Tuesday, July 19, 2011

Ahad yang penat

Ahad lepas, semua kampus unikl buat pendaftaran untuk pelajar baru. So, aku pun join la sekali meramaikan orang sebab adik lelaki aku masuk Unikl MFI. Kul 11 lebih sampai dah penuh dengan orang. Waktu tu rasa macam menyesal pulak pergi ikut. Masuk la ke dalam. Sekali tengok, student yang nak daftar, mak aih beratur panjang gila.





Sebabkan dah malas sangat nak tunggu tambah pulak dah masuk zohor, aku dengan parents aku balik dulu rumah. Mujur la dekat, dalam dua puluh minit je. Mandi, sembahyang, tukar baju semua, pergi pula. Still tak settle lagi. Tiba tiba adik aku datang dekat kitorang dan bagitahu yang hostel dah penuh.






Mujurlah ada hostel tambahan dekat area Bangi sana nun. Tapi sebelum dapat ke sana, kaw kaw dekan MFI kena hentam dengan parents. Yela, salah diorang la tak prepare awal awal. Alasan sungguh la tak logik. How come dia boleh kata, tak jangka pelajar datang seramai ni. Stupid betul, sah sah pihak pengurusan dah dapat senarai nama pelajar yang akan datang mendaftar.

At least prepare la awal awal. Biar lebih asalkan jangan kurang. Ibu bapa pun ada komitmen lain. Takkan nak duduk situ berjam jam semata mata disebabkan kelemahan pihak pengurusan. Memang kita tak jangka ini nak jadi tapi at least make sure if plan A rosak, ada backup iaitu plan B. Haish, bermasalah betul. Awal awal dah bagi bad impression pada orang luar. Aku takpe sebab aku sendiri under unikl, so aku dah faham masalah macam nie. tapi bagi orang luar yang baru pertama kali hantar anak diorang macam mana. Malu la. Tiba tiba daripada syarat semester satu WAJIB duduk di dalam hostel terus jadi tak wajib sebab diorang bagi kebenaran kepada sesiapa nak berulang or duduk luar.






Cuma satu je, please jangan tunjukkan kan sangat sikap tamak tu. Kerja nak telan duit student je. Dah tahu kuota hostel tak mampu nak tampung pelajar yang ramai, yang pulun sangat ambil sampai tujuh ratus orang tu apehal. Hostel hanya mampu tampung lima ratus, lagi dua ratus mana nak campak. Otak ada fikir, tak guna ada gelaran apa pun tapi kalau tak pakai otak pangkat tinggi pun orang pandang sinis.

Tapi aku tak nafikan la masalah pun ada juga yang berpunca dari kitorang sendiri. Adik aku dengan serabai, rambut panjangnye. Lepas tu nk daftar kena tunggu kawan kawan lah pulak sebab nk duduk bilik sekali. Macam macam hal. Apa yang pasti segalanya settle lebih kurang jam sepuluh malam.

Memenatkan betul.

No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.