Sunday, March 20, 2016

Travelogue : Bali Part III


20/02/2016 – Sabtu


Harini pergi tengok Barongan Dance dekat mana tak tahu sebab tiba tiba dah sampai. Apa yang pasti tempat berbumbung dan terhindar dari panas matahari cumanya tak terhindar dari bahangnya. Pfffft. Before masuk dia akan suruh ambil sehelai kertas. Dalam kertas tu ada jalan cerita dia supaya senang nak faham. Aku baca sekali imbas je. Bila show start tak faham juga baru buka balik kertas tu baca. Still juga tak faham -.-“ .











Habis show dalam pukul 11 pagi terus gerak pergi Batuan Temple. Berjemurlah sekejap dekat situ. Nothing special pun dekat situ. Just temple je. Melompat, berposing, peace sana, peace sini then gerak ke Painting Shop. Acah acah berminat padahal tak faham pun makna sebalik lukisan tu. Yang tahu hanyalah “wow cantiknya”“wow real gila gambar dia” dan berwow la kami sepanjang berjalan dalam kedai tu.












Then singgah tempat pembuatan silver. Lagilah tak berminat. Masuk sekejap lepas tu aku dan Fifah lepak dekat luar bergambar. Faqih je yang pulun excited tengok cincin bagai. Time tu memang panas terik gila. Rasa nak lepak dalam kereta je sebab beraircond.









Sangkanya panas hingga ke petang sekali hujan pula bila on the way ke tempat Kopi Luwak. Time tu kalau dapat tidur memang best la. Sampai dekat tempat kopi tu dapatlah payung seorang satu. Adalah seorang lelaki ni tolong jadi guide kitorang terangkan cara Kopi Luwak terhasil. Pung pang pung pang tibalah masanya untuk merasa air free. Inilah saat yang paling ditunggu tunggu. Heh. Cumanya kalau nak rasa Kopi Luwak kena beli dengan harga IDR 50K. Sudah semestinyalah kitorang beli sebab nak merasa. Pahit  >.<"











Selesai mengkopi bergerak pergi Kintamani. Kawasan berbukit bila hujan kabus je penuh. No chance la nak tengok Mount Batur. Masuk sini kena bayar, disebabkan Pak Bambang bilang kabus tak nampak so dia kurangkan harga. Dekat sini kitorang lunch terus. Lunch buffet okay. Harga IDR 135K/pax. Mujurlah makanan boleh diterima tekak. Actually nampak je Mount Batur tu cumanya sekejap jela sebab lepas tu kene lindung dek kabus balik. Time nampak tu cepat cepat take picture. Klik klik klik. Tadaaa.












On the way balik tu singgah Tegalalang iaitu tempat penanaman padi bukit. Tapi tak berapa cantik sebab padinya nan hado. Ditambah dengan hujan pula, so kitorang decide balik jela. Time tu Fifah dah start demam balik. Memang lemah habis la badan dia.











Pak Bambang singgah kejap kat Hard Rock sebab Faqih nak beli baju. Lama juga mamat tu shopping. Memang malam tu tak dinner dekat luar, elok Faqih masuk kereta terus gerak balik hotel sebab Fifah macam dah teruk sangat demam dia. Malam tu dinner kitorang hanyalah maggi cup saja. Itupun sedap juga. Heh.

Layan movie seround then dua dua pun lena dengan jayanya.


Perbelanjaan Hari Ketiga :
Barongan Dance  =  IDR 100,000 /  RM31
Kopi Luwak  =  IDR 50,000 /  RM15
Kintamani Entrance  =  IDR 50,000 /  RM15
Lunch Kintamani  =  IDR 135,000 /  RM42

Total = IDR 335,000 /  RM103

Travelogue : Bali Part II


19/02/2016 – Jumaat


Good Morning from Bali. Kitorang berdua tidur dengan selesanya. Pagi tu bersiap untuk pergi Tanjung Benoa. Time for watersport! Sapu sunblock banyak banyak sebab nak berjemur hari ni. Pakaian pun pakai jersey dengan seluar mandi siap siap dari hotel. Sampai sana nanti tak payah nak salin menyalin bagai. Just bawa baju untuk salin after main watersport je dekat Tanjung Benoa




Dekat sini ada banyak gila ajen yang korang boleh pilih. Pak Bambang bawa kitorang pergi ke Bali Dolphin since kawan dia Halim kerja situ so bolehlah dapat murah sikit katanya. After berbincang kitorang decide ambil 2 jenis permainan dan 1 glass bottom boat tour iaitu Parasailing, Tubing Donut(#extremegila!) dan Turtle Island. Parasailing tu just Fifah dengan Faqih je yang berani aku masih belum berani nak naik benda tu. So aku main 2 jenis je Tubing Donut dengan tour Turtle Island, bayar pun murah la sikit. Kihkih.










Aku follow je naik boat time diorang pegi parasailing sebab nak tangkapkan gambar diorang. Mujurlah aku ni bukan jenis mabuk laut. Kalau yang jenis mabuk tu, confirm dah uweekk sebab bergoyang goyang bot tu kene pukul dek ombak. Benda paling extreme adalah Tubing Donut tu. Mula ingat takdelah extreme mana pun sekali dah naik pergh, rasa nak menyumpah. Kalau tangan tak kuat pegang tali tu maunya kau melambung gedebush masuk laut. Tapi memang fun la.











