Salam. Holla!
Bila dah nampak aku munculkan
diri disini bermakna adalah destinasi yang dituju. Ingat senang ke untuk aku
munculkan diri. Bajet diva sangat kan. Ok ok jomlah kita menyusuri perjalanan
aku ke bumi Kota Kinabalu, Sabah. Anda bakal berdepan dengan pelbagai drama
sepanjang perjalanan ini. Heh.
Day 1 – Thursday (27 July 2017)
Well, flight dijadualkan jam 7.50
pagi but biasalah Air Asia, last minute dapat message mengatakan yang flight
delay ke jam 9.15 pagi. Everything dah book termasuklah Grab. So kena teruskan
jugalah bergerak ke KLIA2 jam 4.30 pagi tu. Sampai airport terus print tag
baggage yang akan di check in dan terus ke Marry Brown breakfast. Around 8
macam tu slow-slow jalan masuk ke gate. Mujurlah dekat gate K2 tu.
Flight delay so lepak brekafast dulu |
Family photo |
Semuanya berjalan lancar
sampailah mendarat di Kota Kinabalu International Airport (KKIA). Tunggu
luggage kejap dan terus keluar untuk cari owner kereta sewa. Oh ya, aku sewa
kereta Myvi dan Saga tapi Myvi ada problem dan dia gantikan dengan Persona dengan
harga yang sama. If you guys nak ke KK dan tercari-cari kereta sewa bolehlah
berhubung dengan En Azman 0163234350 ni sebab memang terbaik layanan dia
bagi dekat korang.
Mari mula perjalanan kita menuju
ke Kundasang! Sebelum tu singgah Jalan Sulaman dulu pekena Lokan Bakar dan air
kelapa muda. Kemudian singgah sekejap dekat Rumah Terbalik tapi tak masuk sebab
bagi aku tak berbaloi since dekat dalam tu tak boleh nak bergambar. Bayar
mahal-mahal untuk tengok je. So kita bergambar jelah dekat signboard dan teruskan
perjalanan ke Kundasang. Tak sabar wei sebab KK panas terok.
Rumah Terbalik. Nak masuk sila bayar tapi no picture inside the house okay. |
On the way tu singgah sekejap di
Kinabalu Park. Bahagianya wei sebab sejuk. Dah sampai sini apa lagi yang akan
dibuat, mestilah bergambar! Tapi kena beringatlah sebab dekat sini pukul 6 petang
dah gelap. So bila teringatkan yang belum solat lagi cepat-cepat gerak ke
homestay. Pasal homestay nanti akan direview kemudian.
Kinabalu Park |
Settle check in berehat sekejap
tunggu maghrib terus since sini masuk waktu awal. Kemudian terus bersiap untuk
keluar dinner. Aku tak berapa nak familiar dengan kedai makan area Kundasang ni
so gunakan mr google sepenuhnya. Check tripadvisor, foursquare semua and we
decide untuk makan di Restoran Syah Adila. Dapat makan tomyam panas dengan nasi
dalam keadaan yang sejuk dengan anginnya lagi, cukup heaven dah.
Selesai makan, balik ke homestay
dan tidur. Esok ada banyak lagi aktiviti menanti. Night!
No comments:
Post a Comment
kau nak kata apa.silakan.