Wednesday, April 27, 2011

Seharian bersama Hafiz Khan.

Hari ini seharian habiskan masa dengan kawan terbaik aku, @hafizkhan. Memang puas aku story segala cerita dekat dia. Seriously segala beban telah dilepaskan dan aku rasa ringan gila kepala aku yang serabut sebelum nie. Dia adalah satu - satunya kawan yang memahami dan sentiasa ikut je rentak aku.

Dia juga lah merupakan kaunselor tak berbayar paling best sekali aku pernah ada. So, tak perlu nk keluarkan duit banyak - banyak cari kaunselor sebab aku dah ada private kaunselor. Hanya orang tertentu je boleh guna khidmat dia. Hahaha.

So, dah puas bersembang, kepala pun dah ringan, masalah pun dah selesai boleh la sambung study serta mengadap final exam dengan hati yang girang serta tenang sekali. Bertambah tenang bila dapat berita akan dapat something dari @hafizkhan yang actually aku sendiri yang minta dia beli.

Selepas ni mungkin dah payah nak jumpa sebab dia pun dah nak naik kapal. Kerja sudah panggil. So, pesanan untuk anda wahai @hafizkhan, " jangan lupa segala barangan yang aku pesan terutama sekali benda yang minimum tiga botol tu. Kalau lebih lagi lah seronok. Serta jangan harap anda akan bersenang lenang sebab aku akan bebankan ang lagi dengan pelbagai kisah menarik mengenai hidup aku. Yeah, ang kena tahu semuanya. Barangan akan diupdate setiap kali anda turun kapal. So, beware!"












ps : thanks :)

No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.