Hai!
Lamanya simpan niat untuk review this
Condo, tapi asyik la tiada masa. So, since sekarang ni macam free sikit,
bolehlah menaip dengan tenang. Actually, bukanlah hotel pun tapi it was just a
condominium yang complete semua. Mula tu ingat nak book through AirBnb tapi
since tengok harga macam dekat Agoda lagi murah, so proceed with Agoda jela.
Itulah pentingnya buat perbandingan harga kalau nak tempeh penginapan. Aku
memang setiap kali travel akan tetapkan limit harga hotel/guesthouse before
book, so senang nak bajet. Total untuk 3H2M adalah seperti dibawah.
Kenapa aku pilih duduk sini banding hotel
adalah kerana, Marina Court ni sejenis condominium yang lengkap semua dan
paling penting ada iron dan juga mesin basuh. Sedia maklum yang aku sebelum
menginap di Kota Kinabalu, aku menginap dulu di Kundasang selama 3H2M. Tambah
bila bawa family yang besar, lagi selesa duduk satu rumah dari nak kena book
banyak bilik. Dekat situ je dah rugi banyak. Bawak pula budak-budak yang memang
akan sentiasa bertukar baju, so mesin basuh tu amat penting sangat. Heh.
Aku pilih yang ada tiga bilik. Bilik
pertama dan kedua ada katil king dan single dan bilik ketiga dua katil single. Bilik air pula ada dua. Satu di dalam master bedroom dan
satu lagi di luar. Depan condo ada mall dan kalau nak ke Pasar Philippines
boleh jalan kaki je. Cuma kalau nak ke Jeti Jeselton jauh sikit la.
Bilik Petama aka Master Bedroom attached toilet |
Bilik kedua |
Bilik Ketiga |
So far aku sangat berpuas hati la sebabnya
rumah dia bersih, bilik pun elok je teratur. Toilet dia pun bersih cuma kekurangan
dia, toilet tiada paip dekat tepi jamban tu. Parking hanya untuk sebuah kereta
saja but if nak tambah additional car pun boleh. Nanti pihak Marina akan
arrangekan just bayar je. Mudah sangat. Oh ya, check in pukul 3 petang dan
check out pukul 12 macam biasa.
Masa check in dia akan minta kita provide
deposit RM200, dan deposit itu akan dipulangkan bila kita check out. Simple je
kan. Rumah selesa, ada swimming pool, gym etc. Semua facilities tu kita boleh
guna.
Ruang Tamu with Balcony |
Space for makan-makan |
Dapur. Tepi sinki tu ada pintu dan belakang tu ada mesin basuh |
View from our Balcony. |
Belah kiri tu la mall. |
Kesimpulannya, sesiapa yang nak datang
Kota Kinabalu silalah menginap di sini. Boleh check rate di Booking.com, Agoda,
AirBnb or nak lagi mudah gunakan Trivago untuk buat perbandingan harga.
Sebagai tambahan aku nak promote sikit kereta
sewa kawan aku. Untuk sesiapa yang hendak ke Kota Kinabalu Sabah, boleh gunakan
khidmat Sabah Travel Car Rental. Memang tip top servis yang diberi. Kereta
bersih, cantik, wangi. Cara berurusan pun mudah. Kalau kereta ada masalah pun
jangan risau, mereka akan cepat-cepat selesaikan. Harga pun berpatutan. Di
bawah ni aku sertakan segala maklumat untuk korang buat tempahan. Pasti puas
hati punya.
Whatsapp : 60195227315
No comments:
Post a Comment
kau nak kata apa.silakan.