Tak malu pun tetap sesat jugak. Orang tu tipu kata Mydin tu dejat ngan Stadium Selayang. Padahal xde pun. Nak kata terlepas pandang, tak juga sebab dah berkali kali pusing kat situ. Pastu Teha dah mula ingat sket sket, tambah ngan info yang dy dapat dari kakak dy, so akhirnya kami jumpa gak Mydin tu.

Nak masuk dalam tu punye la sesak. Tyme tyme tu juga Si Baby nie nak pergi melabur saham. Adoyai. So, kami si perempuan nie turun dulu sementara Si Badul pergi cari parking. Adalah dalam setengah jam berpusing pusing dalam Mydin tu. Kemudian sampailah ke misi menghantar Teha pulang. Tetap juga ada halangan.

Kali nie bukan terlepas simpang tapi terawal masuk simpang. Actually boleh je lalu tapi masing masing tak tahu jalan so terpaksa la kami U TURN balik. Dah hantar Teha bergerak la kami pulang ke BMI. Tapi sampai sekerat jalan, dengar jeritan dari Baby. Kunci kereta dy tertinggal dalam beg awek dy. Seperti sedia maklum kami pun U TURN la balik ke rumah Teha. Sebelum gerak, Si Badul tanya dulu kat Baby kot kot ada lagi barang yang dy tertinggal.

Dalam kul 10.55 kami sampai BMI. Gaduh jap ngan pak guard pastu blah masuk hostel dan berehat. Tamatlah sudah perjalanan kami yang penuh berliku.


Selamat Hari U Turn Sedunia!


Sekian.



Tamat.....



ps: gambar takde ok.

2 comments:

kau nak kata apa.silakan.