Sunday, January 17, 2016

Travelogue : Bandung Part I

Before :  Preparation for Bandung

05/01/2016 - Selasa


Flight ke Bandung jam 6.40 pagi tapi jam 5.00 pagi kitorang dah tercegat kat KLIA2 dah. Tak nak rushing mushing katanya padahal, bila sampai tengok flight delay sejam. Nak ke LCCT nih, aku minta adik aku hantarkan aku dengan Atie while the other 3 boys tu member si Kamarul hantarkan. Disebabkan semua dah check-in online so masa yang ada tu kitorang lepak dekat McD sambil breakfast terus sebab kitorang tak prebook flight meal. KLIA2 tu besar nak mampus so kitorang decide pukul 6 tu dah kena gerak masuk sebab perjalanan nak ke gate tu mak aih jauhnye. Kebetulan pula gate kitorang Q21 iaitu gate paling last sekali okay. Menapak la kitorang ke sana. Pagi pagi dah buat orang exercise KLIA2 nie. Huh.





Flight makan masa 2 jam perjalanan. Kitorang sampai kat Husein Sastranegara International Airport Bandung around 9.30 pagi waktu Indonesia. After touch down, memang diwajibkanlah untuk isi borang arrival dan declaration. Sila bawa pen yer. Keluar je dari airport melilau cari supir. Nak call pun tak boleh sebab tak buat roaming and simcard sana pun beli lagi. Then one of our member offer his phone dan call Ayung. Ayung kata kawan dia yang akan pick up kitorang. Settle mention tempat tunggu semua supir sampai. Time nie memang lawak. Yela, aku bukan tahu siapa supir yang ambil kitorang dia pun tak cam aku, tapi masa menunggu tu aku ada nampak la sorang mamat nie duk pandang-pandang kitorang sambil sembang dengan supir supir lain. Aku tengok dia, dia tengok aku. Sekali kawan dia kat sebelah buka kertas ada nama aku, time tu aku nak gelak tapi tahankan je dulu. Kah.










Simcard

Untuk memudahkan berinteraksi dengan orang orang di Malaysia, so kena pergi cari simkad dulu. Aku ambil kad Simpati dengan harga selepas ditawar IDR60,000. Aku still rasa mahal sebab time aku buat research dulu ada yang dapat lagi murah. Kebetulan next month nak pergi Bali pula so aku boleh guna lagi simkad tu. Jimat hoi jimat.






Pasar Baru

Plan asal untuk ke Lembang first day kene tukar sebab flight delay. Aku Tanya opinion supir, Yudha and dia suggest bawa kitorang pergi Pasar Baru terus. Tepuk dahi aku mengenangkan bakal habis duit hari pertama sampai. Haish. Well, bila sampai Pasar Baru masing masing blur sebab dalam otak dah set yang shopping bukan hari pertama. Tapi, once dah sampai kedai dia bawa ambek kau, rambang mata. Dekat sana, ada sorang lagi tukang bawa pusing pasar nama Boyan. Memang mak aku ada pesan kain lace, alang alang dah sampai apa lagi borong la kan. Lama juga la kitorang berkampung dekat kedai tu. Yela, habis semua kain lace aku minta dia keluarkan dan padankan dengan pelbagai warna.






At last aku ambil Prada Lace warna grey 12 meter. Sesi tawar manawar aku serahkan dekat Kamarul since dia ada potensi yang tinggi bab bab menawar nie. Dapat harga terbaik, bayar and bergerak ke next kedai. Si Atie nak cari songket and kain pasang, so Boy nie bawa kitorang pergi satu kedai nie owner dia macam muka si Jep Sepahtu. Haha. Dekat sini juga Kamarul, Subra borong kain pelikat and batik. Atie pula borong kain sulam. Settle dekat situ gerak pergi Lantai bawah cari baju tshirt murah murah untuk dibawa balik Malaysia. Pasar Baru done!















Lunch – Ayam Penyet

Tengok jam dah pukul 2 lebih dan perut dah berbunyi tambah pula hujan, lapar la. Supir kitorang Yudha bawa kitorang makan dekat Ayam Penyet. Mak aih, sambal dia pedas gila. Rasa nak menangis je makan.









Check-In
After makan kitorang cakap dekat supir nak gerak pergi Guesthouse terus sebab risau nanti dia let go bilik kitorang kalau kitorang tak muncul. Sampai guesthouse hujan lebat. Settle check in, minta supir tunggu sampai pukul 6 petang. Dapatlah rehat sekejap dekat bilik. Malamnya macam tak tahu nak pergi mana so Kamarul decide pergi Paris Van Java (PVJ) untuk dinner. 



Rumah Mode

Sebelum pergi ke PVJ, si Yudha bawa kitorang memborong dekat Rumah Mode dulu. Masa banyak dia kata. Dekat sini aku tak shopping pun just tengok tengok je. Bergambar je lebih. 












Dinner – Richeese Factory

Kitorang dinner dekat Richeese Factory PVJ. Habis makan, masa ada banyak lagi memusinglah kitorang dalam PVJ tu. Masuk Carefour beli jajan nak makan kot lapar tengah malam.

