Wednesday, April 20, 2016

Travelogue : Trip Lombok Part IV


09/03/2016 – Rabu

Hari ini last day dekat Gili Trawangan. Lepas check out hotel, breakfast then gerak ke jeti. Boat akan gerak pukul 9.45 pagi. Sayangnya nak tinggalkan Gili. Sob sob. Sampai dekat bangsal, supir dah siap menunggu. Janji dengan Pak Adi, tapi orang lain yang datang sebabnya Pak Adi sakit masuk hospital.



Sesampainya di Bangsal. Bye Trawangan, Hello Lombok!






Dari Bangsal terus ke Air Terjun Sendang Gile dan Tiu Kelep. Boleh tahan jauh juga perjalanan. Sampai je destinasi aku dah macam pelik. Kenapa lain benar dari tempat yang orang lain ceritakan tu. Bila Tanya guide tu baru dia cerita yang bahawasanya*eceh* jalan nak pergi ke Air Terjun Sendang Gile tu ada dua jalan. So nanti korang kalau pergi pilihlah jalan yang landai okay. Kalau rajin nak naik tangga bolehlah pilih jalan yang bertangga tu.





Gambar sebelum memulakan trekking. Nanti korang guna jalan dari sini tau. Landai sikit. Hiks. Balik tu boleh lunch terus. View dari cafe ni pun awesome. View padi bukit.




Perjalanan nak ke Sendang Gile tu adalah dalam 30 minit ikut kepantasan masing masing berjalan. Kitorang ambil masa macam lebih je. Mana taknya sekejap sekejap berhenti bergambar. Kalau perjalanan 10 minit pun boleh jadi sejam kalau dengan kitorang nie. Seriously penat korang akan dibayar dengan kesejukan air terjun tu. Masyuk weyh.



Tangga ni korang akan jumpa bila nak sampai ke Sendang Gile. Sikit je, don't worry okay.


Serupa macam tak pernah jumpa air terjun -.-"


Habis berseronok dekat Sendang Gile, teruskan perjalanan ke Tiu Kelep. Oh, ini memang kena fizikal dan mental yang kuat. Perjalanan yang jauh, kena seberang anak sungai, hiking sikit, naik tangga sikit. Rasa - rasa nak dekat sejam tu sampai la. Kali ni kepenatan berjalan tu dibayar double okay double. Sebabnya view dekat Tiu Kelep lagi awesome kot #huaweibestwei.





Bila dah berendam, badan penat memang rasa malasnya nak bergerak balik. Tapi kena juga paksa diri. Nak balik tu hujan turun. Lebat la juga. Tapi kami redah je, sebab memang baju dah basah pun. Nak balik nie rasa sekejap la pula.





Sampai dekat café apa entah bersihkan diri dan lunch. Diorang je lunch aku tak pun sebab memang perangai aku kalau penat memang no heavy food masuk dalam perut okay. Kalau sumbat juga mahu terkeluar balik. So aku lepak layan view lepas hujan sambil minum air je.



Happy Birthday Shahril yang ke-26 :)




Malamnya kitorang check in dekat Hotel Bumi Aditya. Dinner pun dekat café hotel je. Kebetulan haritu birthday Shahril #happybirthdaysweet26, alang alang tu celebrate terus. Untung gila sambut birthday time pergi travel. Mujurlah yang pergi ni perangai semua molek – molek belaka, kalau tak aku rasa mahu Shahril tu kena baling tepung dengan telur.


Perbelanjaan Hari Keempat :

Boat ke Bangsal  =  IDR 85,000  /  RM25
Guide Air Terjun =  IDR 37,500  /  RM11
Hotel Bumi Aditya  =  IDR 138,000  /  RM41
Dinner Café Bumi Aditya  =  IDR 45,000 /  RM13

Total = IDR 305,500 /  RM90

Travelogue : Trip Lombok Part III


08/03/2016 – Selasa

Harini half day snorkeling. Kitorang book private boat untuk 8 orang dengan harga IDR 900K je. Itulah gunanya power of negotiation. Berhenti snorkel dekat tiga point iaitu Gili Meno, Turtle Point dan Gili Air. Aku turun dekat first point dengan third point je. Beranikan diri turun. Actually aku ada sejenis penyakit yang takut dengan kedalaman laut. So haritu memang paksa diri untuk be calm. Setiap masa cakap kat diri sendiri “Dilla jangan panic, jangan panic. Abang kau jauh untuk tolong kau.” *terusteringatNajmi.Sobs.*


Kalau korang nak snorkelling, bolelah pergi nego harga dengan yang jaga kedai tu. Kitorang dapat IDR 900/boat tau. Quite cheap bagi aku.






Mujurlah waktu kelas swimming haritu coach bawa pergi tempat dalam untuk practice water confident. So, adalah confident tu even sikit. Lama - lama berjaya. Yeay! Lepas ni bolehlah pergi snorkeling lagi *fliptudungbawal* sebab dah pandai. Hiks.







Masa ni baru dekat first checkpoint, semua pun nervous lagi. Aku punya goggle siap tercabut bagai. Ara pun still bertahan sebelum dia struggle untuk tenangkan diri dia.




Kitorang berhenti makan dekat Gili Air. Waktu tu awan dan start gelap, guruh dah start berdentum. Tapi tak hujan pun. Eh ke hujan ha, lupa. Sorry. Lagipun tak penting pun kan. Masing masing masuk bilik bersihkan diri dan aku ambil masa ni untuk berehat santai - santai. Jen and Ara pergi massage. Nicole tak tahu dia pergi mana.





Petang tu dah puas berehat barulah gerak cari makan. Selesai makan sambung lagi berjalan sambil survey movie by the beach. Disebabkan tiada movie yang menarik untuk ditonton, baliklah hotel layan movie dekat tv je dalam bilik *gilabanyaksungguhmasasantaikitorang*




Makan la makan. Time ni macam kitorang je first customer sebab memang serious awal juga kitorang dinner. Makanan dekat sini not bad la. Pizza dia sedap juga. Boleh la try nanti. Nama kedai, JuKu Restaurant Trawangan.





Perbelanjaan Hari Ketiga :

Snorkelling  =  IDR 112,500 /  RM34
Lunch Gili Air  =  IDR 82,000 /  RM24
Dinner  =  IDR 50,000 /  RM15

Total = IDR 244,500 /  RM73