Friday, January 29, 2016

Travelogue : Bandung Part III

Before :  Bandung Part II


07/01/2016 – Khamis


Jyeah. Sikit lagi okay, sikit je lagi. Let’s continue our journey di hari ketiga. Oh harini semua awal tapi Yudha pula lambat. Pergi isi minya rasanya sebab semalam sebelum balik guesthouse pergi semua stesen minyak, minyak premium habis. So maybe dia pergi isi minya dulu before ambil kitorang. Lagipun ni last day kitorang dengan Yudha since esoknya dia ada guest dari Singapore seramai 15 orang untuk diguide. Hari ni kita akan pergi ke Lembang okay. Untuk pengetahuan semua, kitorang skip Tangkuban Perahu sebab ramai komen harga dia dah mencanak naik sekarang dan macam tak berbaloi. Lagipun semalam dah pergi Kawah Putih so tak perlu repeat tempat yang lebih kurang sama.









Sari Ater Hotspring

Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam termasuk sekali jem okay. Biasalah Bandung terkenal dengan macetnya. Belum pergi Jakarta lagi. Sampai hotspring ada guide tolong bawakkan kitorang ke kawasan untuk mandi. Actually dekat sini ada open space and private space. Private kolam ni korang kena tambah lagi duit sebanyak IDR45K. kitorang malas nak membazir so just lepak dekat open space je. Lagipun aku memang taknak berendam pun. Just nak celup celup kaki je. Hiks.
Si jejaka jejaka ni je yang pulun berendam. Siap berurut lagi. Dekat sini suhu air dia mak aih tak tahulah berapa. Panas sungguh. Nama pun dari sumber semulajadi kan. Air dia ada bau sikit sebab bau dari belerang. Air dia lagi panas dari aku pergi Hotspring Tambun haritu. Angkat angkat kaki merah menyala kaki aku -.-“. Dari satu kawasan ke satu kawasan kitorang menjelajah. Lama juga duduk dekat dalam ni. Sampai dah rasa bosan sangat, pergi changing room, mandi salin baju bagai then keluar. Perut pun dah menyanyi lagu dangdut.


















Floating Market

Kitorang memang buang tebiat, tengah hari terik pergi ke Floating Market. Sampai sana memang panas sangat sangat. Kebetulan sunnies aku patah time dekat Kawah Putih haritu. Spoil betul nak kena tahan mata dari matahari. Jalan pusing dekat situ sambil stop bergambar. Dekat Floating Market ni banyak tempat cantik untuk bergambar. So kalau nak datang sila pastikan battery camera or handphone discharge penuh okay. Jangan lupa powerbank sekali :D. Penat pusing pusing kitorang lepak makan. Tukar dulu token since sini urusan jual beli menggunakan token. Niat nak makan pisang cheese tapi orang tu tak buka so beli fries je sebab nak habiskan token 10K yang ada tu. Then, Dinesh beli sate kelinci (arnab). Boleh tahan sedap juga*padahal aku rasa macam sate biasa je*. Tak makan banyak pun sebab nak lunch dekat Kampung Daun nanti. Kena simpan perut la. On the way nak balik tu, pergi tukar tiket tu ke secawan air.














Lunch - Kampung Daun

Lapar lapar. Tempat dia serius cantik. Masuk tu kena buat reservation dulu. Kitorang dapat meja S12 dekat dengan air terjun. Sampai dekat pondok tu, maigod ada bantal siap booster weyh. Kebetulan pondok kitorang sebelah dengan pondok pelayan so tak perlu nak ketuk ketuk nak panggil diorang. Jerit je dah dengar. Settle order, Atie and Kamarul pergi sembahyang and lagi dua orang jejaka tu ambil kesempatan untuk tidur. Tempat masyuk, sejuk, nyaman camtu memang sedap ah tidur. Nyamuk banyak pun buat tak peduli je.

Kitorang order Ayam Penyet, Ayam Bakar Kicap dan Ayam Panggang Madu. Makanan sedap. Service pula so so la. Maybe sebab jauh kot. Tapi paling tak best aku minta gelas sampai habis makanan tak sampai sampai gelasnya. Tu sebab service so so je. 














\


Factory Outlet

Asalnya after Kampung Daun tu nak pergi Dusun Bambu, tapi Yudha inform yang dah tutup. Maybe dah lewat sangat. Lama juga kitorang dekat Kampung Daun tu. So semua decide pergi Factory Outlet je.  Yudha park depan FO The Passion, dari situ kitorang jalan kaki ke The Heritage, Cascade, The Stamp. Tak beli pun just jalan jalan cuci mata je. Dah habis pusing, gerak pergi Cihampelas Walk untuk dinner.



Dinner - Pizza Hut Ci Walk

Buntu nak makan mana sebab masing masing tak tahu nak makan apa. Last last masuk Pizza Hut. Kebetulan memang dah plan nak belanja Yudha sekali sebab harini last day dia dengan kitorang. Pizza Hut sini lain dari Malaysia. Terlalu banyak set sampai pening nak pilih. Aku biarkan je diorang decide menu aku malas nak masuk campur. Sampai makanan nanti aku makan je. Dinner malam tu ditaja sepenuhnya oleh Kamarul :D.











