Before : Bandung Part II
07/01/2016 –
Khamis
Jyeah. Sikit lagi
okay, sikit je lagi. Let’s continue our journey di hari ketiga. Oh harini semua
awal tapi Yudha pula lambat. Pergi isi minya rasanya sebab semalam sebelum
balik guesthouse pergi semua stesen minyak, minyak premium habis. So maybe dia
pergi isi minya dulu before ambil kitorang. Lagipun ni last day kitorang dengan
Yudha since esoknya dia ada guest dari Singapore seramai 15 orang untuk
diguide. Hari ni kita akan pergi ke Lembang okay. Untuk pengetahuan semua,
kitorang skip Tangkuban Perahu sebab ramai komen harga dia dah mencanak naik
sekarang dan macam tak berbaloi. Lagipun semalam dah pergi Kawah Putih so tak
perlu repeat tempat yang lebih kurang sama.
Sari Ater Hotspring
Perjalanan
mengambil masa lebih kurang sejam termasuk sekali jem okay. Biasalah Bandung
terkenal dengan macetnya. Belum pergi Jakarta lagi. Sampai hotspring ada guide
tolong bawakkan kitorang ke kawasan untuk mandi. Actually dekat sini ada open
space and private space. Private kolam ni korang kena tambah lagi duit sebanyak
IDR45K. kitorang malas nak membazir so just lepak dekat open space je. Lagipun
aku memang taknak berendam pun. Just nak celup celup kaki je. Hiks.
Si jejaka jejaka
ni je yang pulun berendam. Siap berurut lagi. Dekat sini suhu air dia mak aih
tak tahulah berapa. Panas sungguh. Nama pun dari sumber semulajadi kan. Air dia
ada bau sikit sebab bau dari belerang. Air dia lagi panas dari aku pergi
Hotspring Tambun haritu. Angkat angkat kaki merah menyala kaki aku -.-“. Dari
satu kawasan ke satu kawasan kitorang menjelajah. Lama juga duduk dekat dalam
ni. Sampai dah rasa bosan sangat, pergi changing room, mandi salin baju bagai
then keluar. Perut pun dah menyanyi lagu dangdut.
Floating Market
Kitorang memang
buang tebiat, tengah hari terik pergi ke Floating Market. Sampai sana memang
panas sangat sangat. Kebetulan sunnies aku patah time dekat Kawah Putih haritu.
Spoil betul nak kena tahan mata dari matahari. Jalan pusing dekat situ sambil
stop bergambar. Dekat Floating Market ni banyak tempat cantik untuk bergambar.
So kalau nak datang sila pastikan battery camera or handphone discharge penuh
okay. Jangan lupa powerbank sekali :D. Penat pusing pusing kitorang lepak
makan. Tukar dulu token since sini urusan jual beli menggunakan token. Niat nak
makan pisang cheese tapi orang tu tak buka so beli fries je sebab nak habiskan
token 10K yang ada tu. Then, Dinesh beli sate kelinci (arnab). Boleh tahan
sedap juga*padahal aku rasa macam sate biasa je*. Tak makan banyak pun sebab
nak lunch dekat Kampung Daun nanti. Kena simpan perut la. On the way nak balik
tu, pergi tukar tiket tu ke secawan air.
Lunch - Kampung Daun
Lapar lapar.
Tempat dia serius cantik. Masuk tu kena buat reservation dulu. Kitorang dapat
meja S12 dekat dengan air terjun. Sampai dekat pondok tu, maigod ada bantal
siap booster weyh. Kebetulan pondok kitorang sebelah dengan pondok pelayan so
tak perlu nak ketuk ketuk nak panggil diorang. Jerit je dah dengar. Settle
order, Atie and Kamarul pergi sembahyang and lagi dua orang jejaka tu ambil
kesempatan untuk tidur. Tempat masyuk, sejuk, nyaman camtu memang sedap ah
tidur. Nyamuk banyak pun buat tak peduli je.
Kitorang order
Ayam Penyet, Ayam Bakar Kicap dan Ayam Panggang Madu. Makanan sedap. Service
pula so so la. Maybe sebab jauh kot. Tapi paling tak best aku minta gelas
sampai habis makanan tak sampai sampai gelasnya. Tu sebab service so so je.
\
Factory Outlet
Asalnya after
Kampung Daun tu nak pergi Dusun Bambu, tapi Yudha inform yang dah tutup. Maybe
dah lewat sangat. Lama juga kitorang dekat Kampung Daun tu. So semua decide
pergi Factory Outlet je. Yudha park
depan FO The Passion, dari situ kitorang jalan kaki ke The Heritage, Cascade,
The Stamp. Tak beli pun just jalan jalan cuci mata je. Dah habis pusing, gerak
pergi Cihampelas Walk untuk dinner.
Dinner - Pizza Hut Ci Walk
Buntu nak makan
mana sebab masing masing tak tahu nak makan apa. Last last masuk Pizza Hut.
Kebetulan memang dah plan nak belanja Yudha sekali sebab harini last day dia
dengan kitorang. Pizza Hut sini lain dari Malaysia. Terlalu banyak set sampai
pening nak pilih. Aku biarkan je diorang decide menu aku malas nak masuk
campur. Sampai makanan nanti aku makan je. Dinner malam tu ditaja sepenuhnya
oleh Kamarul :D.
Perbelanjaan Hari Ketiga :
Sari Ater Hotspring
= IDR 36,000 / RM11
Floating Market
= IDR 30,000 / RM10
Tukar Token
= IDR 30,000 / RM10
Lunch Kampung Daun
= IDR 61,000 / RM19
Dinner Pizza Hut
= IDR 300,000 / RM94
Total = IDR 457,000 / RM144
Next >> Bandung Part IV
No comments:
Post a Comment
kau nak kata apa.silakan.