Wednesday, April 20, 2016

Travelogue : Trip Lombok Part III


08/03/2016 – Selasa

Harini half day snorkeling. Kitorang book private boat untuk 8 orang dengan harga IDR 900K je. Itulah gunanya power of negotiation. Berhenti snorkel dekat tiga point iaitu Gili Meno, Turtle Point dan Gili Air. Aku turun dekat first point dengan third point je. Beranikan diri turun. Actually aku ada sejenis penyakit yang takut dengan kedalaman laut. So haritu memang paksa diri untuk be calm. Setiap masa cakap kat diri sendiri “Dilla jangan panic, jangan panic. Abang kau jauh untuk tolong kau.” *terusteringatNajmi.Sobs.*


Kalau korang nak snorkelling, bolelah pergi nego harga dengan yang jaga kedai tu. Kitorang dapat IDR 900/boat tau. Quite cheap bagi aku.






Mujurlah waktu kelas swimming haritu coach bawa pergi tempat dalam untuk practice water confident. So, adalah confident tu even sikit. Lama - lama berjaya. Yeay! Lepas ni bolehlah pergi snorkeling lagi *fliptudungbawal* sebab dah pandai. Hiks.







Masa ni baru dekat first checkpoint, semua pun nervous lagi. Aku punya goggle siap tercabut bagai. Ara pun still bertahan sebelum dia struggle untuk tenangkan diri dia.




Kitorang berhenti makan dekat Gili Air. Waktu tu awan dan start gelap, guruh dah start berdentum. Tapi tak hujan pun. Eh ke hujan ha, lupa. Sorry. Lagipun tak penting pun kan. Masing masing masuk bilik bersihkan diri dan aku ambil masa ni untuk berehat santai - santai. Jen and Ara pergi massage. Nicole tak tahu dia pergi mana.





Petang tu dah puas berehat barulah gerak cari makan. Selesai makan sambung lagi berjalan sambil survey movie by the beach. Disebabkan tiada movie yang menarik untuk ditonton, baliklah hotel layan movie dekat tv je dalam bilik *gilabanyaksungguhmasasantaikitorang*




Makan la makan. Time ni macam kitorang je first customer sebab memang serious awal juga kitorang dinner. Makanan dekat sini not bad la. Pizza dia sedap juga. Boleh la try nanti. Nama kedai, JuKu Restaurant Trawangan.





Perbelanjaan Hari Ketiga :

Snorkelling  =  IDR 112,500 /  RM34
Lunch Gili Air  =  IDR 82,000 /  RM24
Dinner  =  IDR 50,000 /  RM15

Total = IDR 244,500 /  RM73

No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.