Sunday, March 20, 2016

Travelogue : Bali Part I


18/02/2016 – Khamis

Flight OD308 pukul 4.45 petang dan sampai Bali pukul 7.30 petang. Timing Bali dengan Malaysia sama so tak perlu ubah ape ape pun. Sampai je supir dah tunggu. Mujurlah airport Bali ada free wifi so senang nak communicate dengan supir. Bila dah sampai pun malam, tak banyak aktiviti yang boleh dibuat. So, kitorang decide pergi dinner sebab Faqih ni lapar even dekat atas flight dah bantai Spagethi Carbonara sebekas. 










Pak Bambang bawa kitorang pergi kedai Malioboro. Dia kata famous sebab ayam dia dipressure habis habisan sampai tulang dia pun boleh makan sebab lembut. Since kitorang bertiga tak familiar sangat how to order so, minta tolonglah waitress dia Maya terangkan satu persatu. Beria la kata ayam dia kecil dan kitorang percaya. Bila sampai hambek kau, tak habis pun ayamnya. At last bungkus bawa balik hotel.








First day tak pergi mana pun sebab dah malam. Lepas makan terus gerak pergi hotel. Supir kena hantar ke dua hotel sebab Faqih duduk hotel lain tapi tak jauh pun dari hotel kitorang. Adalah dalam 3 minit jalan kaki. Dekat je.










Settle check-in, unpack segala barang, mandi then terus pengsan sampai esok pagi. Oh, dalam pukul 1 pagi camtu ada kejadian lawak berlaku. Maybe sebab aku charge battery camera directly so terus trip. Mujurlah bilik kitorang je, kalau satu hotel naya hoi. Mujurlah cepat je technician dia settlekan. So bolehlah kembali sambung tidur dengan aman. Esoknya supir kata nak ambil pukul 9 pagi. Night!


Perbelanjaan Hari Pertama :
Dinner Ayam Malioboro  =  IDR 150,000 /  RM46

Total = IDR 150,000 / RM46

No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.