Marilah mari kita sambung entri ini dengan Chu Chi Tunnel. Dari
Mekong hendak ke Chu Chi ni boleh tahan jauh juga. Adalah dalam dua jam perjalanan.
Dekat sini kita akan melawat tempat tinggalan sejarah perang zaman penjajahan
US dulu. Wow! Sejak bila insan bernama Dilla minat sejarah. Since dah sampai tak
salah pun kita ambil tahu sikit sebanyak pasal sejarah negara yang kita
kunjungi kan. Itu semua ilmu juga tu.
Dari pintu masuk our tour guide, Danny akan terangkan segalanya
sampai kita faham. Kau tak faham, kau tanyalah dia. Semua dia boleh jawab. Kau
tak tanya pun dia terangkan secara sukarela #untunglahtourguidebanyakcakap.
Hihihihi. Hah, dekat sini korang boleh merasa la masuk ke tempat persembunyian
diorang dulu kala. Serious sempit dan susahnya nak bernafas. Aku hanya bertahan
100m saja lepas tu terus keluar mintak nyawa. Gelap pula tu dekat dalam tu yang
ada hanyalah lampu torchlight dari guide paling depan.
Oh, exit dia setiap 100m. So kalau rasa mampu gerak la lagi
ke depan. Tour guide akan beritahu bila mana sampai tahap paling susah so korang
boleh decide either nak continue or keluar. Sepanjang dekat sana akan dengar
bunyi orang menembak. Hah, jangan main main, dekat sini korang akan diberi peluang
untuk mencuba aktiviti menembak. Semestinya kena bayar. Satu peluru berharga
5K. Tapi ada syaratnya. Syaratnya adalah korang kena beli 10 peluru. So total
will be 50K. Peluru betul tau. Jangan pula korang pergi suka suka halakan kat rakan
korang. Kang naya keluar surat khabar rakyat malaysia tertembak rakan sendiri
di Vietnam. So, kalau korang berminat silakan dan jangan risau kalau tak reti akan
ada yang bantu korang untuk menembak nanti. Aku dulu dah pernah pegang dan
menembak guna M16 so aku skip je benda tu. Heh.
On the way nak keluar tu akan ada satu persinggahan di mana kalau
korang nak merasa makan ubi kayu iaitu makanan ruji zaman penjajahan dulu boleh
la beli. Tapi since dekat Malaysia pun ada ubi kayu tu siap tanam belakang rumah
je dulu so kami tak beli pun la. So tak dapatlah nak bagitahu sedap ke tidak. Nanti
korang pergi bolehlah kalau nak cuba.
Yeay! Habis dah full day tour. Banyaknya ilmu dapat harini. Badan
pun dah lemau, so naik van dan bergerak balik ke Saigon. Perjalanan balik dari
Chu Chi Tunnel ke Saigon sekejap je tapi kebetulan kami sampai bandar dia punya
jem tu rasa macam jalan kaki lagi laju. Oh balik tu kami minta driver turunkan
di Saigon Square. Last minute shopping before berangkat balik esoknya.
Malam tu selepas makan di Restoran Al Amin yang
pho dia bagi aku boleh tahan sedap kami sambung memborong barang untuk dibawa balik
Malaysia. Sampi kedai tutup kami memborong. Hahaha. Dalam pukul 12 malam balik,
kemas beg, bersihkan diri dan tidur since esok driver akan datang ambil jam
6.45 pagi untuk bawa ke airport. Flight kami jam 9.20 pagi. So, tamatlah sudah
percutian kami di Vietnam.
Actually banyak lagi tempat yang boleh dilawati dekat Vietnam ni. So kena plan lain. Even dekat Saigon sendiri kami tak habis pusing sebab kesuntukkan masa. Masa kami banyak terbuang dalam kenderaan. Total kami habis termasuk tiket flight adalah lebih kurang di bawah ni. Korang kira la sendiri. Ini bukan percutian bajet okay. Kalau korang bukan pergi sebab nak shopping boleh tolak perbelanjaan shopping tu.
Actually banyak lagi tempat yang boleh dilawati dekat Vietnam ni. So kena plan lain. Even dekat Saigon sendiri kami tak habis pusing sebab kesuntukkan masa. Masa kami banyak terbuang dalam kenderaan. Total kami habis termasuk tiket flight adalah lebih kurang di bawah ni. Korang kira la sendiri. Ini bukan percutian bajet okay. Kalau korang bukan pergi sebab nak shopping boleh tolak perbelanjaan shopping tu.
No comments:
Post a Comment
kau nak kata apa.silakan.