Sunday, January 17, 2016

Travelogue : Preparation for Bandung


Percutian yang ditunggu-tunggu dari tahun lepas. Punyalah payah nak decide since semua orang sebulat suara nak trip ke luar Negara. After one of our colleague balik dari Bandung and bawa brownies from Kartika Sari untuk kitorang makan suddenly terkeluarlah idea ke Bandung. Asalnya plan semata sebab haritu makan brownies tak cukup so nak pergi sebab nak beli brownies je -.-“ .


Tiket
Dari situ bermulalah sesi pencarian tiket murah and of course naik Air Asia. Hampir setiap hari buka website Air Asia untuk check tiket murah. Nasib kitorang baik sebab Air Asia tiba tiba buat promo.  Tak tunggu lama datang office esoknya bincang sikit dan terus beli tiket. So tiket untuk KUL-BDO-KUL dapatlah seorang RM204 termasuk 40kg luggage.


Hotel
Settle sudah bab tiket now sesi mencari hotel dan juga buat research serba sikit pasal Bandung sebab nak kena slow slow buat itinerary. So orang yang dipertanggungjawabkan untuk semua itu sudah semestinyalah aku dan juga Atie one of members yang akan follow trip ni sebab kitorang berdua je yang rajin dan ada masa nak buat semua itu. Segala jenis website la aku buka untuk cari hotel yang menarik. Once dan dapat hotel, bandingkan harga dengan website yang lain. First kitorang decide nak stay dekat Favehotel Premium Cihampelas tapi bila tengok harga dan dibahagi antara kitorang lima orang macam mahal. Cari dan cari lagi then jumpa la Triple C Guesthouse. Tengok macam still baru dan comment from visitor yang sebelum ni pun agak menarik. Check dekat Tripadvisor pun comment semua not bad so semua decide untuk ambil this guesthouse untuk 5H4M di sana. Settle bab hotel. Oh ya, review pasal guesthouse nie aku dah buat and korang boleh click this REVIEW untuk baca full review okay. Thanks.





Currency
Semua pun tahu macam mana Malaysia sekarang. Duit jatuh merudum. So impact juga la kitorang yang baru nak pergi ni. Dulu kakak aku pergi Bandung IDR1,000,000 = RM2**++ je but now IDR1,000,00 = RM315-RM319. Parah hoi parah. Setiap hari juga check currency. Masing masing berharap bila nak dekat trip nanti tolonglah turun lagi sikit. Tapi haritu aku tukar time harga RM316 and kali kedua tukar RM314.50. masih dikira murah jugalah.


 



Research&Itinerary
Inilah benda paling penting sekali supaya trip ni tak jadi trip paling membosankan. Sampai dah habis modal blog mana lagi aku nak baca untuk buat itinerary yang terbaik untuk diorang nie. Yela, pergi dengan 3 orang lelaki nak pula diorang shopping kan. So untuk elakkan diorang merunggut kenalah banyakkan tempat melawat. Tapi semestinya kita hanya merancang yang menentukan bukannya kita. Adalah juga terlari sikit dari plan asal. Itu akan diceritakan di next entri okay. Take times jugalah nak settlekan itinerary ni sebab ada je yang tak puas hati. Tak puas hati disini means terlalu banyak lopong lopong. Pergi 5 hari, ingat senang nak fikir tempat nak pergi. Lainlah kalau memang tujuan pergi untuk bershopping. Ni tak, tujuan utama pergi untuk melawat and shopping tu jatuh nombor 2. At last aku buat je and sampai sana nanti baru minta opinion dari supir untuk other places yang menarik untuk dilawati.


Supir
Sesiapa yang pergi Bandung and pernah pergi Bandung for sure akan sarankan ambil supir from Hayukka Bandoeng. Since kakak aku pernah pergi dua kali dan gunakan supir yang sama so aku decide guna supir dia juga si Ayung Bandoeng. Si Ayung ni dulu kerja dengan Hayukka juga tapi berhenti dari Hayukka and join dengan yang lain. Tapi tapi, yang pickup kitorang dan jadi supir kitorang dekat sana most of the time buka Ayung tapi Yudha Bandoeng. Muda je lagi budaknya tapi pandai gila. Tanyalah apa pun semua dia tahu. Kagum gila aku dengan mamat nie. So, if korang nak diorang ni jadi supir, dekat bawah nie aku sertakan phone number serta fb diorang dengan fb company diorang, Kusuka Bandoeng.


