Dua tiga minggu nie keje aku balik rumah kakak aku, kemudian melepak tengok tv, membebel kat budak - budak yang ade dalam rumah ni sebab buas sangat then merayap habiskan masa dekat alamanda sebab itu je shopping mall paling dekat dengan rumah.
Tahukah anda budak diatas ini semakin banyak akal dan penat nak mengawal dia. Mulut pot pet pot pet mengira one two three untill ten, kemudian buat simbol ok serta bila disuruh pakai baju buat - buat lembik dan mengada - ngada peluk - peluk orang dengan harapan dapat bermanja manja.
Budak ni pulak dah memang sejak azali lagi memang buas. Tak terkawal sungguh. Memanjat, merangkak segalanya la dia nak buat. Paling dia suka adalah menangis bila mama dia pergi sekejap, masak ke, toilet ke ape ke, tak sampai lima minit mama dia blah, dia nangis. Cuba tengok gambar diatas. Diambil ketika di Tesco Nilai. Tak senonoh betul tidur terkangkang. Tak macam perempuan langsung gayanya.
Dah cukup pasal diorang.
Baru - baru nie ada buat minta autograph fellow sebab nak kukuhkan lagi la sebab kenapa kau mesti duduk hostel kan. So, disebabkan result aku sem lepas yang agak tergenlincir sikit dari landasan memang kena banyak berdoa sebab bakal ditendang keluar dari hostel. Ha, itulah enjoy banyak, terima la padahnya. Kumpul dua puluh kupon pun tak guna kalau result cengitu. Ucapan terakhir yang aku terima dari fellow adalah, " goodluck dear. " Serta merta aku pun berharap luck aku ada lah ye.
Yeah! ini yang kita mahu. Be strong enough.
Dan, secara tiba tiba aku macam terkena penyakit nak mengingat kisah lalu. Damn shit. Kepala ting tong kot dengan secara tiba - tiba boleh pulak gedik nak terkenang memory lama. Apa halnye aku pun tak berapa nak pasti. Apa yang pasti dua orang kawan aku jadi mangsa untuk dengar luahan hati dan perasaan aku yang tak pernah nak habis.
Well, perempuan kan, ada masalah apa lagi cari orang la nak lepaskan. Bukan boleh simpan lama - lama karang rasa nak meletup dan dan semua kerja tak boleh nak buat. Biasaah, emo melebih lebih. Padahal benda kecil je pun. Tutup mata je dah boleh selesai. Kalau boleh kumpul masalah tu, boleh buat novel bersiri. Macam macam cerita dengan macam macam ragam.
Lagi dua minggu study week. Masa untuk pulang ke kampung halaman. Orang lain sibuk study aku balik rumah. Bila final mengangga tengok orang kiri kanan, pastu tak dapat jawab, DOWN serta merta. Kemudian cari penyelamat, mengadu itu ini. Dia pun dah muak gamaknye dengar aku mengadu.
Keluar result, DOWN lagi. Cari lagi penyelamat untuk mengadu lagi. Padahal diri sendiri yang tak pernah nak berusaha habis habisan. So, kesimpulannya layan la movie banyak banyak, online lah selalu serta keluar la berjalan sokmo. Apa apa jadi sendiri tanggung, sendiri mau ingat.
Dah, jum tido.
ps : dah pandai balik hostel lewat- lewat ;p
comel3..~
ReplyDelete