Tuesday, July 5, 2011

Ambil printer yang telah dibaiki.

Hanya disebabkan sehelai kertas, aku dengan atikahallias terlepas sampai ke bukit bintang. Itu cerita hari jumaat. Dari plan asal hanya nak pergi klcc tengok wayang, jumpa adik di kl sentral dan terus balik bertukar menjadi tengok movie di klcc, tetap pergi ke kl sentral tapi naik monorail ke sungei wang plaza, jumpa adik, bagi surat, sesat dan tiba tiba sampai bukit bintang. What a miserable moment and that day we just wore baju kurung.

Ha, ingat lagi entri printer rosak di fullhouse? Ini kesinambungan selepas printer yang rosak telah kembali pulih.

And yesterday, our plan just to pick up printer dekat plaza low yat, tapi entah macam mana tersampai ke midvalley dan taman tasik titiwangsa. Berjalan tak ingat. Nak pergi midvalley sebab nak lunch je. Last last lima jam duduk dalam tu merayau dari satu kedai ke satu kedai. Then naik ke rooftop's garden bergambar. Lepas tu dah tak tahu nak pergi mana, so aku suggest pergi taman tasik titiwangsa sebab dah petang. Jalan jalan ambil angin petang sambil bergambar lagi lagi dan lagi.








Lepak sampai enam lebih, duduk kat meja batu sembang nak dinner dekat mana. Tapi yang terkeluar cerita lain. Sampai lah tersedar dah jauh tersasar dari cerita asal baru bincang balik about dinner. Semua setuju makan dekat kampung baru. Bila sampai sana, oh my god of course la banyak kedai kan. Kampung baru la katakan.




So, we decide makan dekat hr steak house. Secara jujurnya, ini baru pertama kali aku dengan atikahallias makan dekat sini. Aku dulu ada gak sebut sebut nak datang sini makan, tapi apa kan daya takde siapa nak bawa kan. Aku quite impressed la dengan harga dia. Really affordable la.








Bila dah kenyang, mata pun asyik nak tutup je. Berangkat la kami pulang ke hostel. Oh, terima kasih untuk shafiqsaat sebab menjadi pemandu serta tour guide yang tak berapa nk guide sangat la kepada kami berdua dan terima kasih sebab sudi meluangkan masa bersama.

Urgh. Penat penat. Assignment pun berlonggok lagi tak siap. Final pun dah nak dekat. Haish. Please pray that i can make it on time.

2 comments:

  1. ahad lepas pergi, terase macam taubat tak nak pegi lagi.. tapi bleum taubat lagi..

    service macam hampeh... saket hati..
    tunggu orang tu nak amik order sampai setengah jam...
    panggil buat tak tau je...
    sangat kurang ajar.. :S

    ReplyDelete
  2. hari tu pun sama juga kina. nasib baik cashier tu pndng kitorg. so, dy yg dtg ambil order. tunggu pekerja lain, buat xtau je.

    ReplyDelete

kau nak kata apa.silakan.