Website :  Kusuka Bandung
Yudha Bandoeng :  Yudha  +62 853-5135-0535
Ayung Bandoeng :  Ayung  +62 853-1868-6464



Next >>  Bandung Part I

Saturday, January 9, 2016

Hotel Review : Triple C Guesthouse Bandung

Triple C Guesthouse. 

First entri after balik dari bercuti di Bandung selama 5H4M. No tips from me since kalau korang google Tips Bercuti ke Bandung banyak entri yang keluar. Tinggal pilih je sebab majoriti tips dia sama je. So aku start entri dengan hotel review okay. 

Hotel :
Actually this guesthouse macam villa tapi dijadikan guesthouse. Dalam area perumahan. Jauh sikit dari jalan besar. If menginap disini aku sarankan better balik after having dinner and maybe can buy something for your supper if takut lapar tengah malam. Tapi diorang ada je jual jajan kat area receptionist tu. Cumanya tak banyak pilihan. 




Harga :
Kitorang booked this guesthouse from booking.com and dapat harga IDR3,800,000 bersamaan dengan RM1170 untuk dua bilik iaitu Superior Double/Twin Room dengan Duluxe Room. Okay. For each room harga dia, Superior IDR1,800,00 = RM554.21 and for Duluxe Room IDR 2,000,000 = RM615.79. This price is for 5D4N okay. Actually ada extra charge. For extra charge semalam IDR150,000 ~ RM50/night. Since kitorang tak ambil extra bed just extra person so kitorang just bayar half je iaitu IDR100,000 ~ RM32/night. Bawah ni aku sertakan booking details haritu. 






Environment
Suasana sunyi, tenang and rileks. So memang sesuai if korang penat penat shopping bangun pagi dengar bunyi ayam berkokok and burung. Rasa macam dekat rumah sangat. Cumanya kalau yang ambil bilik area pool kena tahan sikit la bunyi bising budak budak mandi pool. Semestinya depan bilik tu basah sikit dengan air dari pool. Tapi takpe since after pool kosong staff dia akan cuci and lap air air tu. Pool dia ada cetek and ada dalam. So please make sure parents monitor your children while diorang swim. Takut lemas pula nanti. Pool open 24 hours I think. Tapi kitorang even balik lewat duk cakap nak terjun tak terjun pun. Sejuk. 













Bilik
Superior :- Boleh request either nak twin bed or queen bed. Macam bilik aku twin bed and besar juga bilik dia. Cukup la ruang nak sembahyang semua untuk yang muslim. Bilik air sedikit kecil tapi memadai je untuk mandi. 









Duluxe :- This room really big. Even toilet dia pun ada bathtub. If you guys datang dalam jumlah yang ramai let's say one family with maybe 2 children can request this room with extra charge for extra person. Katil dia extra large. Muat untuk 3 dewasa.







Food :
Breakfast dia different day different menu. Sometimes ada 2 menu so can just ask their staff apa menu untuk hari itu. Of course masakan indonesia. You guys can check below for our menu untuk 3 hari since hari balik tak sempt take breakfast, checkout awal sangat. Diorang serve dari pukul 7 pg until 10 pagi. Minuman pula air teh jasmine. Ha, yang ni if siapa pernah minum greea tea jasmine tu will not have any problem to drink this tea jasmine. Rasa dia sama je. Dari segi rasa pula ada yang boleh masuk tekak and ada yang tak boleh. Tapi for me, telan je semua. 









Staff / Service
Aku boleh katakan quite friendly. Murah dengan senyuman. Tanya apa je diorang akan terangkan. Oh, if nak cuci bilik kena request. So before keluar berjalan tu just bagi kunci dekat receptionist and just minta diorang cucikan bilik. Setakat dua hari aku minta tu memuaskan juga. Semua benda dia ganti. Even baju kitorang yang ada sikit sikit bersepah tu diorang tolong lipatkan dan letak elok elok. So okay la kan. 


Summary :
Kesemuanya hampir sempurna. Tolak drama drama dikenakan extra charge and certain food yang my friend tak boleh nak telan tu so dikira hampir sempurna la kan. Pool pun luas. Sekali je dapat mandi since time dekat sana hampir setiap hari keluar pagi balik malam. Just Jumaat tu we request our supir to come a bit late so we can spent time explore the guesthouse which actually nak berendam dalam pool sebenarnya. Hiks. Senang cerita aku bagi 4.5/5 bintang la. Recommended sangat untuk anda yang nak travel ke Bandung. Dibawah aku sertakan alamat Triple C Guesthouse.