Saturday, August 26, 2017

Travelogue : Kundasang & Sandakan, Sabah Part 2





Day 2 – Friday (28 July 2017)

Good morning Kundasang! Dekat sini pukul 6 pagi dah terang benderang wei. Bila keluar ke balkoni nampak direct terus Gunung Kinabalu. Seriously pengalaman paling awesome aku pernah rasa selain view laut la. Bilik air ada satu so kena bergilir tunggu giliran untuk mandi. Sejuk nak mati wei air dia. Heater plak hidup segan mati takmau. Mengigil la juga pagi tu. Aircond semulajadi orang kata.

Baru pukul 6.30 pagi dah cerah macam ni


Gunung Kinabalu telah munculkan diri di belakang itu

Abah dan Emak

So plan harini adalah ke Kolam Air Panas Poring dan ke Sepilok untuk tengok Orang Utan. So sampai Ranau pergi breakfast dulu. Sekali lagi masih menggunakan khidmat mr google, tripadvisor dan juga foursquare. Pagi tu breakfast di Restoran Sri Hasanah since baca review ramai kata sedap dan sentiasa penuh tapi kami pergi weekdays so orang pun tak ramai. Jujur sejujurnya aku bagitahu, food dia biasa-biasa saja. Selesai sarapan bergerak terus ke Poring Hotspring.

Kami sampai orang tak ramai lagi, so memang explore habis-habisan la. Time tu dalam jam 9.30 pagi kalau tak silap aku. So, next time kalau korang nak pergi bolehla bajet time. Disebabkan tak bawa baju so tak boleh nak berendam. Rendam kaki sajalah. Jalan atas sikit jumpa canopy walk. Inilah yang ditunggu-tunggu. Memang tujuan ke sini pun sebab Canopy Walk ni.

Tiket 

Welcome to Poring Hotspring :)




Dekat sini kena bayar asing tau, tak sama dengan entrance awal tadi dan if nak bawa phone kena bayar juga. So sila decide berapa kamera yang korang nak guna macam kami hanya bayar untuk dua saja. Oh, bukan masuk terus jumpa canopy walk tu tau, kena hike dulu dalam 250m baru jumpa. Jangan risau, it was just an easy hike je. Ada tangga and trek dia pun elok je. Tak perlu nak bertreksuit bagai pun boleh hike.

Harga untuk Canopy Walk


Semangatnya budak-budak ni. 

Penat pun bila bergambar kena senyum!

See, mak aku naik dengan berjubah bagai. Tak perlu pun bertreksuit bagai.

Bila sampai ke pondok dekat atas tu akan ada dua orang tunggu. Tunjukkan tiket dan bolehlah berjalan diatas titian gantung itu. Diingatkan, hanya 6 orang sekali lalu okay. Tapi aku tak tahulah if lebih akan jadi apa sebab seriously taknak take risk langgar arahan. Nak lalu titi gantung tu pun dah cukup bertabah dah aku sebab tinggi wei! Kesemuanya ada empat titi dan titi yang ketiga adalah paling extreme bagi aku sebab paling panjang dan kalau tengok bawah kosong! Dia semacam gaung ke apa ntah. Mengucap panjang aku time lalu tu.

Starting point. Nampak tak mak yang excited dekat belakang tu.







Muka tahan gayat


Ini pun seorang yang gayat juga ni



Turun dari Canopy Walk, rendam kaki sekejap then terus bergerak ke Sepilok sebab nak kena sampai sana around 3 petang. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih okay but without highway dan terpaksa mengadap lori yang banyak. Pesanan aku if memang dalam plan korang nak tengok Orang Utan, better ambil flight turun Sandakan dan barulah ke Kota Kinabalu. Malam tu kami dinner di Sanadakan je. Restoran Sim Sim 88 yang boleh dikatakan agak famous dan bila gunakan khidmat mr google, ramai yang suggest situ.

Berjaya mengharungi empat titi gantung yang hazab.

Jom turun. Budak mengada dengan ayah

Perjalanan ke Sandakan dari Ranau. So plan betul-betul okay korang!

