20/02/2016 – Sabtu
Harini pergi
tengok Barongan Dance dekat mana tak
tahu sebab tiba tiba dah sampai. Apa yang pasti tempat berbumbung dan terhindar
dari panas matahari cumanya tak terhindar dari bahangnya. Pfffft. Before masuk
dia akan suruh ambil sehelai kertas. Dalam kertas tu ada jalan cerita dia
supaya senang nak faham. Aku baca sekali imbas je. Bila show start tak faham
juga baru buka balik kertas tu baca. Still juga tak faham -.-“ .
Habis show dalam
pukul 11 pagi terus gerak pergi Batuan Temple. Berjemurlah sekejap dekat situ.
Nothing special pun dekat situ. Just temple je. Melompat, berposing, peace sana,
peace sini then gerak ke Painting Shop. Acah acah berminat padahal tak faham
pun makna sebalik lukisan tu. Yang tahu hanyalah “wow cantiknya”, “wow real gila gambar dia” dan berwow la kami
sepanjang berjalan dalam kedai tu.
Then singgah
tempat pembuatan silver. Lagilah tak berminat. Masuk sekejap lepas tu aku dan
Fifah lepak dekat luar bergambar. Faqih je yang pulun excited tengok cincin
bagai. Time tu memang panas terik gila. Rasa nak lepak dalam kereta je sebab
beraircond.
Sangkanya panas
hingga ke petang sekali hujan pula bila on the way ke tempat Kopi Luwak. Time
tu kalau dapat tidur memang best la. Sampai dekat tempat kopi tu dapatlah
payung seorang satu. Adalah seorang lelaki ni tolong jadi guide kitorang
terangkan cara Kopi Luwak terhasil. Pung pang pung pang tibalah masanya untuk
merasa air free. Inilah saat yang paling ditunggu tunggu. Heh. Cumanya kalau
nak rasa Kopi Luwak kena beli dengan harga IDR 50K. Sudah semestinyalah
kitorang beli sebab nak merasa. Pahit >.<"
Selesai mengkopi
bergerak pergi Kintamani. Kawasan berbukit bila hujan kabus je penuh. No chance
la nak tengok Mount Batur. Masuk sini kena bayar, disebabkan Pak Bambang bilang
kabus tak nampak so dia kurangkan harga. Dekat sini kitorang lunch terus. Lunch
buffet okay. Harga IDR 135K/pax. Mujurlah makanan boleh diterima tekak.
Actually nampak je Mount Batur tu cumanya sekejap jela sebab lepas tu kene
lindung dek kabus balik. Time nampak tu cepat cepat take picture. Klik klik
klik. Tadaaa.
On the way balik
tu singgah Tegalalang iaitu tempat penanaman padi bukit. Tapi tak berapa cantik
sebab padinya nan hado. Ditambah dengan hujan pula, so kitorang decide balik
jela. Time tu Fifah dah start demam balik. Memang lemah habis la badan dia.
Pak Bambang
singgah kejap kat Hard Rock sebab Faqih nak beli baju. Lama juga mamat tu
shopping. Memang malam tu tak dinner dekat luar, elok Faqih masuk kereta terus
gerak balik hotel sebab Fifah macam dah teruk sangat demam dia. Malam tu dinner
kitorang hanyalah maggi cup saja. Itupun sedap juga. Heh.
Layan movie
seround then dua dua pun lena dengan jayanya.
Perbelanjaan Hari Ketiga :
Barongan Dance
= IDR 100,000 / RM31
Kopi Luwak
= IDR 50,000 / RM15
Kintamani Entrance
= IDR 50,000 / RM15
Lunch Kintamani
= IDR 135,000 / RM42
Total = IDR 335,000 / RM103
No comments:
Post a Comment
kau nak kata apa.silakan.