Sunday, March 20, 2016

Travelogue : Bali Part IV


21/02/2016 – Ahad

Last day sudah. Harini minta Pak Bambang ambil lambat sikit. Kira after check out terus keluar berjalan la. Plan harini ke Tanah Lot saja dengan cari souvenir sikit untuk bawa balik Malaysia. Sampai dekat Tanah Lot, cuaca panas gila. Tapi tengok hari macam nak hujan. Confius aku. 














Pagi tu sempat la kitorang pergi Pantai Sengigi dengan harapan nak tengok orang surfing. Mungkin sebab awal sangat so tak ramai yang surfing. So, kami balik hotel surfing sendiri dalam swimming pool. 








Oh kebetulan time kitorang datang tu Bali tengah ada perayaan Galungan & Kuningan. So memang penuh la temple untuk beberapa hari tu. Then ada Barong pula berjalan dengan gendang bagai agak jem jugalah jalan sekejap. Tapi best sebab at least dapat merasa tengok diorang sambut perayaan diorang. If dating bulan March ada hari Nyepi. Kalau hari Nyepi memang tak boleh keluar rumah langsung. Segala aktiviti pelancongan tak berjalan pada Hari Nyepi.











Eh, melalut lebih pula. Bila dah sampai Tanah Lot, apa lagi cari port nak bergambar la. First, cari spot typical yang bila orang dating Tanah Lot je mesti ada gambar dekat spot tu. Kebetulan datang time air surut, so boleh la menyeberang ke temple sana. Tapi kitorang tak pergi pun sebab penuh dengan orang local pergi sembahyang sempena perayaan diorang tu. Macam kita melayu pergi sembahyang raya la.









Ha, dekat sini barulah dapat tengok ombak besar. Sanggup tunggu walaupun panas membahang semata untuk dapatkan gambar dengan ombak besar. Nampak tak kejakunan kami bertiga. Lepas lepas tu berlari cari tempat teduh. Mandi peluh saja sepanjang dekat Bali. Then lepak dekat warung kejap pekena air kelapa muda. Kasi sejuk sikit badan *padahal panas juga* sementara Pak Bambang pergi sejukkan kereta.






Lunch dekat Wong Solo *dekat Malaysia pun ada* then terus bergerak pergi beli souvenir dekat Krishna. Aku tak memborong banyak pun sebab takda benda nak beli. Lagipun jimat duit untuk next destination nanti. 





Berhenti sembahyang dekat masjid berdekatan dengan airport sebab nak merasalah sekali sembahyang dekat masjid kan sebelum balik. Pak Bambang drop kitorang dekat airport dalam pukul 5 petang camtu. Flight balik pukul 830 malam. Sampai Malaysia pukul 11 lebih. Esoknya aku cuti. Heh.










Tamat dah percutian untuk bulan Februari. Nanti aku update pasal percutian bulan March pula okay. Kali ni bakal ke Pulau Seribu Masjid. Tunggu







Perbelanjaan Hari Keempat :
Tanah Lot  =  IDR 30,000  /  RM10
Lunch Wong Solo  =  IDR 46,000  /  RM14
Krishna  =  IDR 68,000  /  RM21

Total = IDR 144,000 /  RM45

No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.