Day 4 – Sunday (30 July 2017)
Morning warga Kota Kinabalu! Pagi
ni aktiviti yang paling aku tunggu. Pergi pulau! Vitamin sea! Aku rasa aku
memang tak boleh nak berpisah dengan pulau. Tambah kalau air dia bapak punya
jernih. Pagi tu aku gerak terus ke Jesselton Point untuk survey pakej pulau.
Disebabkan kami ada sepuluh orang, aku decide untuk ambil private boat je.
Masuk je pintu dah ada orang tunggu hulur kertas pakej pulau dari Kaunter 10.
Dari apa yang aku research,
kaunter 10 ni agak famous juga dan ramai juga yang ambil pakej dengan dia. So
aku malas nak fikir aku terus ke kaunter 10 dan tanya harga untuk 10 orang for
private boat. Bagi aku harga yang dia bagi tu quite cheap juga RM470 + RM180
parasailing untuk 4 orang. Ini harga untuk 3 pulau. Pulau Sapi, Pulau Manukan
dan Pulau Mamutik. Harga tu dah termasuk sekali harga equipment dan juga
terminal fee. Nanti sampai pulau kena bayar RM3 untuk fee Taman Laut dan tiket
tu kena simpan untuk ke pulau-pulau seterusnya.
So, apa tunggu lagi, ayuhlah ke
pulau dan burnkan muka. Kebetulan aku beli snorkel gear baru so time ni la nak
test berkualiti ke tak. Beli dekat Decalthon RM45 je okay. Senang guna sendiri
punya taklah rasa geli sangat. Heh.
Bersedia untuk burnkan muka |
Boat ni hanya kitorang je yang naik. |
Muka layan perasaan |
Excited! |
First dia bawak ke Pulau Sapi.
Kecil je Pulau Sapi ni, dan nampak tempat redup kami bentang tikar. Kalau
sesiapa yang tak bawa tikar sendiri boleh sewa RM10 untuk satu tikar besar tu
kalau tak silap aku lah. Dekat sini aku, adik serta kakak aku akan dibawa untuk
aktiviti Parasailing. Woah, first time wei sebab dulu time dekat Bali aku tak
berani lagi, tapi dekat sini aku nekad nak kena try juga even sekali.
Bucketlist tu even bagi orang lain nampak simple tapi not for me yang penakut
ni.
Mula |
Go! |
Parasailing done! |
Dekat sini dia memang basahkan kita, nak taknak kena hadap. |
Kebetulan turn aku naik tu
diorang naikkan paling tinggi sekali. Gelisah dia tak payah cakap, aku tengok
depan je sekali sekala je pandang kiri kanan. Cuma bezanya dekat sini dengan
Bali, dekat sini diorang rendam korang dalam air adalah tiga kali juga. Tapi
seriously best sangat. Sila cuba okay. Oh, jangan lupa juga cuba zipline dimana
korang akan naik dari Pulau Sapi dan melintasi laut ke Pulau Gaya. Aku promise
korang akan dapat view yang sangat awesome.
Dekat Pulau Sapi ni if korang ada
rasa nak mencuba fun dive ada juga booth yang sediakan segala peralatan diving
sekali instructor untuk bawa korang nanti dengan harga RM280 sahaja. Fun dive
tak perlu lesen pun tau. Nama pun fun kan. Itupun ada dalam bucketlist aku tau
untuk ada sijil diving. Entah bila berkesempatan nak ambil.
Budak paling excited jumpa air. Kita geng! |
Muka yang dah mula merah |
Then dari Pulau Sapi kami
bergerak ke Pulau Manukan. Dekat sini Pulau dia besar sikit dan banyak tempat
redup. Sini banyak gila ikan. Pergi je dekat tepi-tepi jeti tu, nanti ikan tu
datang la dekat korang. Kami dekat sini dalam sejam setengah je then terus
gerak ke pulau terakhir iaitu Pulau Mamutik. Dekat sini takde apa sangat, just
chill chill mandi laut je. Lagipun sini dalam sikit dan time tu air pun dah
start pasang, ombak kemainlah tinggi. Muka aku time ni tak payah nak cakaplah
burn dia macam mana. Merah menyala. Tahu-tahu je bila pegang pedih.