Perbelanjaan Hari Ketiga :

Sari Ater Hotspring  =  IDR 36,000 /  RM11
Floating Market  =  IDR 30,000 /  RM10
Tukar Token  =  IDR 30,000 /  RM10
Lunch Kampung Daun  =  IDR 61,000 /  RM19
Dinner Pizza Hut  =  IDR 300,000 /  RM94

Total =  IDR 457,000  /  RM144


Next  >>  Bandung Part IV

Wednesday, January 27, 2016

Travelogue : Bandung Part II

Before : Bandung Part I


06/01/2016 – Rabu

Jom sambung pengembaraan di Bandung untuk hari kedua pula. Disebabkan dekat sana pukul 5 lebih pun dah nak cerah so memang senang nak bangun la. Pukul 7 tu dah mencanak matahari naik. Huh. So harini akan pergi ke Kawah Putih. Janji dengan Yudha pukul 8.15 pagi tapi biasalah bila travel dengan tiga jejaka. Kalau tak lambat tu tak sah. Silap juga gerak diorang lambat. Tunggu selesai breakfast semua around 9 pagi baru gerak ke Kawah Putih. Sekerat jalan teringat tertinggal mask dekat guesthouse. Sia sia bawa mask dari Malaysia sikit punya banyak sekali tertinggal*pffttt*.








Kawah Putih
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jalan macam nak naik Cameron guna laluan Tapah. Entrance masuk semua nanti aku letak hujung entri okay. Sampai sana ada orang jual mask tapi aku tak bagi diorang beli. Aku suruh tahan jela bau sulphur tu. Turun je ke kawasan Kawah tu tak kuat mana pun baunya. Asap je lebih baunya tiada sangat pun. Boleh je melepak lama dekat sana. Kitorang stay sana sampailah pukul 1 petang. Settle bergambar, turun bawah and Yudha belanja kitorang minum Jus Strawberry. Sedap!





















Lunch – Saung Andir

Turun tu supir singgah Restoran Saung Andir untuk lunch. Disini sikit salah faham terjadi. Yela, first time dating Bandung dan tak tahu system diorang makan macam mana. Sikit punya syok order, sekali datang makanan ambek kau, banyak gila. Jenuh nak habiskan. So, ini adalah pengajaran buat kami. Makanan dia masih lagi boleh diterima tekak kami semua. Oh menu kitorang haritu untuk lunch adalah Ayam Brengsek*pedas*, Ayam Masak Mentega*macam ayam madu*, Tauhu Goreng, Telur Dadar dan Air Suam*jaga kesihatan ;p*. Semua sudah kenyang bolehlah bergerak pulang ke Bandar.






Rumah Kain

Inilah paling heaven. Pilih kain macam tiada hari esok. Punya banyak kain pasang yang murah murah. Rasa macam nak borong semua sekali. Asalnya terlupa ada masukkan dalam itinerary tapi bila Yudha park kereta dekat kawasan rumah aku dah pelik. Then baru dia cakap sinilah tempat jual kain yang boleh dapat RM35/sepasang. Kahkah. Aku apa lagi turun dan pilihlah. Dapatlah rembat 5 pasang. Pastu menangis tengok duit makin sikit.









Cibaduyut

Sampai sini pun dah nak dekat maghrib. Yela, 2 jam pula kan perjalanan balik. Dekat sini aku tak beli apa-apa cuma Atie adalah beli Jacket dua helai. Then bergerak pergi deret deret kedai dekat luar tu and Subra rembat Beg Silang untuk koleksi dia. Tak teringat nak ambil gambar time nie sebab busy menawar. Lagipun time nak cepat sebab nak ke Toko 3 seba kedai tu tutup kul 8 malam.



Toko3

Sampai sini dah pukul 7 lebih. Tujuan dating sini nak cari tshirt superhero. Tapi terborong tshirt lain sama. Hiks. Sempat juga aku grab 3 helai baju superhero dekat anak buah aku kat rumah tu. Malas nak tengok diorang bergaduh aku belikan je semua sama pattern, sama warna. Selesai. Lama sangat shopping dekat sini sampai orang tutup kedai la. Kahkah. 



Dinner - The Stone Café

Dinner pula kitorang decide nak pergi ke The Stone Café. Restoran tu memang ada dalam list itinerary aku, so kitorang bincang dengan Yudha and dia kata okay proceed. Café nie dekat atas bukit sikit. Sejuk woi. Sampai sana Yudha suruh sebut nama meja dan waiter tu terus bawa kitorang ke meja tu. Duduk bersila okay. Lunch tadi pun makan bersila juga. Cuma kali ni siap bantal dia bagi. Memang sandar baik punya la. Duduk dekat dengan tingkap pula. Awesome gila view. Dahla ada live band.

Dekat sini jumpa satu family ni dari Malaysia juga. Diorang pun datang semalam tapi petang. Diorang cerita lama gila diorang kene tunggu sebelum dapat touch down since semalam hujan lebat sangat so kapal tak boleh nak landing. Diorang kata kalau lambat sikit alamatnya diorang kene pergi mendarat dekat Jakarta. Fuh, mujurlah kitorang flight pagi takde masalah cuma delay sejam je itupun sebab cuaca juga. Dahlah yang follow ni ada dua orang yang baru first time naik flight. Gerun hoi.

Sini aku share makanan dengan Atie je. Aku adalah snap gambar menu tapi banyak sangat. Aku letak mana yang penting sajalah okay. After makan, duduk lepak sekejap bagi perut rileks. Dalam pukul 10 lebih camtu baru gerak. Sebelum tu minta waiter tu tolong ambilkan gambar kitorang berlima :D














Sampai guesthouse siap siap masuk tidur. Penat gila -.-"



Perbelanjaan Hari Kedua :

Kawah Putih  =  IDR 80,000 /  RM25
Lunch Saung Andir  =  IDR 60,000 /  RM19
Rumah Kain  =  IDR 610,000 /  RM193
Toko 3  =  IDR 495,930 /  RM157
Dinner The Stone Cafe  =  IDR 60,000 /  RM19

Total = IDR 1,305,930 /  RM413