Day 2 – Friday (28 July 2017)
Good morning Kundasang! Dekat
sini pukul 6 pagi dah terang benderang wei. Bila keluar ke balkoni nampak
direct terus Gunung Kinabalu. Seriously pengalaman paling awesome aku pernah
rasa selain view laut la. Bilik air ada satu so kena bergilir tunggu giliran
untuk mandi. Sejuk nak mati wei air dia. Heater plak hidup segan mati takmau.
Mengigil la juga pagi tu. Aircond semulajadi orang kata.
|
Baru pukul 6.30 pagi dah cerah macam ni |
|
Gunung Kinabalu telah munculkan diri di belakang itu |
|
Abah dan Emak |
So plan harini adalah ke Kolam
Air Panas Poring dan ke Sepilok untuk tengok Orang Utan. So sampai Ranau pergi
breakfast dulu. Sekali lagi masih menggunakan khidmat mr google, tripadvisor
dan juga foursquare. Pagi tu breakfast di Restoran Sri Hasanah since baca
review ramai kata sedap dan sentiasa penuh tapi kami pergi weekdays so orang
pun tak ramai. Jujur sejujurnya aku bagitahu, food dia biasa-biasa saja.
Selesai sarapan bergerak terus ke Poring Hotspring.
Kami sampai orang tak ramai lagi,
so memang explore habis-habisan la. Time tu dalam jam 9.30 pagi kalau tak silap
aku. So, next time kalau korang nak pergi bolehla bajet time. Disebabkan tak
bawa baju so tak boleh nak berendam. Rendam kaki sajalah. Jalan atas sikit
jumpa canopy walk. Inilah yang ditunggu-tunggu. Memang tujuan ke sini pun sebab
Canopy Walk ni.
|
Tiket |
|
Welcome to Poring Hotspring :) |
Dekat sini kena bayar asing tau,
tak sama dengan entrance awal tadi dan if nak bawa phone kena bayar juga. So
sila decide berapa kamera yang korang nak guna macam kami hanya bayar untuk dua
saja. Oh, bukan masuk terus jumpa canopy walk tu tau, kena hike dulu dalam 250m
baru jumpa. Jangan risau, it was just an easy hike je. Ada tangga and trek dia
pun elok je. Tak perlu nak bertreksuit bagai pun boleh hike.
|
Harga untuk Canopy Walk |
|
Semangatnya budak-budak ni. |
|
Penat pun bila bergambar kena senyum! |
|
See, mak aku naik dengan berjubah bagai. Tak perlu pun bertreksuit bagai. |
Bila sampai ke pondok dekat atas
tu akan ada dua orang tunggu. Tunjukkan tiket dan bolehlah berjalan diatas
titian gantung itu. Diingatkan, hanya 6 orang sekali lalu okay. Tapi aku tak
tahulah if lebih akan jadi apa sebab seriously taknak take risk langgar arahan.
Nak lalu titi gantung tu pun dah cukup bertabah dah aku sebab tinggi wei!
Kesemuanya ada empat titi dan titi yang ketiga adalah paling extreme bagi aku
sebab paling panjang dan kalau tengok bawah kosong! Dia semacam gaung ke apa
ntah. Mengucap panjang aku time lalu tu.
|
Starting point. Nampak tak mak yang excited dekat belakang tu. |
|
Muka tahan gayat |
|
Ini pun seorang yang gayat juga ni |
Turun dari Canopy Walk, rendam
kaki sekejap then terus bergerak ke Sepilok sebab nak kena sampai sana around 3
petang. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih okay but
without highway dan terpaksa mengadap lori yang banyak. Pesanan aku if memang
dalam plan korang nak tengok Orang Utan, better ambil flight turun Sandakan dan
barulah ke Kota Kinabalu. Malam tu kami dinner di Sanadakan je. Restoran Sim
Sim 88 yang boleh dikatakan agak famous dan bila gunakan khidmat mr google,
ramai yang suggest situ.
|
Berjaya mengharungi empat titi gantung yang hazab. |
|
Jom turun. Budak mengada dengan ayah |
|
Perjalanan ke Sandakan dari Ranau. So plan betul-betul okay korang! |
|
Welcome to Sepilok. Hai Orang Utan |
Ni nak pesan awal-awal, owner
restoran itu cina but yang memasaknya adalah melayu. My mom dah pergi tanya dah
and restoran tu pork free. Dekat situ korang bolehlah pilih seafood kegemaran
korang dan nanti dia akan suggest nak masak macam mana. Sementara tunggu
makanan sampai bolehlah layan sunset yang cantik!
|
Syahdunya sunset |
|
Budak ni penakut keras je kat situ |
|
Seafood that night! |
|
Wefie time! |
|
Nanti cari Kedai ni eh kalau ke Sandakan |
|
Nak ke restoran Sim Sim 88 kena melalui rumah-rumah orang |
Kami bergerak dari Sandakan dalam
pukul 7 dan sampai di Kundasang pukul 12 tengah malam. Sampai tu memang flat
masing-masing sebab penat. Mandi dan terus tidur. Esok nak check out dan ada
few places nak pergi lagi dekat area Ranau. Night!
No comments:
Post a Comment
kau nak kata apa.silakan.