Day 3 (03 Nov 2017)
Hey yaww!
Since breakfast disediakan start dari 6.30 pagi so before
bergerak untuk tour kami makan dulu. Tapi tak banyak pun halal food yang hotel
sediakan. Standard biasa la roti and buah. Lain tu semua non halal punya food.
Bolehlah nak buat alas perut. Mujurlah kami ada bawa juga kudap kudapan.
Pukul 8 macam tour our Tour Guide, Danny datang jemput.
Mujurlah si Danny ni speak good english and bahasa inggeris dia mudah difahami.
So, we start with Mekong Delta yang mengambil masa 2 jam perjalanan. Bila dah
perjalanan jauh, sambung tidur dalam kereta la. Seriously cakap selagi ada
ruang untuk tidur memang kami akan tidur sebab tak cukup tidur. Ingat travel ni
boleh berehat ke. Travel lagi penat tau sebab nak kejar masa.
|
Danny, our tour guide tengah bagi explanation pasal Dragon Island |
Sampai destinasi kena naik boat nak ke seberang. Erm, orang
panggil Dragon Island kot. Dekat situ la semua aktiviti yang kami akan buat.
Since this is private tour so satu boat tu memang kami berenam je. Pilih la
mana nak duduk. Sampai seberang diberi minum madu campur dengan royal jelly.
Sebelum itu dibaginya pegang kayu yang ada madu tu tapi tak berani aku sebab
kayu tu dipenuhi dengan lebah. Diberi penerangan sikit pasal madu oleh this
cute girl. Manis sungguhlah air tu. Minum half dulu then campur dengan air teh
balik baru okay.
|
OMG! penuh dengan bees |
|
Amoi tu la yang terangkan pasal royal jelly dengan madu beserta khasiatnya |
Then teruskan perjalan ke persembahan kebudayaan. Di sini
akan ada orang nyanyi nyanyi. Paling tak tahan diorang ni pergi nyanyi lagu
“bila rasa gembira tepuk tangan” mak aih lawak pula aku rasa. Sambil dengar
persembahan kami dihidangkan dengan pelbagai jenis buah buahan. Habis diorang
ni buat persembahan sesiapa yang nak hulurkan tips just masukkan dalam bakul
yang disediakan di setiap meja.
|
Buah-buahan yang dihidangkan sambil mendengar mereka nyanyi lagu Bila Anda Gembira Tepuk Tangan -.-' |
Lepas tu berjalan lagi kami ke tempat naik kereta kuda.
Nasihat aku kalau diberi pilihan naik kereta kuda atau naik electric car,
silalah pilih electric car. Kesian wei dekat kuda tu sebab nak kena bawa enam
orang sekali. Kalau naik berdua or berempat takpe lagi ni berenam dan kuda tu
seekor je. Mula tu laju lama lama makin slow. Seriously aku rasa korang sila
pilih benda lain okay sebab at first kami ingat tunggang kuda bukan naik kereta
kuda tu yang kami semua setuju. Pfffttt. Menyesal tak sudah.
|
OTW ke tempat untuk naik kereta kuda |
|
Ha, kuda ni seekor la yang usung kami berenam. Kesian wei! |
Okay, letak tepi semua tu. Jom teruskan perjalanan kita
dengan menaiki sampan. Jyeah. Inilah yang paling ditunggu tunggu. Selalu kalau
orang pergi Vietnam mesti akan up kan gambar naik sampan berserta topi bentuk
tudung saji tu. Now dah dapat merasa sendiri. Setiap boat maksimun empat orang
je. Akan ada dua pendayung depan dan belakang. So, kalau ada yang nak mencuba
mendayung minta je kat orang tu. Tapi sungai tu bau busuk dan agak kotor. Aku
rasa since tempat tu memang jadi tempat tarikan pelancong maybe boleh cuba
untuk bersihkan sikit. Naik sampan tu sampai ke tempat pembuatan gula gula
kelapa. Oh ya, pesanan if nak bagi tips, dekat sini diorang minta terus RM5
tau. So depends la nak bagi atau tidak.
|
Merasa la pengalaman naik bot sambil pakai topi macam tudung saji! |
So, bila sampai dekat tempat pembuatan gula gula kelapa ni
dah semerbak bau manis dia. Dekat sini tour guide korang akan ceritakan cara
pembuatan dia dan korang boleh rasa juga gula gula tu. Kalau dah rasa dan nak
beli boleh, silakan. Macam macam perisa ada. Aku ada rasa perisa kacang and for
me not bad huh. Oh, nak beli extra virgin coconut oil pun ada jual. Bagus untuk
rambut tau minyak kelapa ni.
Okay, di sinilah tamatnya tour Mekong Delta kami. Boat akan
ambil kami dari sini dan balik ke seberang sana. Atas boat pula diberi seorang
satu biji kelapa fresh sebagai penyegar badan. Memang manis air kelapa dia.
Sampai je naik kereta dan menuju ke satu restoran halal yang diberi nama Kedai
Makanan Mohamad Aminie. Disini kami dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk.
Peringatan nak datang sini kena book sebab kedai ini hanya buka untuk orang
yang book sahaja. Kalau cuti sekolah memang ramai katanya. Owner dia boleh
berbahasa melayu sebab pernah duduk Malaysia lama.
|
Boat akan datang ambil disini untuk bawa kami ke seberang sana |
Okay, untuk Chu Chi Tunnel aku buat another
entri since nanti panjang sangat orang malas nak baca kan. So, tamatlah half
day tour untuk Mekong Delta. Naik kereta tidur lagi. Kihkihkih.
No comments:
Post a Comment
kau nak kata apa.silakan.