Salam.
Berbulan baru nak ada sambungan. Dasar
pemalas punya owner blog. So, jomlah sambung cerita bercuti kita. Sebelum
meneruskan sambungan cerita mabuk laut boleh jenguk dulu PART I sambil makan
aiskrim kelapa. Gittewwww! Disebabkan aku pemalas, aku gabungkan je sekaligus
kesemua hari yang tinggal menjadi satu entri.
Koh Lipe - Day 2 (02/03/2017)
So
harini hari berbasah-basahan okay. Janji dengan orang yang jaga kaunter tu
pukul 9.30 pagi so dalam pukul 8 lebih tu keluar sebab nak breakfast. Just
breakfast ringgan je supaya takut nanti terblueek time island hopping nanti.
Tapi yang jadi sebaliknya. Itu jap lagi aku cerita okay.
|
Sapu la sunblock banyak mana pun tetap juga burn baby burn sebab cuaca dekat sana panas namati |
|
Muka ceria sebelum dilambung ombak jahat |
Settle
breakfast bergerak la kami ke kedai Bung Roon Travel tu untuk jumpa minah yang
jaga semalam sekali dia kata “come, come, you follow me. Today you will get one
boat only for your group. No mix mix with others” dan time tu aku macam wah,
happynya sebab sepatutnya campur dengan group lain tapi diberi keutamaan macam
tu. Itulah namanya the power of being friendly with tukang jaga kedai.
Hahahaha. Ini semua kerja Kamarul dan Subra, mengendeng dengan minah tu.
Kami
dapat speed boat kecil yang muat untuk sepuluh orang tu dengan dua orang
boatman. Alah, boatman tu orang yang sama serve kami dinner semalam. Dah kenal
pun and diorang boleh la cakap melayu sikit.
|
Jejaka of the day |
|
Our Boatman |
At
least ada dalam lima checkpoint untuk kami turun snorkeling. Dalam lima-lima tu
hanya tiga tempat je yang aku turun selepas ambil kira factor penat, air laut
bergelora dan goggle yang kerja asyik nak masuk air je (lepasni nak beli goggle
sendiri!). Just Dinesh dan Kamarul (#macamtaksangka) turun untuk kelima-lima
checkpoint tu. Dinesh tu sampai boatman kena panggil naik punya seronok
snorkeling. Kamarul pula surprisingly dia turun semua tempat dalam pada tak
reti berenang tu. Kes nak berbaloikan duit yang dia dah keluarkan (dasar
cheapskate).
|
Batu unik? |
|
Tak reti berenang? Jangan risau, boatman ada untuk bawa anda dengan pelampung. |
|
Laut bergelora teruk nak panjat tangga pun susah. |
|
Tempat kami berpicnic for lunch |
Oh,
kejadian sebaliknya yang aku cerita awal tadi tu kan, ambil breakfast ringgan
nak elakkan muntah sekali terblueek juga salah seorang dari group kami tu.
Kesian juga tapi tak spoilkan mood kami pun sebab lepas sampai dekat satu pulau
ni untuk lunch elok je dia buat aksi naik swing bagai.
Kami
balik dalam pukul 2 petang macam tu sebab boat tu akan digunakan untuk group
yang ambil pakej sunset. Oh, kami ada skip satu pulau sebab air laut gila
bergelora dan untuk kami yang acah-acah reti berenang ni boatman nasihatkan tak
perlulah pergi. Dia pun penat nak usung kami ni dengan pelampung. Kahkahakah.
|
Ingat nak bawa balik batu tu tapi mitos kata nanti ada benda buruk jadi. So sebagai langkah keselamatan kami pun tak bawa balik. Yang pasti batu tu panas gila -.-" |
|
Hero 'hindustan' sangat |
; |
Siapa lagi putih :P |
|
Group photo. #travelbuddy |
|
Hmm, bergantung la dekat tali tu sampai kesudah. |
|
Bila boleh ambil lesen diving nie?!! |
Balik
je masuk bilik bersihkan diri, terbongkang la kami sebab kepenatan. Tapi dah
janji dengan diorang tu nak gerak pergi tengok sunset dekat sunset beach. Pukul
6 petang macam tu bilik dah kena ketuk, since Atie dia penat sangat so dia skip
sunset dan hanya kami berempat je yang pergi. Naiklah teksi 50 baht tu padahal
tak jauh mana pun tapi sebab taknak atau lebih mudah malas nak berjalan mendaki
bukit, so kenalah naik teksi motor tu. By the time sampai sunset beach orang
dah ramai. Penuh dengan mat saleh and minah saleh je duk buat romantic bagai
dekat situ. Balik dari sunset beach tu kami just jalan kaki je sebab turun
bukit kan.
|
Naik tuktuk sebab malas nak jalan daki bukit #dasarpemalas |
|
Muka aku dah start merah dan seterusnya akan burn baby burn. Haih. |
|
Sunset @ Sunset Beach Koh Lipe |
Sampai
je dekat walking street tu roger Atie dan terus gerak pergi dinner dekat Bung
Roon Halal Restaurant. After dinner kami just round pulau tu buang masa. Malam
last kan, so spent sikit masa menjelajah segala tempat yang boleh dijelajah la.
Beli sikit souvenir untuk budak office, family and members. Settle memborong, masuk bilik kemas
beg sebab esok pagi-pagi dah nak kena check out since ferry balik pukul 11 dan
kena check in dekat kaunter ferry pukul 9 pagi.
|
Aiskrim kelapa yang serius sangat sedap #originalisthebest |
|
Last night bebeh! |
|
Club ni serius cantik #acahacahpartiliarsangat |
|
#travelbuddy |
Koh Lipe - Day 3 (03/03/2017)
Last day guys.
Ingat nak kejar sunrise tapi hmm, nan hado. Kesemua pun sedap membuta.
Settlekan kemas beg dan siap-siap untuk check out sebab pihak boat kata kena
check in pukul 9 pagi. Aku dan Atie bergerak dulu beratur untuk settlekan
urusan segala boarding pass dan passport sementara jejaka semua beratur beli
breakfast. Dinasihatkan pergi awal okay sebab aku sampai dekat tempat boat tu
dalam 8.30 pagi pun dah sikit punya panjang orang beratur. Matilanak, dengan
cuaca yang panas membahang beratur sikit punya panjang. Mujurlah kali ni urusan
imigresen sekejap je settle.
|
Dah nak say goodbye dekat Koh Lipe |
Selesai segala
urusan kami semua bergerak cari tempat teduh untuk melepak semntara tunggu boat
datang. Ada angka giliran tau, so number tu kena alert la sebab nanti akan
dipanggil untuk naik boat. Bila dah naik boat bolehlah say selamat tinggal Koh
Lipe ada duit jumpa lagi.
Sampai Langkawi
ambil kereta sewa dan terus pergi memborong coklat sebab dah alang alang dekat
Pekan Kuah. Habis memborong baru bergerak ke Chenang dan check in di Sweet Inn
Motel. Malam tu dinner dekat McD Chenang je. Balik motel packing barang dan tidur.
|
Dataran Lang |
|
Sunset @ Dataran Lang |
Tamatlah short
trip ke Koh Lipe. Next trip #travelbuddy and #allatraveljournal dan plan pun, tinggal nak angkat beg pergi je. Ke mana?
Tunggu...
No comments:
Post a Comment
kau nak kata apa.silakan.