Holla!
Now kita akan terbang ke bumi Vietnam dan destinasi yang
dituju adalah Ho Chi Minh ataupun Saigon dan juga Mui Ne. Oh trip ni bukanlah
trip rombongan cik Dilla untuk bershopping tapi trip ini more to trip melawat
tempat-tempat menarik di HCM dan juga kami ke Mui Ne dan bermalam disana selama
sehari je. Eh kejap, bukanlah tak shopping langsung, shopping tapi kena tengok
pada keadaan semasa sebab kami pergi sekejap sangat.
Muka-muka happy nak pergi bercuti. Ini gambar tengah tunggu flight dekat KLIA 1. |
Jyeah. Ho Chi Minh via Vietjet |
Mendarat je di Airport Vietnam terus bergerak naik bas
bernombor 152 ke bandar HCM sebab di sana kami akan ke office Miss Khanh.
Beliau la yang uruskan segala hal kami di Mui Ne. Bagus tau Miss Khanh ni, dia sabar je jawab segala soalan kami waktu dari Malaysia lagi. So, if korang ada plan nak travel sini dan perlukan Travel Agent boleh la consider Miss Khanh ni atau nama company dia VN Lotus Travel. Bas dia macam Rapid di
Malaysia. Bila bayar nanti dia akan print tiket keluar. Harga tambang 5,000
dong lebih kurang RM1 duit kita.
Ops. Sorry Atie. Macam ni la keadaan bas dia. Tapi jangan risau beraircond tau. Sejuk dan selesa je :) |
Perjalanan ke Mui Ne mengambil masa lebih kurang 5 jam dengan
menaiki sleeper bus. Selesa je sleeper bus dia siap bagi air mineral, selimut
dan bantal pun disediakan. Sebelum naik semua penumpang akan diberi plastik
untuk letak kasut. Di sana nanti kami akan bermalam di hotel yang telah
termasuk dalam pakej Miss Khanh. Pasal penginapan akan aku review kemudian
since sampai pun dah malam.
Tempat menunggu bas. Ada toilet dan tempat duduk untuk menunggu. |
Time ni diorang pergi cari food and me kena duduk tunggu beg. |
Di hadapan kedai sourvenir |
Beginilah keadaan di dalam sleeper bus. Kasut kena buka, nanti dekat pintu tu dia akan bagi plastik seorang satu. |
So selesai hari pertama. Aku nak nasihat sesiapa yang
bercadang nak ke Mui Ne tu silalah bawa food siap siap sebab susahnya nak
dapatkan makanan halal dekat sana. Kami bergantung pada roti gardenia je
sepanjang dekat sana. Mujurlah sekejap je.
VN Lotus Travel
FB : Miss Khanh
Website : VN Lotus Travel
Tripadvisor : Read review here
No comments:
Post a Comment
kau nak kata apa.silakan.