Friday, April 14, 2017

Movie Review : Beauty & The Beast dan Fast & Furious 8


Salam and Hello!

It's time for Movie Review walaweyy!



BEAUTY & THE BEAST



Setelah dilanda dengan pelbagai kontroversi finally, berjaya juga ditayangkan di Malaysia. Semua ini pasal isu gay tu. So on 30th March cerita di berjaya masuk panggung Malaysia. Actually aku memang looking forward cerita ni lama dah. Bila dengar pasal kena banned tu macam frust juga sampai ada some of my friend pergi Singapore untuk menonton Beauty and The Beast.



SINOPSIS

Jalan cerita dia clean je or dengan kata lain straight forward. Aku ni sejenis yang memang menonton cerita fairy tales macam ni even cartoon pun. So cerita ni memang sama je dengan version cartoon tu. Tiada apa yang berubah pun. Ayah Bella pergi ke bandar kemudian tersesat ke sebuah istana dan terperangkap dan kemudian Bella datang untuk selamatkan ayah dia dan berjumpa dengan beast. Seperti dalam cartoon, teko, closet piano, lilin dan jam loceng semua boleh bercakap dan cuba untuk membantu beast tu jumpa his true love. Rose merah itu seperti biasa menjadi penentu sihir tu kekal atau tidak.




REVIEW

  • Sebuah movie santai yang actually banyak menerapkan value yang positif seperti family, love, trustt.
  • Mengajar kita supaya tidak menilai orang sekadar dari luaran sebelum mengenali seseorang itu dengan lebih dekat. Senang cerita, Don’t judge a book by its cover.
  • Oh, ada satu scene yang beast bawa Bella ke bilik bacaan yang penuh dengan buku. Awesome wey, sebab dulu pernah berangan nak bilik macam tu. Tetiba teringat buku yang banyak tak terbaca lagi  -.-
  • Pasal isu gay tu actually tak terlalu menonjol pun. If pihak produksi tak keluarkan any statement pasal isu itu tiada siapa perasan pun. It is just more to love between friend. Cumanya friend ni lelaki. Even dalam drama korea pun banyak je scene macam tu acah acah “bromance” la.
  • Yes, cerita ni tersangat banyak lagu. Starting je dah menyanyi, lima minit kemudian menyanyi lagi. So please bear with it since terang terangan cerita muzikal kan. Ibarat kau menonton teater muzikal la gayanya.
  • Emma Watson dalam cerita ni sangat CANTIK okay. Mekap dia yang ala-ala classic tu sesuai sangat dengan cerita ni. Oh oh, Guston tu muka dia memang hampir nak sama dengan muka versi cartoon. Pandainya pengarah cari pelakon. Salute! Beast tu hanya dapat lihat muka sebenar lima minit terakhir. Pffttt. 


So, sesiapa yang belum tengok, silalah pergi tengok untuk mengurangkan stress anda since cerita ni santai dan tak perlu berfikir pun. Just watch and enjoy.




RATING
8/10





FAST & FURIOUS 8



Yeah! Since aku tak pernah miss any Fast & Furious before ni so untuk yang kelapan ni haruslah pergi menonton. Untungnya bila depan office ada TGV so mudahnya nak make in relationship dengan TGV dua minggu berturut-turut. Heh.



SINOPSIS

It is all about family. Bila mana tiba-tiba si Dominic Toretto berpaling tadah dari team dia aka family yang selama ini dia jaga dan hormat. Semua jadi haru-biru sebab yang berpaling tadah ini adalah ketua keluarga kot. So bermulalah sesi untuk merebut kembali serta sesi menyedarkan kembali ketua keluarga si Dom ini untuk kembali ke jalan yang benar iaitu family beliau. Tapi kenapa dia berpaling tadah itu, sendiri pergi tengok.




REVIEW

  • Semua pun tahu yang memang team diorang ni terlalu mementingkan nilai kekeluargaan. So memang banyak family value dalam cerita ni.
  • Seperti biasa dah kurang sikit pasal lumba kereta dan semua sedia tahu yang start dari The Rock join they more to settlekan isu-isu dalaman kerajaan. But still, action with kereta awesome tu masih ada.
  • Dia punya tahap hacker tu bagi aku macam tahap tertinggi kot dan perempuan kot. Oh my, aku pun terhegeh-hegeh pasal network, diorang ni siap hack seluruh bandar. Phew!
  • Meruntun jiwa tengok kereta – kereta mewah yang diorang gunakan tu. Sayangnya dimusnahkan begitu saja. Tapi banyak scene berulang macam yang lepas – lepas. Scene apa, tengok sendiri.
  • Semestinya ada unsur humor diselitkan dan kali ni bukan sikit tapi banyak juga.
  • Ada watak anggota polis baru yang hensem. Wuuuu. Oh, dan juga gabungan antara dua rival memang gempak weyh. Gabungan yang membawa kebaikan atau keburukan itu kena tengok sendiri la eh.
  • Well, cerita ni memang dah jatuh dalam cerita wajib tonton pun kan. So, don’t expect too much, just rilex, chill chill je okay. 


RATING 
8/10




So, kesimpulannya kedua dua cerita ini adalah cerita yang berunsurkan family. Dari situ kita boleh tengok betapa pentingkan ikatan kekeluargaan tu. Jauh mana kau pergi, betapa besarnya masalah kau tu family juga yang kau cari, family juga orang yang paling kau nak protect. So hargainya mereka selagi mereka masih bersama kita. Bye!

No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.