Dalam pukul 10 malam kitorang gerak balik Guesthouse. Selesailah hari pertama kitorang di Bandung. 












Perbelanjaan Hari Pertama :

Simcard Simpati  =  IDR 60,000 /  RM19
Kain Lace 12m  =  IDR 2,100,000 /  RM664
Lunch Ayam Penyet  =  IDR 25,000 /  RM8
Dinner Richeese  =  IDR 30,000 /  RM10
Belanja Carefour  =  IDR 19,000 /  RM6

Total = IDR 2,234,000 /  RM706


Next >>  Bandung Part II

Travelogue : Preparation for Bandung


Percutian yang ditunggu-tunggu dari tahun lepas. Punyalah payah nak decide since semua orang sebulat suara nak trip ke luar Negara. After one of our colleague balik dari Bandung and bawa brownies from Kartika Sari untuk kitorang makan suddenly terkeluarlah idea ke Bandung. Asalnya plan semata sebab haritu makan brownies tak cukup so nak pergi sebab nak beli brownies je -.-“ .


Tiket
Dari situ bermulalah sesi pencarian tiket murah and of course naik Air Asia. Hampir setiap hari buka website Air Asia untuk check tiket murah. Nasib kitorang baik sebab Air Asia tiba tiba buat promo.  Tak tunggu lama datang office esoknya bincang sikit dan terus beli tiket. So tiket untuk KUL-BDO-KUL dapatlah seorang RM204 termasuk 40kg luggage.


Hotel
Settle sudah bab tiket now sesi mencari hotel dan juga buat research serba sikit pasal Bandung sebab nak kena slow slow buat itinerary. So orang yang dipertanggungjawabkan untuk semua itu sudah semestinyalah aku dan juga Atie one of members yang akan follow trip ni sebab kitorang berdua je yang rajin dan ada masa nak buat semua itu. Segala jenis website la aku buka untuk cari hotel yang menarik. Once dan dapat hotel, bandingkan harga dengan website yang lain. First kitorang decide nak stay dekat Favehotel Premium Cihampelas tapi bila tengok harga dan dibahagi antara kitorang lima orang macam mahal. Cari dan cari lagi then jumpa la Triple C Guesthouse. Tengok macam still baru dan comment from visitor yang sebelum ni pun agak menarik. Check dekat Tripadvisor pun comment semua not bad so semua decide untuk ambil this guesthouse untuk 5H4M di sana. Settle bab hotel. Oh ya, review pasal guesthouse nie aku dah buat and korang boleh click this REVIEW untuk baca full review okay. Thanks.





Currency
Semua pun tahu macam mana Malaysia sekarang. Duit jatuh merudum. So impact juga la kitorang yang baru nak pergi ni. Dulu kakak aku pergi Bandung IDR1,000,000 = RM2**++ je but now IDR1,000,00 = RM315-RM319. Parah hoi parah. Setiap hari juga check currency. Masing masing berharap bila nak dekat trip nanti tolonglah turun lagi sikit. Tapi haritu aku tukar time harga RM316 and kali kedua tukar RM314.50. masih dikira murah jugalah.


 



Research&Itinerary
Inilah benda paling penting sekali supaya trip ni tak jadi trip paling membosankan. Sampai dah habis modal blog mana lagi aku nak baca untuk buat itinerary yang terbaik untuk diorang nie. Yela, pergi dengan 3 orang lelaki nak pula diorang shopping kan. So untuk elakkan diorang merunggut kenalah banyakkan tempat melawat. Tapi semestinya kita hanya merancang yang menentukan bukannya kita. Adalah juga terlari sikit dari plan asal. Itu akan diceritakan di next entri okay. Take times jugalah nak settlekan itinerary ni sebab ada je yang tak puas hati. Tak puas hati disini means terlalu banyak lopong lopong. Pergi 5 hari, ingat senang nak fikir tempat nak pergi. Lainlah kalau memang tujuan pergi untuk bershopping. Ni tak, tujuan utama pergi untuk melawat and shopping tu jatuh nombor 2. At last aku buat je and sampai sana nanti baru minta opinion dari supir untuk other places yang menarik untuk dilawati.


Supir
Sesiapa yang pergi Bandung and pernah pergi Bandung for sure akan sarankan ambil supir from Hayukka Bandoeng. Since kakak aku pernah pergi dua kali dan gunakan supir yang sama so aku decide guna supir dia juga si Ayung Bandoeng. Si Ayung ni dulu kerja dengan Hayukka juga tapi berhenti dari Hayukka and join dengan yang lain. Tapi tapi, yang pickup kitorang dan jadi supir kitorang dekat sana most of the time buka Ayung tapi Yudha Bandoeng. Muda je lagi budaknya tapi pandai gila. Tanyalah apa pun semua dia tahu. Kagum gila aku dengan mamat nie. So, if korang nak diorang ni jadi supir, dekat bawah nie aku sertakan phone number serta fb diorang dengan fb company diorang, Kusuka Bandoeng.


Website :  Kusuka Bandung
Yudha Bandoeng :  Yudha  +62 853-5135-0535
Ayung Bandoeng :  Ayung  +62 853-1868-6464



Next >>  Bandung Part I