Salam and Hello!
Terima kasihlah sebab beri aku
kekuatan untuk teruskan menulis. Kalau tidak berduyun entri tak disiapkan. Blog
ni kalau aku tak travel ke mana-mana sendu jela. Hidup segan mati tak mahu kau.
Lepas ni nak kena cuba cari idea untuk berblog. At least kalau orang tak baca
pun aku sendiri yang baca. So nanti boleh gelak sendiri tengok entri lama.
Hahaha!!
Cakap banyak tak guna. Nak cerita
pasal Trip ke Koh Lipe haritu. Penat berzikir “I need my vitamin sea” sekali
dekat Koh Lipe tu memang dapat ‘vitamin sea’ sungguh.
Day 1 – Wednesday (01 March 2017)
Flight pagi tu lewat sikit 8.30
pagi, so aku ada masa untuk slow-slow bergerak. Minta tolong kakak aku
hantarkan ke Putrajaya Sentral since aku ping uber and grab tiada respon.
Mujurlah sempat walaupun aku orang yang terakhir sampai. Oh ya, kali ni still
pergi dengan #gengbandung haritu. Then dapat tahu yang gate kami J20 so tak
perlu nak menapak jauh macam gate K. Tapi memang sampai on time la sebab dalam
beberapa minit sampai gate terus panggil masuk. Flight tiket beli time promosi
yang tak berapa nak promosi, dapatlah RM118 return KL-Langkawi-KL.
Since sekadar pergi Langkawi tak
perlulah nak order in flight food kan. Sekejap sangat perjalanannya pun. Lebih
kurang dalam 45 minit perjalanan, kami pun selamat sampai di Langkawi. Sampai
je terus call pakcik yang kami deal untuk hantar ke Kuah sebab kami naik ferry
dari Kuah. Actually ada dua tempat untuk naik pergi ke Koh Lipe either naik di
Kuah ataupun di Telaga Terminal. Depends on mana korang pilih departure time
beli tiket ferry tu. Tiket ferry tu kami beli online time promosi so dapatlah
RM198 return Kuah-Koh Lipe-Kuah. Kalau beli online, print slip voucher tu dan
nanti pergi dekat kaunter diorang akan tukarkan ke boarding pass.
Ferry pukul 2.30 petang. Banyak
sangat masa lagi so menapak la kami dekat Jeti kuah tu. Brunch dekat KFC then
dalam pukul 12 naik office Tropical Charters untuk merehatkan diri sekejap.
Diorang ni siap ada yang tidur sebab memang ada sediakan kerusi jenis baring
tu.
Tempat menunggu sementara naik ferry ke Koh Lipe |
Masa untuk naik ferry! Sebelum tu
keluarkan passport untuk dicop oleh immigresen. Settle semua tu ayuhlah masuk
ke dalam ferry. Disebabkan pergi pun hari Rabu, so tak ramai pun manusia. Siap
boleh pilih tempat nak duduk mana suka hati. Ferry berhenti jauh sikit
dari pantai demi menjaga coral. So akan ada longtail boat yang akan jemput
nanti. Disini bertabahlah sikit menunggu giliran eh. Actually dari apa yang aku
baca kena bayar 50 baht tapi pergi dan balik takdelah pula boatman tu minta and
kami pun tak pula bertanya.
Inilah boarding pass yang pihak Tropical Charters akan bagi nanti. |
Ini seat yang di bawah. Memang time ni ferry kosong. |
Sampai je terus collect passport
dan beratur untuk cop immigresen. Cuaca sangatlah panas yang amat. Memang
terasa terbakar sangat muka. Hang on there face! Oh lupa setiap yang masuk ke
Koh Lipe diwajibkan bayar yuran National park sebanyak 200 baht seorang. Tiket
tu boleh digunakan selama tujuh hari dan sila bawa kemana-mana saja anda pergi
ketika snorkeling sebab nanti akan ada pegawai yang minta.
Tengah beratur untuk cop immigresen. Panas yang amat. |
Settle segala urusan di
immigresen bergerak la kami ke Walking Street sebab dekat situlah hotel kami,
Hotel Lipe Inn. Lebih kurang 500 meter dari pantai. Pasal hotel aku sudah ceritakan di entri ini okay. Selesai check in masuk bilik dan berehat sebelum
keluar semula untuk cari pakej snorkelling untuk esok dan juga dinner.
Menuju ke Hotel Lipe Inn |
Petang tu sempat juga pergi cari pancake dan thai tea. harap maklum harga sini agak mahal sikit berbanding tempat lain. Lepas tu pergi layan sunset yang awesome dekat area Pantai Pattaya tu.
Kedai Roti Mina yang famous diantara blogger. Food sedap. |
Makcik tu tak bagi take picture. Baru nak famouskan lagi kedai dia -.-" |
Sunset di hari pertama di Pattaya Beach. |
Orait, pakej dekat sana semua standard
harga. Either pilih pakej 550 baht atau 650 baht atau 800 baht seorang. Dari
harga tu korang berunding la dengan diorang untuk harga yang lebih murah.
Mulanya kami decide untuk ambil private boat tapi bila difikirkan dengan
keadaan laut yang agak bergelora sikit time tu so terus tukar plan ambil
speedboat. So total untuk seorang termasuk makanan halal, snorkelling gear
semua adalah sebanyak 1060 baht.
Oh ya, kami ambil pakej di Bung
Roon Travel and Tours yang juga ada restoran dan kedai massage mereka sendiri.
So kalau ambil pakej dengan diorang automatic layak untuk dapat 10% for food di
restoran dan juga tempat massage diorang. Untung kan. Malam tu kami pergilah
makan di Bung Roon Halal Restaurant. Jangan risau sebab pelayan dia bolehh
cakap melayu.
Pilih la pilih ikan apa yang nak dimasak. |
Our dinner berharga 1200 baht kot? |
Selesailah sudah hari pertama
kami di Koh Lipe. Apa yang akan kami lakukan esok? Tentulah bersnorkeling!
Nantikan cerita yang lagi menarik okay sebab banyak sangat incident dan drama
ketika kami bersnorkeling. Kami juga dapat surprise dari pekerja Bung Roon Travel
tu. Nak tahu kena tunggu la. Hiks.
No comments:
Post a Comment
kau nak kata apa.silakan.