Sunday, November 19, 2017

Travelogue : Mui Ne, Vietnam Part II

Day 2 (02 Nov 2017)

Hey hey!

Jomlah kita sambung perjalanan kita. Harini start Tour Sunrise Mui Ne. Pukul 3.30 pagi dah bangun sebab tour start jam 4.30 pagi. Naik jeep pagi pagi buta tu memang sejuk dia tak terkata la. Tapi best sbb rasa fresh je. First check point adalah White Sand Dunes. Kami naik ke atas dengan jeep kami sendiri. Pihak sana ada sediakan juga ATV untuk korang naik jika berminat dengan harga harga tertentu. Punya la pulun semua bergambar. Time tu sunrise macam segan segan je nak keluar tapi still cantik.



Sisa-sisa sunrise yang masih ada

Belakang tu jeep kami. Nak sewa ATV pun boleh.

Hurmmm, acah-acah je si Ryna ni :D


Our guide yang tak berapa nak guide sebab tak berapa nak faham english. 

Group photo by our guide :)))


Then, kami bergerak ke Red Sand Dunes. Dekat sini kami diberi 30 minit untuk explore. Tapi Red Sand ni tak besar mana pun. Boleh juga cuba slide dengan harga 10,000 VND. Selesai di Red Sand Dunes kami teruskan perjalanan ke Fishing Village. Dekat sini boleh la nampak para nelayan menjual hasil tangkapan laut mereka. Dahla naik bot bulat yang comel tu. Aku yang tgk ni macam rasa bot tu nak tergolek je. Tak lama pun dekat situ adalah dalam 15 minit je. Lepas itu kami bergerak ke Fairy Stream.


Kalau naik atas lagi boleh main slide! 10,000 dong.


Baju itu dalam kenangan. Sob sob.



Di Fairy Stream ni apa yang aku search sebelum nie asyik nampak air jernih dan cetek. Sekali bila sampai mak aih, nak kena meredah anak sungai dulu baru sampai ke tempat air cetek tu. Anak sungai tu dahla ada certain area tu air boleh tahan dalam. Dalam di sini adalah paras betis aku. Dah satu hal nak kena sentengkan seluar. Pffttt. Sepanjang anak sungai tu ada la orang jual food dan juga sourvenir. Aku dan lagi dua org girls tak berjalan pun sampai habis tapi the boys diorang pergi sampai jumpa tempat air cetek jernih aka stream sebenar tu.



Fisherman Village. Dekat bawah tu la mereka ni meniaga hasil tangkapan mereka.


Laluan Fairy Stream. Sejuk je :)

Port bergambar pertama

Port bergambar kedua. Tapi the girls tak berjalan sampai sini.


Itu tempat terakhir tour. Selesai aktiviti untuk hari kedua. Balik hotel dan bersiap untuk bergerak balik ke Saigon. Miss Khanh ada bagitahu yang bas yang kami akan naik tu ambil depan hotel dan perlu tunggu around 11.20 pagi. Naik sleeper bus semua pun bantai tidur sebab 5 jam kan dalam bas.



OTW balik ke Saigon

Finally kami dapat makan proper food. Yeay!!

Restoran Hajah Basiroh

Kopi kaw RM3. Must try. Recommended!

Highland Coffee. Not bad juga. Pahit sikit berbanding kopi tepi jalan yang famous itu.

Sampai di Saigon around 4.30 pm dan staff Miss Khanh dah book untuk kami kereta untuk hantarkan ke hotel. Di Saigon kami check in di Cititel Central Saigon Hotel. Lepas check in berehat sekejap dan dalam pukul 6 macam tu kami keluar cari makanan. Sepanjang dekat Mui Ne kami makan roti je. We need a proper food like nasi. Hiks. Kami memilih untuk makan di Hajah Basiroh. Selesai makan round area Malaysian Street tu, beli beg Deuter murah dan lepak minum di Highlands Coffee. Dalam pukul 11 macam tu bergerak balik hotel dan tidur. Simpan energy untuk tour Mekong Delta dan Chu Chi tunnel esoknya pula.


No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.