Friday, October 1, 2010

Hye October

Selamat tinggal kepada September dan selamat datang untuk Oktober. Smile!


Seperti biasa perkara pertama yang dilakukan, minta mak duit. Awal bulan kan.


Hari pertama bulan September sudah mula buat jahat. Dengan perasaan yang bersalah, berani ponteng kelas yang agak penting serta sir yang sangat garang. Kelas pada Jumaat malam. Memang sangat tidak disukai ramai. Oleh itu, dengan berani mati aku ponteng! Nasibla kalau sir terbaca entri ini. Saya jujur disini. Minta maaf banyak banyak.


Alasan utama kerana saya tidak berjaya menyiapkan kerja yang sir bagi. Alasan kedua, kerana tak siap, saya takut nak ke depan jawab soalan kerana saya tak tahu jawapan. Alasan ketiga kerana saya malas. Harap segala alasan ini diterima. Sekali lagi saya minta maaf.


Kepada penpsiko saya hasyir dan din ganu. Tahniah kerana korang berjaya. Saya akan tunggu hukuman yang dikenakan nanti dengan redha dan pasrah. Haish.


So, selamat berhibur di hujung minggu!

2 comments:

  1. ngulorrrrr......bitau emak dilla ponteng kelas.....hehehehehehee

    ReplyDelete
  2. @ezam

    ohh peliz jangan..
    nanti duit banje kene potong.
    zap!

    ReplyDelete

kau nak kata apa.silakan.