Before : Preparation for Bandung
05/01/2016 -
Selasa
Flight ke Bandung
jam 6.40 pagi tapi jam 5.00 pagi kitorang dah tercegat kat KLIA2 dah. Tak nak
rushing mushing katanya padahal, bila sampai tengok flight delay sejam. Nak ke
LCCT nih, aku minta adik aku hantarkan aku dengan Atie while the other 3 boys
tu member si Kamarul hantarkan. Disebabkan semua dah check-in online so masa
yang ada tu kitorang lepak dekat McD sambil breakfast terus sebab kitorang tak
prebook flight meal. KLIA2 tu besar nak mampus so kitorang decide pukul 6 tu
dah kena gerak masuk sebab perjalanan nak ke gate tu mak aih jauhnye. Kebetulan
pula gate kitorang Q21 iaitu gate paling last sekali okay. Menapak la kitorang
ke sana. Pagi pagi dah buat orang exercise KLIA2 nie. Huh.
Flight makan
masa 2 jam perjalanan. Kitorang sampai kat Husein Sastranegara International Airport
Bandung around 9.30 pagi waktu Indonesia. After touch down, memang
diwajibkanlah untuk isi borang arrival dan declaration. Sila bawa pen yer. Keluar
je dari airport melilau cari supir. Nak call pun tak boleh sebab tak buat
roaming and simcard sana pun beli lagi. Then one of our member offer his phone
dan call Ayung. Ayung kata kawan dia yang akan pick up kitorang. Settle mention
tempat tunggu semua supir sampai. Time nie memang lawak. Yela, aku bukan tahu
siapa supir yang ambil kitorang dia pun tak cam aku, tapi masa menunggu tu aku
ada nampak la sorang mamat nie duk pandang-pandang kitorang sambil sembang
dengan supir supir lain. Aku tengok dia, dia tengok aku. Sekali kawan dia kat
sebelah buka kertas ada nama aku, time tu aku nak gelak tapi tahankan je dulu.
Kah.
Simcard
Untuk memudahkan
berinteraksi dengan orang orang di Malaysia, so kena pergi cari simkad dulu.
Aku ambil kad Simpati dengan harga selepas ditawar IDR60,000. Aku still rasa
mahal sebab time aku buat research dulu ada yang dapat lagi murah. Kebetulan
next month nak pergi Bali pula so aku boleh guna lagi simkad tu. Jimat hoi
jimat.
Pasar Baru
Plan asal untuk
ke Lembang first day kene tukar sebab flight delay. Aku Tanya opinion supir,
Yudha and dia suggest bawa kitorang pergi Pasar Baru terus. Tepuk dahi aku
mengenangkan bakal habis duit hari pertama sampai. Haish. Well, bila sampai
Pasar Baru masing masing blur sebab dalam otak dah set yang shopping bukan hari
pertama. Tapi, once dah sampai kedai dia bawa ambek kau, rambang mata. Dekat
sana, ada sorang lagi tukang bawa pusing pasar nama Boyan. Memang mak aku ada
pesan kain lace, alang alang dah sampai apa lagi borong la kan. Lama juga la
kitorang berkampung dekat kedai tu. Yela, habis semua kain lace aku minta dia
keluarkan dan padankan dengan pelbagai warna.
At last aku
ambil Prada Lace warna grey 12 meter. Sesi tawar manawar aku serahkan dekat
Kamarul since dia ada potensi yang tinggi bab bab menawar nie. Dapat harga
terbaik, bayar and bergerak ke next kedai. Si Atie nak cari songket and kain
pasang, so Boy nie bawa kitorang pergi satu kedai nie owner dia macam muka si
Jep Sepahtu. Haha. Dekat sini juga Kamarul, Subra borong kain pelikat and
batik. Atie pula borong kain sulam. Settle dekat situ gerak pergi Lantai bawah
cari baju tshirt murah murah untuk dibawa balik Malaysia. Pasar Baru done!
Lunch – Ayam Penyet
Tengok jam dah
pukul 2 lebih dan perut dah berbunyi tambah pula hujan, lapar la. Supir
kitorang Yudha bawa kitorang makan dekat Ayam Penyet. Mak aih, sambal dia pedas
gila. Rasa nak menangis je makan.
Check-In
After makan
kitorang cakap dekat supir nak gerak pergi Guesthouse terus sebab risau nanti
dia let go bilik kitorang kalau kitorang tak muncul. Sampai guesthouse hujan
lebat. Settle check in, minta supir tunggu sampai pukul 6 petang. Dapatlah
rehat sekejap dekat bilik. Malamnya macam tak tahu nak pergi mana so Kamarul
decide pergi Paris Van Java (PVJ) untuk dinner.
Rumah Mode
Sebelum pergi ke PVJ, si Yudha bawa kitorang memborong dekat Rumah Mode dulu. Masa banyak dia kata. Dekat sini aku tak shopping pun just tengok tengok je. Bergambar je lebih.
Dinner – Richeese Factory
Kitorang dinner
dekat Richeese Factory PVJ. Habis makan, masa ada banyak lagi memusinglah
kitorang dalam PVJ tu. Masuk Carefour beli jajan nak makan kot lapar tengah
malam.
Dalam pukul 10
malam kitorang gerak balik Guesthouse. Selesailah hari pertama kitorang di
Bandung.
Perbelanjaan Hari Pertama :
Simcard Simpati
= IDR 60,000 / RM19
Kain Lace 12m
= IDR 2,100,000 / RM664
Lunch Ayam Penyet
= IDR 25,000 / RM8
Dinner Richeese
= IDR 30,000 / RM10
Belanja Carefour
= IDR 19,000 / RM6
No comments:
Post a Comment
kau nak kata apa.silakan.