Saturday, August 26, 2017

Travelogue : Kundasang, Sabah Part 3




Day 3 – Saturday (29 July 2017)

Holla! Hari terakhir di Kundasang dan hari paling banyak drama dan masalah. Drama pertama dimana phone aku rosak. Battery drain and charge pun tak masuk. Nak taknak aku kena redha tunggu sampai KK nanti baru pergi check. Masalahnya pula adalah segala maklumat pasal penginapan di KK dan juga nombor phone kereta sewa dalam phone aku. Disini aku nasihatkan if pergi travel pastikan bukan kau yang uruskan seorang and pastikan atleast ada seorang lagi backup so bila jadi masalah macam ni senang.


Wefie before bergerak balik ke Kota Kinabalu

Haih, semua nak menyempit

Kita lupakan sekejap masalah tu dan teruskan perjalan ke Desa Cattle Dairy Farm. Dekat je dengan tempat penginapan kami. Dalam lima minit macam tu je sampai. Pergi terlewat sikit dah penuh parking, so if nak datang sini datanglah awal sikit ye. View memang awesome. Kebetulan Gunung Kinabalu belum diselaputi awan, so memang terbaik la view. Lembu pun berkeliaran je dekat luar tu. First thing bila sampai sini sila pergi ke kiosk di dalam untuk beli susu dan juga aiskrim. Seriously sangat sedap. Kami beli lebih untuk bawa balik ke Kota Kinabalu.








Must buy !

Ini pun sama. S E D A P !






Nak bergerak balik tu tengok belakang, Gunung Kinabalu dah kena lindung dengan awan. Sob sob. Luanti Fish Spa. Silap percaturan la pergi hari Sabtu sebab ramainya manusia sampai ada orang yang dah beli tiket sanggup jual balik sebab tak mampu nak tunggu orang yang ramai itu. So, kami pun decide untuk skip Fish Spa. Takpe, nanti boleh repeat datang sini lagi. So bergerak la kami ke Sabah Tea sebelah Fish Spa ni je.




Bila lagi boleh kesini?

Sabah Tea ni tak sama macam Cameron Highlands eh sebab sini panas tak sejuk macam Cameron. Lagipun view Cameron lagi canti bagi aku. Duduk lepak minum teh dulu, bergambar sikit then baru bergerak turun Kundasang untuk lunch. Singgah Ranau kejap untuk isi minya. Ha, sampai Ranau, drama kedua muncul. Abang ipar aku pergi withdraw duit dekat Maybank Ranau sekali duit tak keluar sekali dengan kad pun tak keluar. Mujurlah dia memang kerja dengan Maybank, terus call member dia untuk deactivatekan kad dan transfer all his money ke account kakak aku. Dugaan betul.




Kali ni kami lunch di Intan Café di Kundasang sebab ada orang review chicken wings dia sedap. Orang kata lagi if pergi Kundasang wajib makan chicken wing. Aku makan dua ketul je. Boleh la, sedap la juga.

Settle lunch, slow-slow bergerak balik ke Kota Kinabalu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam. Aku dah bajet yang akan sampai dalam pukul lima sebab kena check in before pukul 6 petang. Jeng jeng, disinilah drama ketiga muncul. Lagi 42km nak sampai KK, kereta yang abang ipar aku bawa rosak. Temperature naik sikit punya tinggi. Tersadailah sekejap tepi jalan. Masalah lagi jadi rumit bila mana nombor telefon kereta sewa ada dalam phone aku yang rosak tu. Nak taknak terpaksalah on phone tu dan dengan hanya bergantung pada battery yang nyawa-nyawa ikan tu aku copy segala nombor yang penting ke dalam phone adik aku. Time ni aku rasa pentingnya ada backup phone. Dulu ada dua phone rasa menyusahkan sekarang kan dah masalah. Hish.

Kereta tu ada masalah dengan kipas aircond. Lepak la sekejap tepi jalan sementara tunggu kereta sejuk sikit. En Azman tu dah get ready nak gerak ke kami tapi my dad kata tak perlu since kereta boleh gerak tapi without aircond and my mom suruh kami yang kereta lagi satu ni gerak dulu untuk kejar waktu check in. Inilah pentingnya sewa dua kereta. Sampai KK, settle check in, semua kepenatan. Tapi rumah seriously sangat puas hati. Bersih dan selesa sangat.

View from our balcony

Tunggu lepas maghrib barulah keluar cari makan. Makan di Pasar Filipina yang bagi aku tak kena langsung selera dengan kami. Seafood dia tak berapa nak fresh sangat dan tempat dia agak kotor so aku sarankan better korang pergi makan tempat lain lah sebab kalau dari segi harga tak murah mana pun dekat situ. Peringatan, sila jangan datang makan ke kedai ini. Seriously tak sedap dan juga dia menipu harga food dia, bila tanya lain bila bayar lain. Puas dah bergaduh dan dia tetap kata dia betul. Pfftttt.

Nama gerai : Gerai Ikan Bakar 3 Rasa.







Balik apartment bersihkan diri dan tidur sebab esok adalah aktiviti paling favourite bagi aku. Pulau!!!


No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.