Then dah penat menjerit, gelak bagai kitorang pergi ke Turtle Island pula. Dekat sini macam mini zoo la. Ada macam – macam binatang ada. Untuk pertama kalinya aku acah – acah berani pegang ular. Eeuwwww.











Selesai buat watersport dalam pukul 1. Time tu perut tak payah cakap la. Lapar kemain. Siap bersihkan badan, terus Pak Bambang bawa pergi lunch. Kali ni lunch Nasi Padang. Kebetulan restaurant tu ada musolla, teruslah sembahyang sekali.  







Harini plan memang cover pantai je. So next destination adalah Pantai Pendawa. Nak masuk sini dulu tak perlu bayar tapi now sebab dah jadi tempat tarikan pelancong so diorang kenakan bayaran. Pak Bambang kata dia akan beritahu kami dari Surabaya so akan dapat harga murah. Jimat disitu. Sampai je sana penuh dengan manusia. Majority orang local dating berkelah. Pantai dia seriously cantik sangat. Air biru weyh. Kalau still pakai baju mandi tadi memang dah terjun dah. Tak lepak lama pun sebab cuaca bahang sesangatnya. Selesai tangkap gambar sekeping dua, then bergerak balik ke kereta. Mujurlah masuk je kereta aircond memang dah siap pasang. Sejuk sikit.











Dari Pantai Pendawa kitorang bergerak pergi ke Water Blow dekat sinilah yang boleh kita tengok ombak besar yang memang ummph, hebatlah. Sayangnya, time kitorang sampai tu ombak taknak munculkan diri. Sedih betul. Dahla jalan jauh kedalam dengan panas bahang bagai bila sampai situ nan hado ombaknya. So kami bertiga berombak rindu jela dekat situ. Biasalah kalau dah sampai kenalah bergambar walaupun tanpa splash ombak *kecewa*. Keluar dari situ pun still awal lagi so terus ajak pergi Uluwatu Temple.









Dekat sini Pak Bambang dah siap bagitahu entrance masuk untuk pelancong sorang 20K, so masing masing campurkan duit so total will be 60K. Bila sampai dekat kaunter tiket, baru cakap 3 orang terus dia kata 45K. Muka kami bertiga blur. Padahal dah letak dekat kaunter 60K. Then dia nampak muka blur dia tanya dari mana, jujurnya kami pergi cakap dari Malaysia, terus dia bagi tiket lain. Time tu pun masing masing still lagi blur. Time nak beredar dari kaunter baru tersedar dan aku gelak sambil pandang muka Fifah dengan Faqih. Seriouslah muka kami muka Indon? Rugi gila kalau tak confirm dapat berjimat lagi. Sebelum masuk kena pakai kain. Kira macam menghormati la sebab masuk tempat suci diorang.












Bila sampai sini ramai kata kena tengok Kecak Dance, tapi kitorang tak tengok pun sebab terlampau ramai lagipun nak kejar sunset dekat Jimbaran. Oh, dekat situ please beware dengan monyet okay. Monyet monyet kat situ memang terlebih mesra sampai nak ambil barang without permission. Aku dengan Fifah hampir terkena mujurlah Faqih cepat jerit dekat kitorang berdua. Kalau tak selamat dah sunnies aku jadi hak milik monyet.









Dalam pukul 530 petang camtu kitorang dah bergerak ke Jimbaran sebab taknak terlepas sunset. Alang alang tu order seafood sekali sebab orang kata pergi Jimbaran tak makan seafood rugi walaupun mahal -.-“ . Bila sampai meja depan semua dah orang book so kena duduk belakang sikit. Aku bab pilih seafood ni kurang pandai so Fifah dengan Faqih yang handle, aku tolong jaga meja. Elok diorang settle urusan jual beli, terus gerak pergi ke pantai sebab sunset dah nak hilang. 











Mujurlah sempat bersunset untuk 2 ke 3 minit. Hehehe. Tula, lama sangat buat urusan jual beli kan dah nak terlepas sunset. Paling lama lepak dekat sinilah gara-gara nak habiskan makanan. Actually pesan tak banyak tapi sebabkan portion dia besar, jenuh jugalah nak sumbat dalam perut. Balik hotel ni confirm tidur lena sebab perut kenyang.











Sebelum balik hotel, Pak Bambang bawa kitorang pergi Kedai Hard Rock dekat area Kuta. Pusing la kitorang bertiga dalam gelap gelita tu. Saja try pergi pantai Kuta, tapi tak nampak apa pun ramai merpati berjoli joli je yang duduk bersandiwara. Hiks. 





Muka masing masing time tu memang muka penatlah. So sepakat gerak balik kereta dan balik hotel untuk tidur. Esok pagi ada plan lain pula. So kena tidur untuk charge energy.


Perbelanjaan Hari Kedua :
Topup  =  IDR 100,000  /  RM31
Watersport  =  IDR 600,000 /  RM186
Lunch Nasi Padang  =  IDR 52,000 /  RM16
Pendawa Beach  =  IDR 30,000  /  RM10
Uluwatu Temple  =  IDR 20,000  /  RM6
Dinner Seafood Jimbaran  =  IDR 176,000  /  RM54

Total = IDR 978,000 /  RM303