First entri after balik dari bercuti di Bandung selama 5H4M. No tips from me since kalau korang google Tips Bercuti ke Bandung banyak entri yang keluar. Tinggal pilih je sebab majoriti tips dia sama je. So aku start entri dengan hotel review okay.
Hotel :
Actually this guesthouse macam villa tapi dijadikan guesthouse. Dalam area perumahan. Jauh sikit dari jalan besar. If menginap disini aku sarankan better balik after having dinner and maybe can buy something for your supper if takut lapar tengah malam. Tapi diorang ada je jual jajan kat area receptionist tu. Cumanya tak banyak pilihan.
Harga :
Kitorang booked this guesthouse from booking.com and dapat harga IDR3,800,000 bersamaan dengan RM1170 untuk dua bilik iaitu Superior Double/Twin Room dengan Duluxe Room. Okay. For each room harga dia, Superior IDR1,800,00 = RM554.21 and for Duluxe Room IDR 2,000,000 = RM615.79. This price is for 5D4N okay. Actually ada extra charge. For extra charge semalam IDR150,000 ~ RM50/night. Since kitorang tak ambil extra bed just extra person so kitorang just bayar half je iaitu IDR100,000 ~ RM32/night. Bawah ni aku sertakan booking details haritu.
Environment.
Suasana sunyi, tenang and rileks. So memang sesuai if korang penat penat shopping bangun pagi dengar bunyi ayam berkokok and burung. Rasa macam dekat rumah sangat. Cumanya kalau yang ambil bilik area pool kena tahan sikit la bunyi bising budak budak mandi pool. Semestinya depan bilik tu basah sikit dengan air dari pool. Tapi takpe since after pool kosong staff dia akan cuci and lap air air tu. Pool dia ada cetek and ada dalam. So please make sure parents monitor your children while diorang swim. Takut lemas pula nanti. Pool open 24 hours I think. Tapi kitorang even balik lewat duk cakap nak terjun tak terjun pun. Sejuk.
Bilik.
Superior :- Boleh request either nak twin bed or queen bed. Macam bilik aku twin bed and besar juga bilik dia. Cukup la ruang nak sembahyang semua untuk yang muslim. Bilik air sedikit kecil tapi memadai je untuk mandi.
Duluxe :- This room really big. Even toilet dia pun ada bathtub. If you guys datang dalam jumlah yang ramai let's say one family with maybe 2 children can request this room with extra charge for extra person. Katil dia extra large. Muat untuk 3 dewasa.
Food :
Breakfast dia different day different menu. Sometimes ada 2 menu so can just ask their staff apa menu untuk hari itu. Of course masakan indonesia. You guys can check below for our menu untuk 3 hari since hari balik tak sempt take breakfast, checkout awal sangat. Diorang serve dari pukul 7 pg until 10 pagi. Minuman pula air teh jasmine. Ha, yang ni if siapa pernah minum greea tea jasmine tu will not have any problem to drink this tea jasmine. Rasa dia sama je. Dari segi rasa pula ada yang boleh masuk tekak and ada yang tak boleh. Tapi for me, telan je semua.
Staff / Service
Aku boleh katakan quite friendly. Murah dengan senyuman. Tanya apa je diorang akan terangkan. Oh, if nak cuci bilik kena request. So before keluar berjalan tu just bagi kunci dekat receptionist and just minta diorang cucikan bilik. Setakat dua hari aku minta tu memuaskan juga. Semua benda dia ganti. Even baju kitorang yang ada sikit sikit bersepah tu diorang tolong lipatkan dan letak elok elok. So okay la kan.
Summary :
Kesemuanya hampir sempurna. Tolak drama drama dikenakan extra charge and certain food yang my friend tak boleh nak telan tu so dikira hampir sempurna la kan. Pool pun luas. Sekali je dapat mandi since time dekat sana hampir setiap hari keluar pagi balik malam. Just Jumaat tu we request our supir to come a bit late so we can spent time explore the guesthouse which actually nak berendam dalam pool sebenarnya. Hiks. Senang cerita aku bagi 4.5/5 bintang la. Recommended sangat untuk anda yang nak travel ke Bandung. Dibawah aku sertakan alamat Triple C Guesthouse.
No comments:
Post a Comment
kau nak kata apa.silakan.