Tak payahlah nak gigih sangat pakai life vest sebab air dia tak berapa nak dalam sangat. |
Hi si comel! |
Kalau pergi dekat area tepi tu banyak gila ikan! |
Pukul 4 petang macam tu kami
gerak pulang ke Jeti Jesselton, ambil kereta dan balik ke apartment. Tak tukar
baju pun sebab on the way balik tu sempat je baju kering since cuaca panas wei.
Sampai apartment sambung mandi swimming pool pula. Berendam la lagi sejam dekat
pool barulah naik atas bersiap untuk keluar dinner sebelum budak-budak tidur.
Bye Pulau. Bye Vitamin Sea. I've got enough until need 3 weeks to recover from sunburn -.-" |
Malam tu kami pergi makan best
sikit dekat Restoran Gayang Seafood. Omg! Memang terbaik weyh. Aku order segala
udang, sotong, ketam bagai cuma lobster je tak sempat nak rasa sebab mahal.
Restoran tu luas, banyak meja dan cara order adalah dengan pergi kaunter ambil
nombor dan tunggu sampai nombor korang dipanggil dan akan ada pelayan ambilkan
order sambal bagitahu menu dekat situ. Oh, time korang sampai akan dapat air
teh cina free. Bagi aku sedap je. Air teh biasa cumanya tiada gula. Total kami
makan malam tu cuma RM250 je. Kira murah la sebab kalau nak ikutkan apa yang
kami order kalau dekat semenanjung ni memang cecah RM400 kot.
Balik tu belum sempat sampai
rumah budak-budak dah tidur. Penat sangat mandi laut. So hari last dekat KK dan
akan bergerak pulang ke KL. Esok jugalah nak buat last minute shopping untuk
beli souvenir dan ikan bilis bagai. Night!
Day 5 – Monday (31 July 2017)
Last day! Sedihnya hati nak
meninggalkan bumi Sabah yang penuh dengan seafood murah dan pulau yang cantik.
Aktiviti pagi ni adalah shopping! Sebelum kedai buka kami dah keluar pergi
sarapan dulu. Lagipun keluar awal pagi kereta tak banyak dan senang sikit nak
dapat parking. Kmai ada masa tiga jam je untuk shopping sebab nak kena check
out pukul 12 dan nak kena ada dekat airport atleast sejam sebelum.
Sempat la borong keronsang, ikan
bilis, amplang, kuih cincin semua. Mujurlah dekat sini diorang dah siapkan
letak dalam kotak, seal dan timbang terus. Senang nak bajet bawa naik flight.
Pukul 11 tu balik dan terus packing dan check out. Sampai airport dalam pukul
12.30, tunggu En Azman untuk pulangkan kereta dan aku terus masuk untuk check
in luggage sebelum orang bertambah ramai. Oh pasal kereta tu malam tu En Azman
datang tukarkan kereta Persona yang rosak tu dengan Myvi. Banyak kali dia minta
maaf siap nak pulangkan balik RM100 sebagai ganti rugi tapi my mom tolak sebab
kami memang dah pakai kereta tu hampir sehari so tak adil la untuk dia. Nak
sewa kereta sila contact En Azman 0163234350 okay. Recommended sangat. Pasal apartment
dekat KK pun bakal direview kemudian dalam entri khas okay.
Sebelum terlupa, flight balik KL
aku paling terbaik sebab dapat Kapten viral tu wei. Kapten yang suka berpantun
tu iaitu Kapten Shahar. Memang terhiburlah naik flight dia bawa. Banyak gila
info yang dia kongsi. Selama ni aku selalu terfikir, bilalah dapat naik flight
dia bawa, haritu pergi Langkawi takde, sekali nak balik KL dari KK dapat.
Bahagia gila. Live dengar dia pantun. Lawak pula tu pantun dia. Terhibur aku.
So tamatlah sudah percutian
keluarga tahun ini di bumi Sabah. Tertunailah hasrat my dad nak pergi Sabah.
Asyik duk cakap dari haritu nak pergi, so aku dah tunaikan. Next tunaikan
hasrat my mom pula. Kemana? Tunggu next year okay.
Adios!
No comments:
Post a Comment
kau nak kata apa.silakan.