Welcome to Sepilok. Hai Orang Utan





Ni nak pesan awal-awal, owner restoran itu cina but yang memasaknya adalah melayu. My mom dah pergi tanya dah and restoran tu pork free. Dekat situ korang bolehlah pilih seafood kegemaran korang dan nanti dia akan suggest nak masak macam mana. Sementara tunggu makanan sampai bolehlah layan sunset yang cantik!


Syahdunya sunset

Budak ni penakut keras je kat situ

Seafood that night!

Wefie time!



Nanti cari Kedai ni eh kalau ke Sandakan

Nak ke restoran Sim Sim 88 kena melalui rumah-rumah orang


Kami bergerak dari Sandakan dalam pukul 7 dan sampai di Kundasang pukul 12 tengah malam. Sampai tu memang flat masing-masing sebab penat. Mandi dan terus tidur. Esok nak check out dan ada few places nak pergi lagi dekat area Ranau. Night!


Travelogue : Kota Kinabalu, Sabah Part 1







Salam. Holla!

Bila dah nampak aku munculkan diri disini bermakna adalah destinasi yang dituju. Ingat senang ke untuk aku munculkan diri. Bajet diva sangat kan. Ok ok jomlah kita menyusuri perjalanan aku ke bumi Kota Kinabalu, Sabah. Anda bakal berdepan dengan pelbagai drama sepanjang perjalanan ini. Heh.

Day 1 – Thursday (27 July 2017)

Well, flight dijadualkan jam 7.50 pagi but biasalah Air Asia, last minute dapat message mengatakan yang flight delay ke jam 9.15 pagi. Everything dah book termasuklah Grab. So kena teruskan jugalah bergerak ke KLIA2 jam 4.30 pagi tu. Sampai airport terus print tag baggage yang akan di check in dan terus ke Marry Brown breakfast. Around 8 macam tu slow-slow jalan masuk ke gate. Mujurlah dekat gate K2 tu.


Flight delay so lepak brekafast dulu

Family photo









Semuanya berjalan lancar sampailah mendarat di Kota Kinabalu International Airport (KKIA). Tunggu luggage kejap dan terus keluar untuk cari owner kereta sewa. Oh ya, aku sewa kereta Myvi dan Saga tapi Myvi ada problem dan dia gantikan dengan Persona dengan harga yang sama. If you guys nak ke KK dan tercari-cari kereta sewa bolehlah berhubung dengan En Azman 0163234350 ni sebab memang terbaik layanan dia bagi dekat korang.


Mari mula perjalanan kita menuju ke Kundasang! Sebelum tu singgah Jalan Sulaman dulu pekena Lokan Bakar dan air kelapa muda. Kemudian singgah sekejap dekat Rumah Terbalik tapi tak masuk sebab bagi aku tak berbaloi since dekat dalam tu tak boleh nak bergambar. Bayar mahal-mahal untuk tengok je. So kita bergambar jelah dekat signboard dan teruskan perjalanan ke Kundasang. Tak sabar wei sebab KK panas terok.

Rumah Terbalik. Nak masuk sila bayar tapi no picture inside the house okay.



On the way tu singgah sekejap di Kinabalu Park. Bahagianya wei sebab sejuk. Dah sampai sini apa lagi yang akan dibuat, mestilah bergambar! Tapi kena beringatlah sebab dekat sini pukul 6 petang dah gelap. So bila teringatkan yang belum solat lagi cepat-cepat gerak ke homestay. Pasal homestay nanti akan direview kemudian.


















Kinabalu Park

Settle check in berehat sekejap tunggu maghrib terus since sini masuk waktu awal. Kemudian terus bersiap untuk keluar dinner. Aku tak berapa nak familiar dengan kedai makan area Kundasang ni so gunakan mr google sepenuhnya. Check tripadvisor, foursquare semua and we decide untuk makan di Restoran Syah Adila. Dapat makan tomyam panas dengan nasi dalam keadaan yang sejuk dengan anginnya lagi, cukup heaven dah.





Selesai makan, balik ke homestay dan tidur. Esok ada banyak lagi aktiviti menanti. Night!